Monday, March 16, 2015

Setelah sekian lama...

Setelah sekian lama tak menulis, hari ini terasa nak menaip..

Lama tak update dah..

Tapi tak tahu nak tulis apa..oh pasal simpanan emas fizikal lah..powergold..

Dulu saya aktif buka booth menjual pakaian, makanan dan banyak lah..untuk cari side income..duduk di tengah bandar ni tak cukup makan gaji, memang kena cari side income..barang makin mahal..

Maka saya cari satu side income yang sambil boleh spend time dengan kawan kawan sambil boleh menguntungkan saya..

Akhirnya berkenalan dengan powergold. Powergold pada asalnya saya nak saving sahaja sekali tertak sengaja saya buat trading sekali dan networking sekali..

Rupanya ramai kawan kawan yang nak buat simpanan emas fizikal 1gram sama macam saya..yelah nak beli kat kedai emas mahal, rm180/gram..nak beli banyak gram lagi la belum mampu..

Sekarang mampu la juga nak beli setiap bulan walaupun 1gram sebulan, bahkan dapat untung juga hasil trading barang kemas, dapat komisyen juga hasil networking sekali..

Kalau ikutkan, sekarang dah lebih 20gram saya kumpul tapi sebab haritu nak pakai duit maka 10gram dah jual kat pembeli...

Alhamdulillah , andai ada kawan kawan sini nak mulakan simpanan emas fizikal meh roger saya 011 32291841

Friday, July 11, 2014

Pernah tak?

Pernah tak selama hidup ini korang fikir apa yang korang buat tu betul?

aku ada cita-cita, aku ada impian tapi cita-cita dan impian aku tu terpaksa dikuburkan untuk aku jaga cita-cita dan impian orang lain.

jujurnya, aku benci perundangan. sungguh-sungguh aku benci perundangan manusia ni. bekerja dengan peguam, bekerja dengan orang yang sepatutnya telus tapi tidak langsung..

tapi aku terpaksa bertahan atas sebab tak dapat dielakkan. 

kalau aku terus kejar cita-cita dan impian aku, aku akan hilang keluarga aku. dan apabila aku utamakan keluarga aku, aku akan hilang cita-cita dan impian aku..

dan aku pilih keluarga. biar pun setiap pagi bangun, aku minta supaya ikhlas datang dalam pekerjaan aku tapi nyata selepas 4 tahun aku masih tidak ikhlas melakukan semua kerja perundangan ini.

banyak sangat yang tak kena nya dalam sektor perundangan, aku tak tahu la esok depan Tuhan korang ni nak menjawab macam mana termasuklah aku.

ya Allah, tolong lah aku.

Monday, June 9, 2014

Destinasi bajet : Morib Gold Coast

Salam semua..lama tak update cuti cuti bajet

baru baru ni cuti jenjalan, saja bawa anak anak buah berjalan sambil gue pun berehat sama..
kali ni pilih mroib gold coast resort

sebab ramai sangat update pergi sana..jadi, teringin juga nak pergi, best sangat ke..

tapi memang best! serius! tapi ni untuk yang ada anak anak kecil la..untung remaja muda macam i ni yang nak bercuti bersama sama kawan kawan, macam tak berapa sesuai..tapi boleh laa juga korang nak pergi sini kalau tak mau jauh jauh dari kl

perjalanan dalam lebih kurang, batu caves - morib dalam 3 jam la..sebab gerak aritu jam 12 tengahri campur jammed stroberi, sampai sana dalam lebih kurang pukul 2.50 petang

haaa..gue booked melalui agoda..eh nice gak..booked pakai debit card je..al maklum la tak de credit card..


makan pula, kat situ banyak gerai gerai tepi jalan sebab makan kat hotel tu mahal juga dan tak berapa sedap even breakfast pun tak berapa sangat la..




tu taman tema air, once korang check in memang akan dapat FREE 2 tiket masuk taman tema ni untuk dewasa tau..kanak-kanak korang boleh beli kat kaunter.

tapi tiket tu korang boleh pakai balik selagi korang tak check out..kalau korang stay 3 hari 3 malam, pun boleh masuk pakai tiket yang sama tu saja..

belah belakang ada untuk makan steamboat dan juga makanan laut, best jugak tapi yang itu gue tak pergi sebab nya bawa budak tau je la..mana reti duk diam, pastu penat tido..

total duit dibelanjakan untuk ke morib gold coast ni -

tol : pergi balik rm10
hotel agoda : rm260
makan : rm30 (kedai kedai luar tepi jalan je)
minyak (persona) : rm 50 pergi balik

total : rm350..kan?

happy dapat, enjoy dapat, famili bonding pun dapat..what else?

Wednesday, April 30, 2014

Qwickie Qwickie Qwickie

apa benda la qwickie eh? qwickie qwickie qwickie..qwickie tu sejenis dessert berasaskan cheese yang premium..kenapa premium? korang kena cuba sendiri..qwickie kitorang tak sama dengan cheese leleh yang banyak boleh dapat di pasaran tu tau plus kitorang pakai cheese yang paling berkualiti dengan harga superb..tak caya?

hanya penggemar cheese tegar yang boleh beza dessert cheese kami..nahh bagi tengok sat bagaimana rupa qwickie tuu


 haa tu la dia..comel kan? ada 4 flava , strawberry, milky cheese, choc and super choc..ramaiiii sangat cakap super choc tu macam askim cornetto..serius, gua tak tipu!

masa aku hantar untuk consignment ke kedai kedai pun depa ingat ini askim tapi bukan..ehh nak tunjuk kat koranggg ni siapa yang dah makan qwickie kitaaa..


abang tajul kitaa pun dah start jadi geng qwickie! abang nuar zainn pun dah okehh..

macam aku sendiri aku suka yang choc sebab sedap..semua sedap tapi aku choc sangat sangat..kat kafe opis aku pun choc dengan super choc paling lajuuu habis okeh..

kami pun dah kembangkan qwickie kami ke seluruh malaysia..macam saya sendiri, ejen ejen saya juga bergerak dengan sangat aktifnya dan bakal menakluki kawasan kami sekalian..alhamdulillah sangat sangat

kalau korang berminat nak sertai team ku, mari la whatsapp saya 017 2156687..

 

Tuesday, April 15, 2014

kepada yang berkenaan

tak sangka aku ada stalker yang benci sangat ke aku eh

tadi view comment ada yang siap panggil aku a*nak haram eh

ok la ok la..walaupon aku tak tau apa benda yang ko sakit hati sangat dengan aku dengan sumpah seranah, nama pun tak ada kan..tak tahu la ko ni siapa

yela dulu aku jahil, aku akui

dan aku nak bagitau ko sebab aku xnak buang masa tunggu ko kat pintu yang ke 7 kt sana

aku maafkan ko atas setiap celaan yang aku tak tahu kenapa..cuba bagitau depan depan apa yang sakit hati nya..kan senang

moga Allah permudahkan hidup ko ye..

 

Bil. 2 Tahun 2014

Macam tajuk surat pekeliling kan, siap ada bilangan gitu

Belog ni dah boleh lap dengan dettol sebab lama gila tak buka, kategori habuk dia tahap berlapis lapis punya

dah lama tak bercerita kat sini..dulu aku setup belog ini sebagai tempat aku nak taip segala kemarahan, kesedihan, kegeraman, kegembiraan , semua la tanpa express kat golonga manusia.. sebab apa aku pilih belog compare manusia?

sebab belog ni takde perasaan

yelah sebagaimana kita maklum, walaupun kita ramai kawan tapi percaya lah tak semua jujur..kawan memang kawan tapi kawan gitu je lah..setakat nak amek benefit..betul tak aku cakap?

kadang kang bila kita cerita kita happy kat kawan-kawan, bukan semua senang tengok kita happy..dah timbul perasaan dengki, mula timbul banyak cerita tak best

pastu bila cerita sedih, tak semua faham walaupun kata faham..

jadi menulis je la kat belog kan..



*sebenarnya mood sangat tak sabar nak ke korea bulan depan..cuti dah lulus...yahuuuuuuu

Wednesday, March 19, 2014

B e R h a b u k

whoaa

berhabuk belog, lama tak update
lama tak menulis

rinduuuuu

apa khabar silent reader ku

rasa dulu ada berbelas je follower tiba tiba jadi 30 followers..

terima kasih sudi follow cerita yang tak seberapa ni =)