Monday, October 31, 2011

?

makin hari makin aku rasa sangat tertekan..aku cuba tepis untuk pikir perkara tu tapi muncul jugak dalam diam..cuba buat tak tau, tapi masih racuni minda aku jugak..apa lagi aku perlu buat untuk bebaskan hati/minda/jiwa dari dibelenggu rasa ni?

selalu bermain dalam fikiran kenapa mesti aku yang hadapi? kenapa aku? kenapa aku? berdosa kan aku? sebab mempersoalkan kenapa aku? layak ke aku nak cakap camtu..siapa aku?

cuma aku terlalu sakit..sakit nak hadapi semua ni..setiap hari denga nasihat yang berbeza..ye aku faham ramai yang memberi sokongan pada aku..terima kasih..

cuma aku lemah sikit..silap! banyakk..hati aku lemah..aku benci macam ni..ingat aku suka ke? macam mana aku nak suruh hati ni jangan ikut perasaan sangat..kadang kadang nak je korek hati tu, buang apa yang patut..

tanak percaya dah dengan lelaki..mereka jahat suka sakiti saya T____T

Saturday, October 29, 2011

mau mu apa lagi?

pinjam tajuk lagu acha sepriasa..hati aku sakit sangat..kadang kadang kan aku ni tak paham tau..kenapa ek kalau dah nak kawin / dah kawin suka sangat gatal gatal cari ex memasing? kau ni apesal? nak pelempang sedas ke? ke berdas das?

aku hairan la orang yang macam gini..apa lagi yang kau nak..apa lagi?
tetibe aku jadi emo pagi nih..sebab apa? sebab dia tak reti bahasa..sudah lah kau sakitkan hati aku dengan buat keputusan kawin dengan orang lain, yang kau sibuk nak cari / mesej lagi kenapa..tak faham bahasa ke aku tanak kawan dengan kau dah..nak cakap bahasa urdu, aku pulak tak reti..

tolong lah jangan buat macam tu..pergi lah diam diam prepare majlis kau..aku tanak tau la kau pening ke, kau stress duit tak cukup ke, hari hujan ke..AKU PEDULIK HAPEE...

Aku kat sini separuh gila nak menghadap semua nih, pastu kau senang jek nak buat macam tade pape..eh hello, tak kisah la lelaki ke pempuan ke tolong lah jangan buat macam tu..ape nih..

kau ingat! Tuhan tu maha adil..sekarang ni aku yang rasa..1 hari nanti Tuhan tu akan tunjuk kat kau apa yang aku rasa pulak..masa tu baru kau akan tau betapa tinggi rendah langit dan bumi..apa ayat aku nih, aku pun tak paham sangat..

 

Wednesday, October 26, 2011

gila cantik

hello siapa tanak cantik boleh pergi main jauh-jauh..aku suka cantik macam snow white dan aku suka tengok perempuan cantik..kadang kadang ternganga sebab kagum..nasib tak leleh air hidung..boleh timbulkan syak wasangka kan? mau orang cop aku lesbo..maaf aku straight ok! tapi aku suka tengok perempuan cantik..tu je

satu ketika dulu, muka aku penuh dengan acne..ko tak caya, sila tanya kawan sekolah aku..diorang saksi aku..pastu naik uitm, naik jugak jerawat..jeles tau tengok orang lain muka mulus je bak buah epal snow white tu..muka aku pun mulus jugak tapi mulus bak lobak merah..
dulu aku pakai macam macam jenis produk, sila namakan semua aku dah sebat kat muka..aku tau muka korang cantik bak puteri rembulan jadi jangan banyak cakap denga je aku nak cerita..

sampai la last produk aku pakai SK II..miracle water tu kan, dengan harapan aku nak dapat kulit macam fauziah latip tapi yang aku dapat? ayati tasrip..maka, aku pun dicadangkan budak opis untuk mencuba chahaya skincare 

aku pun cuba dan aku sangat suka resultnye..muka aku kurang jerawat + makin cerah..aku dah pakai setahun..dan ditambah lagi vit c collagen dan serum dan softgel dann serum oxygenerating..mak aih banyaknye pempuan ni gile ke?mesti nak cakap camtu kan? eh hello sukati aku la, aku nak cantik..aku tak mampu nak bertapa 7 gunung, kumpul air embun dara pepagi renjis kat muka dan air telaga tujuh..
bila rasa macam best + ramai bertanya aku pakai apa, maka nya tercipta la ilham untuk jadi dealer produk produk tersebut..barang baik kena kongsi, kata nak kulit flawless macam cinderella kan..harus lah kau berusaha gigih..

produk produk tu macam kat gambar sebelah nih..cuma gambar vit c (injection) je aku tak letak lagi..harga dia sekali cucuk rm60..abang aku sendiri yang cucuk, jangan risau beliau sangat tauliah orangnya..
kalau ada sesiapa yang baca ni berminat nak cuba cuba produk nih, meh la hubungi saya..tak pon klik kat facebook badge tu add la kita..

*kalau nak cantik, tak boleh kedekut

Tuesday, October 25, 2011

kelakar dalam sedih

bila ingat balik, aku bantai gelak sorang sorang..dah macam slot untuk program edisi khas tv3 pun ada...

aku dan sorang kawan ni konon nak lepak kat tepi tasik kat taman layang-layang kat kepong tu..sambil makan kuih karipap minum air teh/coke sambil hirup udara segar depan tasik..syahdu kan? port dah la baik punye bawah pokok depan tasik..
sambil makan tu kami ni konon macam dalam drama tv swasta, bercerita tentang kehidupan yang konon nya tah pape..ala sebijik macam tv tu..ayat tu la kitorang pakai..

sedap kan strawberry nyum nyummm (takde kaitan dengan cerita ni)
 sampai la satu part ni iaitu sesi luah meluah sambil nangis nangis..kawan aku dah standby spek hitam dah, aku je tade standby pape..

yang lawak nye, tengah cerita sedih ni..air mata berjurai jurai nih sekali moto apek ni lalu depan kitorang..bising giler..aku diam je sebab takut nanti tak denga pulak cerita sedih..baru nak sambung, lalu lagi 1 motor apek nih sebab diorang nak memancing depan kitorang..siap tegur lagi "manyak panas haa"

aku terus angguk sambil pandang kawan aku yang tengah nangis & kawan aku yang tengah nangis pun macam terkesima pastu memasing macam terkedu..sentap! baru nak feeling macam erra fazira dalam cerita pasrah



aku pun senyum simpul paksarela macam cinderella kena paksa sapu sampah kat apek tu tapi bila toleh kat kawan aku balik, dua dua bantai gelak..

dan dan tu juga la ramai pulak kan nak lepak situ.macam la tade tempat lain, aku tengok banyak je kawasan kosong..kenapa mesti situ jugak tempat jadi pilihan ramai..

kebetulan juga, ada pasangan pengantin buat photoshoot kat situ dan boleh agak kan reaksi aku? ofkos la menangis tersedu sedan..merana pulak jiwa tengok..tau la baru nikah bahagia, jangan la buat aksi yang aku boleh pitam nangis pastu pitam balik dan nangis balik..



T________________________T

mode : sambil taip sambil lap air mata
berat nye aku nak tanggung ya Allah~

Sunday, October 23, 2011

Frust dalam bercinta

frust? aku memang tengah frust..lelaki yang aku damba selama ni bakal berkahwin disember ni..sakit, pedih memang aku tengah alami sekarang..dia? mesti tengah membilang hari bahagia..

jujurnya memang awalnya aku rasa macam nak mati..serius! aku terfikir nak makan pil tido banyak banyak supaya aku tak sakit hati nanti..dan dengan harapan dia datang balik..keje aku menangis meratap tahap teruk punya..bagi aku dia lah nyawa aku, dia la dunia akhirat aku..
TOLONG JANGAN JADI BEGITU OK!

aku tau ramai kat luar sana cakap bukan bukan tapi nanti bila korang rasa, korang tau la azab pedihnya rasa itu..selagi tak pernah rasa, jangan nak kutuk lebih lebih okay..aku ada beberapa orang kawan yang pernah melalui azab tersebut..azab ape? hari di mana lelaki korang cintai tu menikah dengan perempuan lain..kebanyakan diorang beritau aku diorang menangis teruk pada tarikh itu, duduk bilik, tak makan, tak keluar, murung..ya Allah sekarang aku bakal tempuh apa yang dilalui kawan-kawan aku tu..sekarang betapa aku mengerti sangat rasa sakit itu..aku tak pernah terjangka aku akan jadi salah seorang yang akan melalui semua ini..pedih sangat..tak terbayang..sungguh aku tanak jadi macam tu! aku ada sebulan lebih untuk kuatkan hati dan pulihkan semangat aku..walaupun aku seperti boleh agak yang aku akan menangis teruk pada tarikh itu tapi entah la..tak tau nak cakap..

aku baca satu artikel nih frust dalam bercinta 
sedikit sebanyak buat hati aku sedikit reda..kenapa? sebab baru aku sedar kenapa aku jadi separuh nak mati bila jadi macam ni..sebabnya?

BILA KITA MELETAKKAN CINTA NO 1 BUKAN ALLAH

maka begitu la aku jadi..sakit, pedih macam nak mati tu..konon aku fikir baik Tuhan amek je nyawa aku kan (BERDOSA BESAR!) tapi bila fikir balik come on la Tuhan tu akan balas..jangan lah risau..bila kita menyakiti orang, Allah tu tau..kalau bukan sekarang, kau tunggu lah balasan kemudian hari..

kesilapan aku bila aku terlalu mendambakan dia bukan nya ALLAH..sebab tu bila dia pergi, aku rasa frust sangat sangat..sedangkan ALLAH sentiasa setia di sisi tak pernah pergi tinggalkan kita..aku ni antara manusia yang terkadang bongok jugak sebab tak pernah nampak apa yang Tuhan tunjuk kat aku..tipu lah kalau aku tak ada rasa dendam..ada, aku berdendam dengan dia tapi apa aku dapat? sakit hati ada la..

kat sini aku kongsikan sedikit doa yang aku jumpa kat blog ni 

      
aku rasa nampak la jugak kot kan..aku pun amalkan baca ni sambil buat camtu la..setiap pagi dan petang aku baca surah al fatihah 3 kali untuk diri aku sendiri..sebab surah al fatihah ni bagus untuk mengubati penyakit..sedih pon sejenis penyakit kan..

pastu aku tak denga dah lagu lagu nih sebaliknya dalam keta aku pasang cd orang mengaji..tak pun surah yasin, nyaman sikit rasa..kalau aku pasang hot fm atau era, diorang suka bukak lagu lagu yang buat aku kompom nangis punya..buat hati aku lagi pedih ada la..

Saturday, October 22, 2011

mimpi buruk

ye aku rasa terlalu kerap aku menulis sekarang..blog ni dah jadi macam diari aku..semua aku nak tulis..dengan keadaan aku sekarang, lagi la makin kerap aku akan menulis..

aku tadi siang terlelap sambil terpeluk buku jangan bersedih (la takhzan)..dan didatangi mimpi yang aku tak suka dan buat hati aku jadi pedih bila bangun..astagfirullah al azim, syaitan ganggu aku dengan mimpi..
aku mimpi majlis perkahwinan dia yang selama ni aku takutkan..entah kenapa sampai masuk ke dalam mimpi aku..situasi dalam mimpi tu seolah olah sedang berlaku walaupun ada tempoh lagi sebulan..ya Allah maha suci Allah..sakit hati ku tak payah cakap..terasa pedih hingga setiap pelusuk anggota terasa sakitnya..

aku terjaga terus dari lena tengok jam pukul 4.55 petang..kompom syaitan punya keje nak bisik la tu kat aku..nak suruh aku buat keje bukan bukan..terus aku turun masuk toilet amik wuduk dan menghadap Dia..
air mata jangan cakap la, laju je mengalir nak pulak masa mengadu pada Dia tentang mimpi ku itu..aku mengadu pada Dia sakit yang aku rasa, pedih yang aku tanggung..sekarang ni pada Dia aku banyak mengadu sebab aku tau kawan-kawan aku mesti dah tak larat dah nak layan aku..

dekat rumah pulak, mak dengan abah sibuk dengan aktiviti masing-masing..jadi aku selalu sorang-sorang tinggal kat umah..


pada kau, tahu tak hati aku sakit..pedih sangat dengan apa yang kau buat..senangnya kau amek keputusan menikahi orang lain selepas kau bagi harapan pada aku..kenapa kau masih nak dekati aku kalau kau dah nak bernikah..kau suka tengok aku sakit sebab kau ek?

kan aku dah cakap jangan cari aku..kenapa kau masih tanak denga kata? kenapa sakitkan aku lagi? aku tak pernah halang kau menikah..pergilah tapi tolong lah kasihan kan aku..aku kat sini tanggung sakit akibat perbuatan kau..jangan cari aku lagi..pergilah jaga bakal bini kau tu baik baik..ada hati nak suruh aku jadi bestfrnd bini kau..puiiiiii 7 keturunan aku tanak tau..

lagi 5 tahun, aku nak baca balik la entri nih..mesti kelakar..mau kene gelak dengan laki aku time tu..tapi kalau berlaki la..

shawl --> shawl berawning

aku suka pakai shawl berbanding tudung bawal ke tudung awning ke tudung syria ke..sebab dengan shawl aku rasa lagi stylish..sorry la pada yang pakai tudung selain shawl..ni pendapat aku la..

aku dulu penah jugak pakai tudung bawal tapi tudung bawal tu keje aku asek nak tiup atas jek.paham tak? sebab aku tak suka ia penyek..dah la muka aku pon ala ala rempenyek pastu tudung penyek kan ke hodoh..
tudung bawal aku pon kakak aku dah amek semua sebab dia tau aku tak suka pakai dah sejak kewujudan shawl nih..shawl ni pulak dulu femes yang jenis licin punya..berabis duit aku beli setiap minggu..setiap minggu tauu bukan setiap bulan..pastu aku suka beli shawl jenis jojet tu dengan cotton kedut kedut tuh..sebab bila aku pakai dan duduk di sebelah snow white,aku rasa kecantikan aku setaraf dengan dia..kau mampu rasa cantik camtu?

akan tetapi...
sejak dua menjak ini aku sedikit tertarik dengan sejenis tudung ini..iaitu

ni antara aku beli online kt shaful akmal..pergi cari fesbuk dia lekas~


tudung fareeda..kihkihkihkihkih

aku dah berjaya mengumpul 4 tudung fareeda..kalau nak tau, dulu aku la antara orang yang berfikir apa la design ropol ropol nih..tapi sekarang aku yang dok sebok beli kau tauu..padan muka, kena batang hidung sendiri..entah lah bila pakai aku rasa aku makin jelita macam puteri aurora..lantak korang la kalau korang nak muntah, pergi carik baldi sendiri..

bukan ape tau, dulu konon nye pakai tudung awning tu yang macam ariani tu..muka aku nampak macam makcik jual bakso je rasa..tapi sebab aku terpengaruh dengan keadaan semasa, ye lah cepat sarung pemalas nak gosok shawl jojet tu kan maka aku beli la sikit punya banyak tudung awning tu..pastu haram nak pakai dan aku perasan jugak tah mana pergi tahh tudung-tudung tu..mesti ada yang rembat nih..

sudahnya, pakai shawl balik..nampak macam yuna dan nampak aku stylo sikit walaupon aku mengerti tahap fesyen aku mungkin seperti ayati tasrip di mata orang ramai..

nanti kan kemunculan aku bersama tudung baru dan imej baru..yang pastinya sangat berbeza dengan ramlah ram tapi hampir serupa dengan ratu rania..ahaks