Friday, February 11, 2011

terjaga dari lena..

tadi dah syok tido tetiba terjaga pulak..ni semua sebab mimpi yang tah pape tuh..dari mata terkebil-kebil, maka nya aku pon terus on lappy dan terus ke blog..hee

nak call kekawan, ada yang dah selamat tido dah...esok keje..mata ni plak macam tanak lena balik aje..hmmm tapi kene paksa jugak tido sebab esok aku pon keje..ada banyak laporan menanti atas meja tuh, sejak balik dari kursus terkejut aku atas meja ada berlambak kerja baru assign..sejak darwin dah tak ada, kerja aku makin menjadi-jadi..tak terhandle rasanya...hmm ok selamat tidur~

Thursday, February 10, 2011

tips menghadapi kehilangan

ini sekadar nak berkongsi aje..walaupun aku belum 'sembuh' sepenuhnya tapi hilang sikit rasa 'sakit' tu dari aku..semua orang pon pernah rasa sakit bila berpisah dengan orang yang kita sayang kan? okay, ini apa yang aku amalkan sekarang..

1 - dekatkan diri dengan Allah. aku akui sebelum ni aku selalu leka..aku sibuk utamakan si dia sampai aku abaikan Dia yang maha berkuasa..sepatutnya aku utamakan Dia berbanding si dia..setiap kali rasa sedih aku cepat cepat istighfar banyak-banyak dan selawat ke atas kekasihNya, Nabi Muhammad saw..insyaAllah, akan rasa tenang sikit..

2 - amalkan baca surah annas (harap-harap betul ejaan) pada rakaat ke dua..maksudnya ia akan melindungi kita dari bisikan syaitan yang jahat yang asek nak suruh kita menangis, teringat-ingat si dia..yang ini aku dapat info melalui satu buku iaitu buku penenang kegelisahan hati..yang mana dalam buku tu ada menceritakan banyak kes-kes yang membawa kepada hati sedih, gelisah..dan ada 1 kes tu yang mana seorang wanita ni kehilangan si dia (si dia meninggalkan perempuan ini untuk bersama perempuan lain..kejam sungguh!!) perempuan ini mengalami murung malah tak boleh lupakan si dia langsung! dan ustaz dalam buku tu pun beri jalan apa yang si perempuan itu mesti buat..dan salah satu nya mengamalkan surah yang aku cakap tadi tu la..takat ni aku sendiri pon mengamalkannya..syukur alhamdullillah rasa tenang tu datang sendiri..terima kasih padaNya..

3 - jangan bersendirian...ini antara penyumbang kepada kegelisahan hati yang sangat-sangat...kalau boleh jangan bersendirian sebab nanti kita mula la pikir yang bukan-bukan..cari kawan-kawan, keluar pergi hiburkan diri...ingat dalam otak, kita beriya menangis tapi dia? sedap berseronok dengan orang lain? kalau takde kawan-kawan, roger je aku..aku no hal nya..insyaAllah aku available..aku memang tak boleh bersendirian, mulalah aku teringat pastu menangis..lepas tu aku terpikir sampai bila? sampai la aku bole dikatakan setiap minggu keluar jumpa kekawan, pergi bergembira..memang bila terserempak dengan kapel2 lain kat luar rasa sebak tapi sebenarnya tu la kita lawan..aku tak nafikan hati rasa sendu, syahdu aje bila tengok kapel lain kan kat shopping mall tapi aku lawan..aku cari hiburan sampingan..main boling dengan kekawan, bergelak ketaw..sikit-sikit meredakan perasaan tu..alhamdullillah sekarang bila aku nampak kapel lain, aku rasa ok dah..tak sedih sangat even ada terasa sikit tapi kene kuat..

4 - buang semua yang berkaitan dia..jangan simpan 1 pon...gambar ke apa ke yang bole mengingatkan kepada dia semua buang dan bakar! buang masa simpan melainkan korang memang suka simpan koleksi gambar ex korang laa..

5 - baca buku motivasi..haaa yang ini memang bagus..tapi jangan baca yang orang putih punya! tak boleh pakai sangat..tapi baca buku motivasi yang lebih islamik..sekurang-kurangnya kita bole berfikir dengan lebeh bagus..sebagai contoh aku baca buku "jangan bersedih" tak ingat siapa yang publish tapi buku ni ada kat popular..buku ni sangat bagus..selain mendekatkan kita padaNya, juga menyedarkan kita bahawa ini adalah ujian kita kat dunia..pernah tak dengar sakit itu penghapus dosa? aku assume rasa 'sakit' ni pon adalah salah satu penghapus dosa-dosa kita..yelah cuba kita bayangkan, kalau jupa si dia bukan main lagi sharp on time, tapi kita sharp on time tak bila nak bersujud pada Dia? selain itu, buat kita berfikir yang rasa sakit ni tak la sesakit orang lain yang lagi besar kehilangannya...dan jangan lupa Allah tu akan gantikan rasa sakit ni dengan rasa senang 1 ari nanti..Allah itu ada, sayangku sekalian.. ^_^

6 - jangan dengar lagu sedih buat sementara waktu..haaa ni paling pantang..sebab meleleh je air mata tu kang kann..macam aku memula aritu laa..kebetulan pulak Lagenda Budak Setan kuaaa..haaa lagu dia plak tangkap leleh, hamek kau! 5 bulan menangis aje koje...sudahnya aku switchkan dari lagu-lagu, aku dengarkan zikir-zikir..rasa tenang dan of kos menangis tetapi bukan menangis sebab si dia tapi menangis sebab setianya Dia dengan kita..sebenarnya Dia setia dengan kita masa susah dan senang tapi kita tak berapa setia dengan Dia kan?termasuklah aku sendiri..aku beriya jaga hati dan setia pada si dia tapi aku tak jaga hati Dia..di sini aku rasa bersyukur pada Dia..

7 - tolong tanamkan rasa yakin pada Allah dan sabar..Allah tu dah janji setiap kesulitan akan ada kesenangan akhirnya..cuma kita kena tunggu dan sabar..percayalah satu hari nanti Allah tu akan gantikan yang lebih baik tak pun kalau jodoh korang panjang, Dia akan pulangkan si dia pada korang balik 1 hari nanti..berdoalah setiap kali selesai solat tu "Ya Allah sekiranya si polan bin si polan adalah jodohku maka panjangkanlah jodoh kami, dan sekiranya dia bukan jodohku maka pisahkan hati kami dan gantikan seseorang lebih baik dari dia untukku"..Allah tu maha mendengar sayang, dan paling penting sabar ye...

8- pergi bercuti dengan kawan-kawan..plan laa percutian dengan kawan-kawan atau famili..aku memang amek kesempatan bercuti ke macam-macam tempat..dan sekarang ni aku suka laut..laut buat aku rasa tenang..Allah tu jadikan laut, gunung, bukit sume jadikan manfaatkan semua ciptaan Allah tu..itu lah salah satu gunanya ciptaanNya..sedikit sebanyak buat kita rasa tenang bila tengok laut, bila mendaki gunung atau bukit..tak payah pergi jauh-jauh, pergi yang berdekatan kalau nak save bajet..contoh nya bukit cerakah ke frim ke sepang goldcoast ke..ada duit lebih bole la ke cherating ke, pangkor ke perhentian ke kann..

9- sibukkan diri dengan kerja..ni pon agak berkesan jugak...mintak kat bos kerja bebanyak...sekurang-kurangnya kita rasa leka buat kerja..dah penat balik tido, tak de lah pikir si dia tu sangat...buat ot, kumpol duit..pastu leh g melancong! haaa best tauu...aku pon mula busykan diri sejak perpisahan tu..balik, penat pastu lepas solat isyak aje memang aku terus tido...tu la rutin aku sampai sekarang..yang paling best, aku siap offer diri kat bos untuk ke mahkamah..sebab aku bole berjumpa ramai orang, kenal orang baru...macam tu jugak dengan kursus, semua aku pergi..dapat kawan baru jugak..kan best gitu...

10- menangis, menangis dan menangis...aku tak nafikan sampai sekarang aku sedih tapi tak sesedih dulu..dan sekarang aku masih menangis..tapi tak slah nak nangis..nangis je if rasa tu bole kasi reda hati tu...sambil tu mengadu la pada Dia..Dia maha mendengar...walau pon nampak macam cakap sorang-sorang tapi takpe..korang cakap je macam cakap dengan kawan-kawan..mana tahu Allah tu bukakan jalan dan Malaikat-malaikat Dia pon dengar dan mendoakan korang sekali..

11 - mengaji atau baca je yassin setiap kali lepas solat maghrib...sebelum tu niat la dalam hati, baca yassin untuk dapatkan redha Allah, ketenangan dari Allah..setiap kali nak tido pon doa je..takpe, Allah tu suka kalau hambaNya meminta..

hmm inilah yang aku buat setiap hari sebenarnya..walaupon masih belum sembuh sakit nih tapi sekadar berkongsi inisiatif yang aku buat untuk tenangkan hati sendiri..setiap kali aku teringat kenangan lama terus aku berishtifar dan doa dalam hati semoga Allah lindungi aku dari rasa sedih dan dukacita..sampai sekarang aku amalkan semua yang aku tulis nih... ^_^

hidup kene positif okay~