Saturday, January 7, 2012

tadaaa cantikk ker??

kerja gila...kerja gila..kerja gilaaaa..

memang gila..

biar aku kasi korang tengok ye..



bila si snow white di mekapkan ini lah hasil nya..

tak ade kerja kan?

saja je suka suka..

nak tengok lagi?



yang kat belakang tu koleksi tudung fareeda saya ye hihihi itu baru suku, belum nampak sampai habis kat belakang lagik..

ok last but not least



ouchhhh merahh mak ngahhh!

okay, snow white nak sambung buat kerja..


Thursday, January 5, 2012

azam??

akhirnya ada jugak entri untuk 2012..
aku nak tulis aritu tapi asek sibuk aje..al maklum la snow white sibuk nak tukang kayu, celup cempedak dalam racun..erkk celup cempedak??? sukati aku laa nak tulis celup epal ke cempedak ke..ini belog haku~

tahun ni aku ada azam baru tambah dari lama..azam tahun lepas tercapai sikit je 70%..tahun ni sambung dan tambah lagi 3 azam..bukan azam saiful apek tu tau, ni azam..azam ni sejenis cita cita..faham tak?

dan aku ada beberapa misi tahun ni..nak tau apa dia??



tadaaaaa..memakai pendakap gigi..sebab gigi aku tak cantikk..sebab tu aku senyum simpul aje wakakakakakaka aku nak jugak senyum macam princess jasmine tu kann..ni asek senyum ala ala planet of the ape je kan..sampai bilaaa...bape tahun aku kumpul kekuatan nak buat ni tauuu..kau ingat aku berani sangat? tapi demi masa depan aku gagahkan jua..kompom kurus mak, nokk..


selepas tu, aku nak benda ni jugakkk


i pad 2..bagi aku benda ni sangat convenience (betul tak spelling aku??) compare netbook..dulu laptop..pastu gigih kau nak usung laptop 2-3 kg tu ke hulu ke hilir??? pastu netbook, walau pon se kg kan tapi luluh la jugak lengan nih..asek balik rumah je tampal koyok kann..dah lenguh..ipad ni ringan sket pastu senanggg..kalo netbook, kena switch on pastu off pastu on pastu off pastu pitam, leleh air hidung asek on off on off aje kan..


dan aku nak pergi sini



so, aku kena kurang kan shopping..no fareeda, no charles & keith, no primavera, no roxy..sume no no no no (yeke..bule caya ke aku?)

insyaAllah moga si Dia yang aku kasihi kabulkan misi aku..

sandarkan seluruh hatimu pada Dia, sayang =)

Friday, December 23, 2011

Si Dia

Dia.

yang bertanggung jawab beri aku si anggun untuk aku ke sana sini untuk buat kerja..
yang selalu sediakan aku makanan atau minuman bila aku rasa haus dan lapar..
yang selalu kejutkan aku bangun tido..
yang selalu melindungi aku dalam hujan dan panas..
yang sentiasa mengawasi gerak aku supaya tak melampau..
yang selalu ada bila aku menangis dan yang pertama tempat aku mengadu segala hal..
juga yang pastikan aku selalu ada duit lebih lebih lagi time aku pokai giler babun..
yang sediakan tempat perlindungan terbaik bagi aku..
yang memastikan tahap kesihatan aku di tahap baek punya..
yang selalu selamatkan aku bila aku rasa terancam..
yang selalu buat aku sabar bila aku marah..
yang buat aku semakin kuat..
pendek kata banyak sangat dia bagi aku..
yang mana sepatutnya aku hargai dia..
yang mana aku patut beri perhatian lebih pada dia..


tapi aku..

tapi aku selalu curang
bila sedih je aku cari, bila happy bahagia aku buat tak tau..
benda yang dilarang tu aku buat
ada je aku melawan..
aku abaikan dia, sibuk sms or call orang lain dulu..
aku mencintai orang lain lebih dari sepatutnya..
kesian kan?

tapi masih juga aku disayangi..
masih juga aku diberi perhatian..

kesal nya..
dari dulu aku tak sedar kesetiaan itu..
tak hargai kasih sayang tu..

dan sekarang..
sedaya upaya aku nak kejar..
aku tau susah nak dapat..
tapi aku akan cuba jugak walau susah..
cinta dia je yang aku nak sekarang..
tanak orang lain..
Dia..
Tuhan ku ya Rabb~


Tuesday, December 20, 2011

follower ?

kamu seorang follower? atau kamu suka ada ramai follower?

aku seorang follower..aku akan jadi follower satu blog yang aku suka baca dan blog kawan-kawan..tujuan sebenar aku tulis kat blog bukan nak cari follower..sebenarnya aku bajet nak buat ni ala ala diari aku ler..yela nak cerita kat orang, macam la orang sudi dengar kan..jadi aku tulis la..

aku tak harap ada follower pun pada asalnya..tapi pada yang sudi follow blog aku, terima kasih ye..blog ni pun bukan ada apa yang menarik pun..banyak cerita luahan perasaan aku je yang lebih lebih...nak kata banyak sangat info ke pengetahuan ke takde la sangat..banyak luahan atau seangkatan dengannya je laa..

dan juga terima kasih la pada yang bukan follower tapi bukak blog aku baca senyap senyap..hihihi blog ni tak best kan? boring jek..

sejak akhir akhir ni aku sibuk banyak sangat sampai badan aku selalu aje lesu..dengan keje aku lagi makin bertimbun, mana nak jaga bisnes lagi..cod lagik..memang mencabar aku sangat sangat..tapi bagus la membantu aku dari murung..

sebenarnya aku nak share macam macam story..aku pergi bengkel seminar semua tu tapi aku mengantuk pula nak taip taip..penat sangat la..apa aku penat pun tak tau..ok lah bye

Sunday, December 18, 2011

bicara hati

tajuk serupa macam novel bicara hati..oh ye nanti ada series bicara hati kat astro, tak sabar nak tunggu citer tu kua... =)


hari ni bukan nak cerita tentang novel bicara hati..tapi betul betul nak bicara tentang hati..

satu demi satu kejadian aku lalui sepanjang 2 tahun dari 2010 hingga 2011..

sebenarnya satu je yang aku nampak kat sini..

berhenti mencintai orang terlalu dalam..

berhenti menyayangi orang terlalu amat..

tak kisah sama ada mak, abah, famili, kekasih hati, suami, kawan dan sesiapa je la..bukan bererti tak sayang langsung..memang kita mesti ada sifat kasih sayang tu tapi jangan terlalu sangat sebab bila kita kehilangan salah seorang nya kita takkan rasa sakit macam nak mati..


kesilapan aku ialah bila aku terlalu leka menyayangi orang sekeliling aku melampau..itu memang aku..seolah olah bagi aku hidup ni selamanya..aku lupa ada kematian..aku lupa ada kehilangan..

bila aku kehilangan orang yang aku sayang, maka aku terus jadi jatuh sejatuh jatuhnya sampai nak bangkit balik pun sangat payah..

semuanya memerlukan aku untuk balik semula kepada Ya Rabb..sebenarnya Dia lah yang patut aku atau kamu cintai sebelum mencintai umatNya..sepatutnya Dia lah aku utamakan dari umatNya..sepatutnya Dia lah yang aku mesti sandarkan hati aku sebab Dia pemilik hati aku yang mutlak..

kadang kadang terbaca kat wall muka buku kawan-kawan memberitahu satu dunia tentang kebahagiaan dia, kecintaan dia pada suami atau kekasih atau ibu yang amat dalam hingga mohon Allah jangan ambil dia, jangan pisahkan dengan dia..ingin sekali aku komen "siapa kau untuk tahan Allah ambil dia dari sisimu?" tapi kang takut pula terkecil hati..berdosa pulak aku..

dalam masa sama aku teringat si dia pernah juga kata pada aku (mungkin boleh dikatakan sejenis penghinaan juga bagiku).."dia 1st love aku dan takde sapa boleh halang aku untuk cari dia balik dan bla..bla..bla..." (malas nak ingat sebab terlalu menghina aku)..okay, kau lupa kot ada yang boleh halang kau dan 1 hari nanti tak mustahil cinta pertama yang kau agung sangat tu terhadap dia akan pudar satu hari nanti..kau lupa kau milik Allah sama seperti aku..hiduplah kau dengan perempuan yang sekufu dengan kau..aku nak tengok sejauh mana kau sombong dengan kata kata kau pada aku..sejauh mana kau asyik mengatakan kau bahagia selamanya dengan dia..

ada juga antara kawan-kawan yang sangat emosi bila bab poligami..memang aku tak nafi sapa suka bermadu..nak pulak cerita malam tadi bertaut kasih memang ramai update status tak suka jalan cerita tu..ok, dulu aku memang tak suka poligami..tak sokong langsung..tapi lama kelamaan, setelah satu demi satu cerita hidup aku lihat walaupun tak lalui sendiri, terus aku jadi neutral..sokong pun tidak, menafikan pun tidak..siapa kita nak menafikan poligami? siapa kau nak marah dengan hukum poligami? bila aku kemukakan pendapat aku, ramai yang macam membantah gila..pastu cakap aku tak rasa lagi so jangan cakap..okay fine memang aku tak rasa lagi tapi aku dikelilingi dengan realiti begitu jadi sikit sebanyak aku memahami okay..

dulu, ramai antara kawan aku cakap tanak suami orang termasuk lah aku..last last kebanyakan kawan aku yang cakap camtu jadi isteri kedua takpun kena curang..so? masih nak menidakkan ke?setiap perkataan lafaz dari mulut selalunya mesti balik pada kita balik..sebab tu aku sendiri tak berani nak cakap yang aku takkan terlibat dengan suami orang ke tanak ada madu ke dan seangkatan la sebab aku tak tau masa depan..aku tak tau entah entah Allah uji aku jadi bini no 2 or kena madu senyap senyap ke..aku tak tau..

ada je umat sekeliling aku ni dapat bini cantik or laki hensem pastu kaya tapi still curang sampai aku sendiri terpikir apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup dia..pegang satu konsep je la, manusia tak pernah puas..thats it..

bila dah kaya nak makin kaya, cantik nak lagi cantik, dapat makanan sedap nak lagi yang lebih sedap, dapat rumah besar nak lagi besar, dapat honda nak bmw..dan seterusnya...

so sekarang ni aku rasa baik aku amek langkah diam dan jalani je hidup aku bawah naunganNya..dan lagi satu aku tak paham apa jadahnya orang lelaki nak paksa paksa aku kawin? aku paling tak suka bila aku kena paksa seolah olah aku ni tak laku sangat macam takde sapa dah akan amek aku jadi isteri..eh hello, kau tu Tuhan ke boleh baca masa depan aku? kau tu siapa yang cakap aku senang beranak ke susah beranak ke nanti..kau siapa? siapa engkau nak tentukan masa depan aku? memang jodoh kena cari dan usaha dapatkan yang terbaik tapi bukan melalui paksaan..kalau kau nak kawin sangat, pergilah cari perempuan lain..kalau rabiatul al adawiyah boleh hidup tanpa lelaki disisinya,insyaAllah aku juga boleh dengan lindungan daripadaNya..

aku bukan la alim sangat..aku masih lagi jahil dalam islam tak sehebat mereka dalam ustazah pilihan..ada je yang cakap "poyo ah kau cakap camtu...takyah nak pura pura alim laa." itu la orang kita..bangsa kita nih, suka sangat jatuhkan orang lain..suka fikir macam tu sebab tu la Allah tu turun bala macam macam sekarang ni tapi haram korang nak sedar kan..masih lagi berfikiran konon saintifik sangat la, faktor cuaca laa, batu dalam laut bergerak la jatuh la sebab tu tsunami padahal itu semua takkan jadi kalau Allah tak perintahkan batu tu untuk bergerak..kau ingat batu tu suka suka je ke gerak sana sini, tanah tu runtuh tanpa sebab?

kadang kadang bila aku berpuasa pun jadi isu..bila puasa je "kenapa kau asek puasa je"..salah ke kalo aku nak puasa? ada jugak cakap "eleh puasa tak ikhlas sebab nak diet kan kan?"..mana kau tau puasa aku ikhlas ke tak? kau nampak hati aku ke? tapi selalunya aku senyum je la bila dapat ucapan sinis macam tu..

dan ada satu situasi juga aku sikit feeling dalam hati..ada pernah aku suarakan niat hati aku pada seorang kawan yang 1 hari nanti bila aku dah berkahwin, aku teringin pakai niqab..tapi jawapan dia "habis kalo ko dapat suami yang rugged takkan nak pakai niqab jugak..jaga la air muka suami kau tu, buat malu je dengan orang laki rugged tapi bini alim pakai niqab..jangan la malukan dia pakai moden2 tapi kau pakai niqab.."

sentap aku denga ayat dia..
aku tengok orang arab, laki dia rugged macam mana pun bini dia pakai niqab rilek je..takde rasa malu pun? lagipun  salah ke tujuan aku untuk pakai niqab sebab aku hanya tunjuk kecantikan aku pada suami je nanti?kenapa aku mesti nak hiraukan apa orang lain cakap? susah la kalau hidup ni asek nak kena bawah landasan manusia..memang tak ke mana dan takkan bahagia hidup ni sebab manusia sentiasa cakap merepek pasal sesama sendiri okay..

hidup ni sebenarnya lebih indah jika kita teruskan berlandaskan pada Allah semata mata..bukan pada manusia yang boleh bawa aku ke jahanam~


Saturday, December 17, 2011

gelap hari segelap cuaca

entah kenapa dua hari lalu semangat aku seakan pudar sangat..
entah kenapa tiba tiba air mata laju sangat sangat nak turun..
hati pedih sangat..
come on lily, masa tarikh tu kau rilex je tak nangis teruk macam ni..
selepas 2 minggu berlalu kenapa kau nak tangis teruk sangat seolah olah semalam tarikh keramat tu..dah lepas kot..

maaf lah..mungkin ada antara kamu jelak nak menasihati, memberi kata semangat..
tau tak sebenarnya aku sangat memerlukan kalian sahabatku..
tapi ada yang menghindari dari dengar luahan ku..
sedikit rasa kecil hati..
tapi itu dah menunjukkan pada aku siapa sebenarnya betul betul kawan yang tak putus beri sokongan..

ye memang aku degil memang aku payah nak dengar kata tapi jangan jauhi aku..
cuma hati aku terlalu rapuh dan aku sangat perlukan kamu sahabatku untuk menguatkan semula semangat aku..

apa yang aku alami nampak seperti biasa pada mata kamu tapi Allah je tahu azab yang aku sedang tanggung..

bukan sekadar cinta tapi lebih dari itu..

mungkin sebab itu Allah tarik dari ku..
kerana aku mencintai umatNya melebihi Dia..
akibatnya aku jadi begini..

Friday, December 16, 2011

hati, sila berdamai dengan takdir anda~

wahai hati, tolong lah berdamai dengan takdirmu..
jangan penuhkan dengan dendam..
kecewa dengan takdir hingga menidakkan sesuatu yang tidak sepatutnya..

wahai hati, tolonglah tuan badan mu..
dia tak kuat jika kamu rapuh..
dia tak bisa jalan jika kamu rebah..
dia akan lemas mati jika kamu berterusan tenggelam..

wahai hati, tolong lah lepaskan tuanmu..
bebaskan dia dari rasa belenggu yang terbuku dalam kamu..
bebaskan cintamu supaya tuanmu aman..
bebaskan rindumu agar tuanmu nyaman..

wahai hati, berhentilah resah..
berhentilah gelisah..
ia membuatkan mata tuanmu bertambah berat menampung air..
tolonglah hati..