Wednesday, April 20, 2011

hati berbunga

hati berbunga..
macam kelopak ros yang nak mekar..
macam tu la hati aku sekarang..

sepanjang pagi tersenyum..
bukan dari si dia yang menyakiti aku dulu..
tapi dari si dia yang baru aku kenali..
buat aku terhibur..

dah lama hati aku tak rasa riang macam ni..
dan aku rindu dengan rasa ini
sebab dulu rasa ni pernah hadir

terima kasih Tuhan..

Monday, April 18, 2011

wujud ke cinta sejati?

dalam hidup ni,aku cari satu benda yang namanya CINTA SEJATI..

dulu aku percaya CINTA SEJATI antara lelaki & perempuan itu wujud..
tapi sekarang semua rasa percaya tu luntur..

bukan menyalahkan lelaki atau memihak kepada kaum hawa tapi apa yang dapat aku simpulkan pada masa kini, kebanyakan cinta yang wujud adalah CINTA NAFSU..

sekarang pasangan lebih ke arah untuk melakukan hubungan seks untuk membuktikan rasa sayang pada pasangan tanpa ikatan sah di sisi agama..

dalam hidup sehari-hari, dalam hati aku terdetik rasa takut kepada dunia..
apa yang aku harapkan dari lelaki adalah perlindungan dan bimbingan
tapi dari sehari ke sehari apa yang aku lihat
lelaki lebih merosakkan dari melindungi..

sama juga perempuan, hilang semua rasa malu
demi cinta, sanggup lakukan semua..

tapi betul ke cinta sejati sebenarnya langsung tak wujud?
betul ke cinta zaman sekarang cuma lebih tertumpu kepada nafsu semata-mata?

teringat pula kata pidot "zaman sekarang cinta itu seks"
mula-mula aku membantah sebab aku tak percaya
tapi terlalu banyak realitinya depan mata
akhirnya aku percaya cakap pidot..

ingin sekali aku bertanya pada Dia
betul ke CINTA SEJATI sesama manusia langsung tak wujud?



Thursday, April 14, 2011

ikut kata hati : MATI

hati adalah organ yang penting dalam mempengaruhi kehidupan seseorang manusia itu.melalui hati juga, seseorang tu dapat menduga tentang sesuatu lebih lebih perasaan orang yang dikasihinya..

hati juga dapat buat seseorang itu gembira, gelisah, resah, sedih dan sebagainya..semuanya bermula dari hati..dari hati, akan tertimbul semua perasaan pada raut wajah..hati yang senang, raut wajah pun berseri..begitu juga sebaliknya..

setiap hari hati akan berperang dengan akal..contoh : ikutkan hati nak beli baju kurung cotton berharga rm200 tapi akal kata nanti dulu,kalau beli nanti ganggu flow cash untuk bulan tersebut..kalau ikut hati, memang akan dapat beli baju tersebut tapi duit akan tak berapa cukup untuk belanja benda lain sebab dah terpakai..tapi kalau ikut akal, perjalanan bajet duit takkan terganggu langsung..tapi kalau dah nama pun perempuan, selalunya akan ikut kata hati..jarang kita ikut kata akal kan?

seperti aku, setiap hari hati dan akal berperang dalam segala hal..dari segi kerja, makan, shopping dan banyak lagi..dan aku selalu kalah dengan HATI..walaupun hati akan rasa puas, tapi ianya bersifat sementara..dalam sekejapan hati mula rasa gundah semula..kerana apa? kerana keputusan mengikut hati yang kononnya BETUL dan TEPAT..

orang-orang kita selalu mengatakan kalau nak buat keputusan IKUTLAH KATA HATI kerana KATA HATI ITU BENAR..tapi sebenarnya kata hati itu kadang kala merosakkan kita..jika hendak dibandingkan antara hati dan akal, mana yang lebih tinggi? akal kan?

Allah beri kita akal untuk kita berfikir tapi amat jarang kita guna akal untuk membuat keputusan kan..cuba lihat pada orang-orang yang membuat keputusan yang menggunakan akal, selalunya mereka adalah orang yang berjaya..contoh paling dekat : Rasullah saw sendiri..setiap keputusan yang dibuat menggunakan akal, bukan hati..

tak dinafikan setiap hari,aku perlu berperang di antara hati dan akal..adakala akal menang dan adakala hati pula menang..begitu sakit, begitu perih..walaupun bukan lah melibatkan sebarang senjata tajam apatah lagi peluru ataupun bom tapi ternyata peperangan antara hati dan akal juga maha dasyat kerana jika tersalah, pasti pulangan nya seumur hidup pun takkan mampu nak tanggung! dibebani dengan 1000 rasa penyesalan, gelisah serta gundah yang sampai bila pun tak akan pernah padam...

walau apapun terjadi, kepada Dia juga kita akan berpatah balik..kerana Dia satu-satunya Penolong di Dunia & Akhirat..tiada yang lain selain Dia..

bukan ingin membuka pekung di dada tapi aku selalu kalah..kalah dengan hati yang akhirnya memberi penyesalan yang tak terungkap dengan kata-kata yang tak mungkin aku lupa sampai mati..

dan kepada Dia aku tak berhenti minta walaupun aku tahu, aku bukan antara orang yang dicintaiNya..aku bukanlah Rabiah al Adawiyah, sayang aku tidak seteguh dia jauh sekali untuk dibandingkan dengannya..iman aku sangat nipis senipis kapas..tapi aku masih berusaha untuk mendapatkan kasihNya..


Tuesday, April 12, 2011

sms dari dia..

tut tut tut (bunyi sms)
waktu : 1.38 pagi

"bgn2.."

            "  ;"( demam.."

"tu la ko beria sgt main futsal ujan2."

            "sbb ada pertandingan  ;("

"main biasa2 dh le.tp mmg skg musim demam pn.kt ofis harini rasanya bape org je dtg.ramai gile mc."

            "sakit tekak,bengkak tau..sedih"

"nnti ko g klinik jela esk pastu ko mc tido kt umah.lg bagus xyh keje.jom tido"

            "hmm ok"

"nite sweetdreams"

            "nite too"

dalam hati
"i Miss you..i really do"
tapi tak terucap dengan kata-kata....

shoe festival 2011 - PWTC

pesta kasut yang berlangsung baru-baru ni memang mengujakan aku.nasib baik selak paper ari jumaat tu,terus mesej nomi kot dia free..& yes dia sangat free..

bertempat di pwtc,aku dan 2 orang lagi geng neesa & nomi pepagi dah sampai..start pukul 10.30 tapi kul 9 dah sampai,nak rebut kasut..almaklumlah dah hari terakhir mesti banyak kasut yang dah out of stock..
antara jenama kasut yang ada :
Carlo Rino
Nose
Jimmy Choo
Jimmy Chia
Zang Toi
Bill Keith
Paula Moda
Fiorucci
Polo
Vess
Sketchers
Kerra Kate
Zucca
& banyak lagi la yang aku tak ingat..

sebelum sampai situ,aku konon cakap kat neesa "dapat sepasang jadi la" tapi hakikatnya 3 pasang okeh! aku berjaya menghabiskan duit membeli 2 pasang kasut Zang Toi & sepasang dari Kerra Kate..nak beli Jimmy Choo, gaji 5 tahun pun tak cukup! dalam masa tu, aku hampir tergoda untuk beli sepasang kasut Bill keith tapi alhamdullillah TAK JADI sebab saiz tak ada..kalo tak,terbang duit aku lagi..tak makan la sebulan jawabnya!
yang hijau tu kasut Zang Toi,aku terus pakai haha
kasut kerra Kate tu sesuai untuk pakai ke opis..full leather harga pun jatuh dari rm200++ jadi, Rm50 aje okey!

cukup 5 kali tawaf , aku ajak diorang kua dari dewan sebab nanti makin galak aku tabur duit kat casher..haha

Sunday, April 10, 2011

bidan terjun BADMINTON..apa kes?

tempat kejadian : dewan badminton kg pandan
tujuan utama : teman dan bagi sokongan kat MAYA sambil cuci mata
tiba-tiba...

fizi : alamak, pemain pempuan tak cukup..macam mana ni (sambil pandang aku)
lily : (terus pandang tempat lain,buat tak denga)


mereka membuat diskusi sambil pandang aku dan sudahnya..
fizi : lily, bole tak main untuk mix beregu? player tak cukup.

lily : sorry, tak bawa kasut (dengan harapan dapat memboloskan diri dari main)
maya : kasut aku ada, ko boleh pakai..

lily : (dalam hati, cisssssssssss budak nih)
pidot : okey, aku dah letak nama kau..jap lagi kau 1 geng dengan acap kay..

lily : (tengah menahan geram) tapi aku datang sini untuk bagi sokongan je.
ending of the story : aku main dan aku kalah..

Friday, April 8, 2011

salah telefon?

sedang sibuk surf internet tetibe telefon bunyik,

Pemanggil : hello, ni rumah hasmah ke?

aku : hasmah? ni bukan rumah.ini pejabat

pemanggil : ni pejabat apa?

aku : Kementerian Perumahan

pemanggil : oh, bini si Rahim tu ada? ..apa nama dia enh..

aku : operator? (kan aku da cakap ni opis?) ni Bahagian Undang-Undang la (nada sopan dan manis)

pemanggil : oh, terus ke ofis ke..minta maaf

aku : okey (kan aku da cakap PEJABAT tadi..sighhhh)