Monday, November 12, 2012

senyap.sunyi.sepi

dah lama tak menaip kat belog..dah lama tak kongsi cerita kat sini..belog ni ibarat diari..kadang kadang bila tak terasa nak bercakap dengan sesiapa, belog adalah medium ke dua selepas Allah untuk bercerita..

sejak akhir akhir ni, hati sangat terpaut nak mendekati agama sendiri..ISLAM..

mula mencari kelas mengaji, kelas fardu ain..
mula mendekati para ustaz, ustazah..
entah kenapa rasa macam hidup ni sekejap..terlalu banyak aku bazirkan untuk perkara lagha dulu..menyesalnya aku..

sikit demi sikit, aku delete gamba gamba aku dulu yang dedah aurat..
termasuk dalam belog ni, banyak aku kena delete..

kadang tu terfikir macam mana kalau aku mati..
siapa yang akan berterusan doakan aku?
siapa yang akan selamatkan aku dari azab?
apa yang akan datang kepadaku untuk lindungi aku dari diazab?

kalian, pernah ke terfikir?
hurmmmm...   

Sunday, October 21, 2012

Hanya jasad di langkawi

Lama tak menulis di belog..malam ni terpanggil untuk menulis..sekarang berada di langkawi..untuk kali ke tiga tahun ini..saja datang ikut budak opis untuk kali terakhir memandangkan bulan ini bulan terakhir aku di kpkt..

Saban hari, dia kerap ganggu fikiran aku..ngapain ya? Ya Allah, aku rindu dia sangat..

Sangat sangat ya Allah ;(


Sambung tidur

Selamat malam

Friday, August 24, 2012

Aidilfitri 2012.

Pejam celik pejam celik dah raya ke enam dah..Kalau kat fesbuk, semua upload dengan gamba famili memasing, husband memasing, anak memasing..sikit sebanyak, hati ni tersentap sikit..

Aku ada semuanya tapi kekurangan satu..semua yang ada ni pun tak mampu nak tutup ganti yang satu ni..

Lebih lebih lagi di pagi syawal, aku la tukang photographer untuk famili akak aku, abang aku..tapi ada satu sudut kat umah tu abang aku yang ke 4 tengok dengan sayu..dia baru bercerai..cerai hidup..tahun ni anak anak dia beraya dengan belah ex kakak ipar aku di terengganu..

Aku rasa hati dia tersentuh pagi tu, sebab aku tengok dia terus naik atas duduk kat bilik seharian tak keluar..dia cuma turun makan pastu naik bilik balik..aku faham apa dia rasa sebab aku mengalami apa dia lalui cuma mungkin cerita sedikit berbeza..

So pagi tu aku rumuskan, tak semua umat islam sambut aidilfitri dengan penuh gembira..ada yang berduka sebenarnya..beruntung la pada mereka yang bahagia, gelak gembira dengan orang tersayang memasing..

Aku cuma harap Allah pulihkan hatinya..walaupun aku dengan dia tak sebulu tapi dia abang aku..

Saturday, August 18, 2012

Sahur terakhir 2012

Sudah lama tidak menulis di sini..hari ni hari terakhir bersahur sebelum menyambut bulan syawal pula esoknya..insyaAllah..

Walau bagaimanapun, puasa serta raya tahun ini bagiku sedikit suram..kalo orang lain happy, bagi aku sedih sikit..terlalu banyak perkara berlaku yang Allah dah takdirkan untukku..

Tahun ni berpuasa terakhir di pejabat, tempat kerja pertama aku iaitu kat kpkt..tahun ni juga puasa tanpa orang yang aku sangat kasihi dunia akhirat..

Apa pun masih bersyukur kerana masih dikelilingi kedua orang tua yang sangat kasihkan dan manjakan aku lebih dari segalanya walaupun umur aku dah nak cecah 30 dah pon..

Aku dah cuba yang terbaik di bulan ramadhan kali ni, mungkin ada banyak kekurangan sebab kekangan masa untuk bertarawih tidak seperti sebelumnya, tapi harapku moga segala ibadahku diterima dan mampu menyelamatkan aku di sana kelak..

Wahai kamu yang telah jauh, aku ucapkan salam aidilfitri..aku maafkan segalanya tentang kamu dan satu perkara yang aku tak dapat nak beritahu, aku rindukan kamu sangat sangat sehingga namamu tidak terlepas dari bibirku dalam setiap doaku.. ;( 

Monday, July 30, 2012

Rindu yang takkan kesampaian

ya Tuhan, saya terlalu rindukan dia..apatah lagi dibulan mulia Mu


=(

Monday, July 16, 2012

pergilah kau pengkhianat!

khianat ni erti kata lain belot..

bukan belut..belut tu ikan..ini belot..tahu belot?

contoh : A & B pergi kedai..diorang tak kawan dengan C sebab A tak suka..tiba tiba B tinggalkan A sebab nak kawan dengan C..tu belot la tu kan? aku rasa la..ok seterusnya...

seminggu ni aku sentap extra sikit..bukan sebab bendera jepun ke datang bulan ke..bukan bukan..

apa uolls rasa bila orang yang uolls percaya tu burukkan uolls kat orang lain tanpa rasa ikhsan nye? 

sekarang tak tahu dah nak percaya siapa..tapi serius aku ralat dengan ko..selama aku jadi kawan ko kann, aku jaga ko aku tatang ko macam adik aku..sebab aku tak ada adik..kalau boleh aku nak lindungi ko..sebab aku tanak nanti ko tu kena macam aku kena..aku tak suka bila orang lain memperlekehkan ko tapi ko memang kacang lupakan kulit, dik..ko rupanya cakap macam belakang aku kan..

Allah tu memang maha kaya, Dia tunjukkan aku siapa ko tu sebenarnya..fine, ko dah banyak aibkan aku kan sekarang apa yang ko aibkan aku tu pulang balik kat ko nampaknya..

bukan aku nak mendabik dada ke apa, tapi cuba ko renung kehidupan ko yang serba serbi bermasalah...kenapa jadi macam tu? ko nak cakap orang buat ko yang zalimi ko selalunya terima pembalasan..habis yang ko buat orang tu zalimi orang tu tak terima balasan la?

ko je baik orang lain semua jahat la..ko dengan famili ko jek baik..ikutkan hati aku, banyak benda aku boleh ungkit..tapi aku ni mudah kesian kat orang..

aku maafkan ko, dik..tapi maaflah aku mungkin menjauhkan diri dari orang macam ko..aku tak perlukan orang macam ko dalam hidup aku..

tengokkkkk..habis kedut muka kitaa..arghhhh 

ok bai

Sunday, July 15, 2012

berhabuk..fuh fuh fuhhhhh

wah berhabuk sudah belog ini..dah lama tak update uolls! apa khabar para silent reader/kawan kawan ku di sini? lily makin sehat dan makin berkembang pipi nyee sampai 15 kali pikir nak kua umah ke tak..tapi mengenangkan banyaknye tanggungjawab, maka kua je la ek...kua tu bukan lah sejenis kuah masakan ye atau kuah kat langkawi tu tapi kua ni singkatan KELUAR..hihi biasa la remaja macam i kan memang suka shortform cenggini sampai kekadang sendiri baca pon tak faham..

sepanjang tempoh tak menulis blog nih, aku sibuk menggembara ke beberapa tempat..antaranya Johor Bahru, Singapore, Melaka, Muar, Gambang Kuantan dan beberapa tempat lagi la..tak ingat pulak..nak share sikit pasal trip ke singapore..

trip ke USS memang dah lama plan tapi baru dapat pegi..pergi berlima naik 1 kereta menginap kat JB tau..kat suria city hotel selama 2 malam..kenapa aku pilih suria?sebab selalu nye outstation memang pilih situ dapat gov rate..hihi tapi sebenarnya korang leh pilih hotel sekitar Danga Bay, lagi murah murah ye..banyak hotel bajet situ..aku rasa rugi pulak duk kat suria city tu..stay kat suria aku amek deluxe sumbat 5 orang dalam tu, satu malam 140 la camtu..2 malam baru 280 kan bahagi la 5 orang..bilik dia ok la beso jugak la cukup 5 orang lagipon nak tido je pon, siang nya merayap kan..pergi USS naik bas kat tune hotel bas tu tapi sebenarnya bas tu lalu suria hotel, kalu aku tau aku suruh bas amek depan hotel je tauu..takde susah payah aku drive pukul 6.15 pagi nak sampai ke danga bay tu awal konon kann..

tiket ke USS sekali dengan bas sepatutnya rm185 tapi sebab aku pergi time cuti sekolah maka naik lah tiket nya rm205 seorang..untuk pengetahuan uolls ye, kalau uolls nak bawak makanan sila simpan dalam beg sebab diorang tak check beg pon rupenya..kitorang pergi tak bawak bekal apa pon sekali harga makanan dalam tu bayangkan nasi ayam kalau convert duit malaysia tiga ploh hengget yaa! haa belom campur air milo total makan tu jek empat ploh henggett, amek kauu..nak pulak terserempak dengan sorang makcik dari malaysia ni, dia siap bawak bekal nasi goreng dari rumah okeh..kau ada? aku tak de..maka sikit sentap situ..





okay lah malas nak upload banyak sangat..kahkahkah aku nak cerita pasal total cost lost okay..

tiket bas + uss : rm205/head
duit mnyak/tol : rm50 /head
hotel : rm56.8/head
total : RM311.80


itu secara kasar sahaja ye..belum masuk makan + convert duit dollar singapore..aritu aku convert dollar singapore 100 : rm240 hokeh..makan kat jb tu murah aje..bukan makan seafood pon kan, so sorang rm10 jek..total semua sekali adalah dalam rm550++ tapi tak sampai 600 pun..itu belom singgah JPO ye..menangis purse ! puasa terus aku seminggu pastu sebab duit dah habis..kumpul punya la lama, habis nye sekelip mata aje..


buat masa ni, tu je la nak share dulu..sabtu depan nak puasa dah..cepat sungguh masa berlalu ya..bumi dah tua sangat dah nampaknya..






-snow white a.k.a lily- haa nak muntah le tewww