Saturday, December 29, 2012

Nihongo

Perasan tak aku kerap menulis? Aku pun perasan..

Dulu kalau orang pilih bahasa ketiga bahasa mandarin, bahasa arab..aku pilih bahasa jepun..serius aku suka sangat sangat bahasa jepun atau nihongo..Memang dalam kelas aku fokus belajar katakana atau pun cara bercakap..katakana tu tulisan jepun..setiap malam aku akan tulis satu perkataan jepun untuk latih diri biasakan..

Sepanjang dalam kelas tiga tahun berturut turut, aku selalu dapat markah paling tinggi untuk bahasa jepun..aku tak pernah dapat B untuk paper jepun..sampai kan kawan kawan fakulti aku ada yang berebut nak duduk sebelah time exam..serius aku tak tipu!

Untuk fakulti batch aku, aku adalah yang terbaik untuk bahasa jepun..bangga giler masa tu, masa lecturer umumkan nama aku..masa tu memasing cuba untuk satu group dengan aku untuk sesi oral / speaking sebab memasing cuba amek peluang untuk dapat extra markah melalui aku..aku? Macam biasa, terlalu baik hati sampai time exam aku tadah je paper aku kat kawan aku terutama kat tariq..

Tariq ni kategori lelaki hot jugak kat fakulti aku sebab dia kaya + smart + budak indie..gadis mana je tak minat weh..dia la satu satu nya budak yang pergi kelas bawak keta honda masa tu..ko ader? Parent dia aku kenal memang kaya tapi dia ni jenis terbiar sebab parent dia bercerai..so abah dia akan kasi apa je dia nak asalkan dia tak rapat dengan mak dia..tapi dia baik dengan aku, selalu amek aku pergi kelas sama sama..balik kelas dia hantar..kat kelas dok sebelah sebelah sampai aku pernah kena gosip la dengan dia..tapi orang tak tahu betapa gilanya aku kawan baik dengan dia ni..dan dia antara bespren aku yang suka tiru paper aku..Dan aku juga selalu kena bahan dengan dia..tapi dia baik, sepanjang kawan dia jaga aku..sekarang dia tah pergi mana aku pun tak tahu..dah lost contact sejak aku berubah..dia pun berubah..

Ok lari tajuk..patah balik ke nihongo..

Disebabkan aku terlalu minat nihongo ni dan pada semester terakhir lecturer ada umum best student di fakulti untuk bahasa jepun iaitu aku ler maka terkeluar lah satu offer yang mana masa tu kerajaan jepun ada buat collaboration dengan uitm untuk exchange student..plus kerajaan jepun ada menawarkan peluang untuk sambung belajar dalam bidang environmental studies selama setahun kat jepun..masa tu aku lah paling excited sebab aku memang ada impian nak belajar kat jepun..

Dan paling best bila lecturer untuk subjek environment juga ada cadangkan nama aku memandangkan aku agak fasih berbahasa jepun ketika itu..dah berangan angan dah aku masa tu..sampai la aku kemukakan hal tu kat parent aku..abah aku happy dan dia memang bagi green light tapi mak tak izinkan..masa tu aku dah rasa sedih sebab kalau mak dah cakap tak boleh selalunya memang tak kan dapat la..abah pun takkan mampu nak pujuk mak..

Puas la aku cari ayat untuk lembutkan mak sebab yang belajar kat jepun ni, kerajaan jepun sendiri akan tanggung kos kepada student malaysia yang betul betul minat..tapi memang ada la syaratnya..dan syaratnya aku lepas ;)

Masa tu lecturer bagi tempoh sebab kebetulan lecturer dari university kyoto datang untuk jumpa sendiri bakal bakal yang akan ke sana..kalau ikutkan tawaran tu, pengajian di jepun start bulan oktober ngam ngam degree aku habis kat uitm..

Tapi puas aku pujuk mak..abah pun slow talk..tapi mak tetap keras tak bagi aku pergi..katanya dia tanak aku berubah sebab budaya kat sana lagi dasyat..katanya kalau kat malaysia pun aku macam ni ( dulu aku free hair, fesyen lebih kepada orang cina punya style) apetah lagi kalau aku duduk jepun..dia bimbang aku langsung tak nak balik malaysia terus nanti dan terus hanyut duduk sana..

Masa tu perasaan aku Allah je yang tahu..ibarat kaca terhempas kat lantai..dengan berat hati, aku jumpa lecturer aku dan tarik diri dari pergi sana..dia pun ralat juga tapi tak boleh nak buat ape sebab mak still berkeras tak izinkan aku pergi sampai mak cakap kalau aku pergi, jangan balik rumah langsung..betapa dasyatnya mak tak bagi..

Selepas kejadian tu aku jadi macam merajuk dan langsung tak prektis dan tak amalkan cakap jepun , tulis jepun selama 6 tahun dan ianya terkubur gitu aje la..sayang kan? Cuma sikit sikit aku ingat tapi dah tak mampu nak susun ayat macam dulu lagi..ayat pendek biasa boleh la tapi nak cakap panjang macam dulu memang tak dah..kawan kawan jepun pun aku dah tak contact, putus macam tu je sebab bengang tak dapat pergi sana punya pasal..


Baru baru ni bila ada kenalan aku tiba tiba bagi ayat jepun sebaris, aku rasa sakit hati sebab tak boleh nak translate macam dulu..sumpah sakit hati! Lidah pun dah keras dah cakap nihongo..

Boleh tak kalau aku nak start belajar balik?

Thursday, December 27, 2012

Sisi ke dua

Di luar aku gembira..aku gelak dan terus ketawa..
Tapi sisi hidup aku kelam sebenarnya..

Aku dikenali sebagai happy go lucky dikalangan kawan kawan..
Aku boleh bercampur dengan siapa saja..
Lelaki tulen, perempuan tulen, lesbo, gay, nyah..
Semua aku kawan..dan aku seorang yang boleh dikategorikan sebagai open minded dalam apa jua topik perbualan..

Orang melihat aku sebagai orang yang bertuah..berapa banyak yang bersemuka dengan aku ayat semua sama..

"untungnya jadi lily.."
"nak jadi macam lily.."
" lily ni sumber inspirasi saya laa.."
"aku suka tengok ko sebab selalu happy takde masalah.."

Ko tau tak masalah aku bergunung?semua tu aku sorok dengan muka yang plastik ni..
Ko tau tak aku selalu menangis? Menangis sorang sorang dalam kereta, dalam bilik air..
Ko tau tak sebenarnya aku cemburu lagi dengan ko? Sebab sekurang kurangnya bila ko balik rumah, ko ada orang boleh bercerita macam adik ke mak  abah ke..
Aku? Sorang sorang..

Ada benda yang aku boleh cerita kat mak abah dan ada benda tak boleh sebab nanti aku kena smash teruk..aku tak boleh buat apa yang aku suka sebab bagi mereka aku hak mereka..ye benar tapi aku ni manusia yang perlukan ruang..
Dari kecik sampai la besar aku lebih banyak sorang sorang..
Pernah juga terfikir untuk kawin kontrak hanya semata mata untuk loloskan diri dari rumah ni tapi terbantut bila kawan aku sendiri merangkap pegawai syariah dah start basuh otak aku maka niat dibatalkan..tapi masih merewang rewang di fikiran sampai sekarang..

Aku cuma perlukan ruang..itu aje..aku tak minta banyak pun..aku cuma nak ruang untuk teruskan apa yang aku minat, apa yang aku suka..aku dah 28 bukan 18 lagi..tapi aku masih lagi tak diberikan peluang itu..dan apa yang aku buat sekarang bukan untuk aku tapi lebih untuk orang lain..dan ianya sakit..

Aku kena teruskan cita cita yang bukan aku impikan..aku kena sambung harapan yang pernah hilang dulu yang bukan aku harapkan..dan aku letih..aku letih sangat bila semuanya perlu bersangkut di bahu aku..

Memang aku penah buat silap dulu tapi ini ke hukuman nya.. ;(

Betapa aku harap seseorang datang dan bawa aku keluar dari rumah ni..boleh tak kalau aku kata rumah ni bukan syurga untuk aku? 

Ye nak cakap aku tak bersyukur la..teruskan sebab mu tak rasa apa yang aku rasa..

Duit yang banyak pun tak mampu nak hilangkan semua ni..memang betul..

Wednesday, December 26, 2012

Cuti express

Kali ni bercuti express lagi..takde plan langsung..cuma main hentam aje nak pergi bercuti 3 orang..

Aku, rosha dan kak nor..
Rosha dan kak nor ni bekas rakan sekerja..dulu aku selalu bergilir gilir pegi court dengan kak nor..rosha pula kalau dalam kelas kursus perundangan kpkt dulu memang kitorang jadi satu group dari tahun 2009 sampai la aku nak keluar dari kpkt..

Masa kursus pendakwaan dan kepeguaman efektif pun aku satu group dengan dia dan dua dua pula tak pernah buka kertas siasatan jadi group kami antara group yang sangat diberi perhatian oleh tuan tengku dan tuan yusaini..okay, lari tajuk kejap.

Sabtu lepas memang dah plan untuk pergi bercuti ke melaka dan kononnya nak naik johor terus..dan selamba nya kitorang tak book apa apa hotel pun..bajet bagus kan?

Sampai kat melaka, terus jalan jalan cari makan sampai la terasa penat baru nak cari hotel..haa masa ni la hazab rasanya..4 jam hokeh cari hotel..semua hotel full!

Usah kata kat bandar melaka, sampai ke ayer keroh nun full..klebang pun full..area pantai semua full..sudahnya kami duduk kat jusco melaka sambil makan sambil surf internet tergelak gelak sebab tak dapat hotel..kak nor suggest kalau tak jumpa hotel, balik kl jugak malam tu..tapi aku seboleh boleh nak jugak hotel sebab malu ah boh kalau aku balik umah nanti mak aku gelakkan aku..keluar umah beriya pepagi bawak beg macam tanak balik..sampai hotel kat jb nun kitorang call tapi semua full okeh..baik 2 star sampai 5 star hotel la full..

Siap ada kawan kawan dok sms bagi suggestion nak stay mana tapi hotel diorang suggest tu semua full..sampai la aku dapat mesej dari kawan aku, dia offer duduk umah dia kat area sg udang sebab rumah tu takde sapa duduk..Eddah, aku sayang ko edd ;)))

Malam tu terus jumpa dia kat umah dia area tanjung minyak, salam cium pipi dengan mak dia kakak dia terus amek kunci umah dia..rasa senang hati sikit dah masa tu sebab tak payah balik kolumpo hik

Dan aktiviti diteruskan, malam tu pergi lepak kat jonker street dan malam dihabiskan dengan melepak di klebang..indah! Sampai ipad ambe terjatuh kat jalan raya..mata dah ngantuk tapi degil nak jalan jugak.. 

Esoknya sambung berjalan lagi..cari asam pedas, shopping tak hengat dunia dan gosip sampai letih mulut..cuma xdapat nak bercuti lama lama sebab kak nor kena pergi penang ada court case jadi kena balik awal sebab dia nak travel lagi ni ..kalau tak, lagi panjang langkah kaki nak merayap..

Moral of the story, lain kali rancang percutian terutama di musim cuti sekolah..

Monday, December 24, 2012

Rindu

Rindu datang balik..
Waktu waktu gini, rasa tu menyelinap dalam setiap genap sudut anggota..
Rindu dengan gelak aku yang dulu..
Rindu dengan kisah kita yang dulu..
Rindu dengan impian yang kita reka dulu..
Rindu dengan kesusahan kita lalu dulu..
Rindu dengan kebodohan kita dulu..
Rindu dengan kecekalan kita dulu..
Rindu dengan kebebasan kita dulu..
Rindu dengan janji kita dulu.
Aku rindu semua tu..
Aku rindu dengan kau..
Aku rindu masa tu..
Aku rindu..

Dan aku mampu buat sampai sekarang ialah cuma rindu.. ;(

Dan aku tak mampu nak alihkan rindu ni..

Aku tak tau macam mana nak hentikan rindu ni..

Kau yang di sana rindu aku tak macam mana aku rindu kau?

Friday, November 16, 2012

Testing testing ;)

Minggu lepas aku sekadar cuba cuba aje untuk memakai niqab sebab aku nak tahu perasaan memakai niqab..

Ternyata perasaan itu sukar aku nak gambarkan..tapi betul la dugaan itu ada disebalik berniqab..tapi terus terang aku rasa SELAMAT dengan berniqab..

Dan rasa lebih dihormati apabila mengenakan niqab pada wajah..
Baru sekarang aku faham indahnya berniqab..
Baru tiga kali aku mencuba tapi rasa seronok untuk teruskan..
Tapi aku berniqab itu pun curi curi..tanpa pengetahuan ahli keluarga..hanya orang terdekat sahaja..sebab tanak buat mak abah aku terkejut sangat..

Lagipun, aku sekadar cuba cuba je, mana tahu nanti jadi serius ;)


Monday, November 12, 2012

senyap.sunyi.sepi

dah lama tak menaip kat belog..dah lama tak kongsi cerita kat sini..belog ni ibarat diari..kadang kadang bila tak terasa nak bercakap dengan sesiapa, belog adalah medium ke dua selepas Allah untuk bercerita..

sejak akhir akhir ni, hati sangat terpaut nak mendekati agama sendiri..ISLAM..

mula mencari kelas mengaji, kelas fardu ain..
mula mendekati para ustaz, ustazah..
entah kenapa rasa macam hidup ni sekejap..terlalu banyak aku bazirkan untuk perkara lagha dulu..menyesalnya aku..

sikit demi sikit, aku delete gamba gamba aku dulu yang dedah aurat..
termasuk dalam belog ni, banyak aku kena delete..

kadang tu terfikir macam mana kalau aku mati..
siapa yang akan berterusan doakan aku?
siapa yang akan selamatkan aku dari azab?
apa yang akan datang kepadaku untuk lindungi aku dari diazab?

kalian, pernah ke terfikir?
hurmmmm...   

Sunday, October 21, 2012

Hanya jasad di langkawi

Lama tak menulis di belog..malam ni terpanggil untuk menulis..sekarang berada di langkawi..untuk kali ke tiga tahun ini..saja datang ikut budak opis untuk kali terakhir memandangkan bulan ini bulan terakhir aku di kpkt..

Saban hari, dia kerap ganggu fikiran aku..ngapain ya? Ya Allah, aku rindu dia sangat..

Sangat sangat ya Allah ;(


Sambung tidur

Selamat malam

Friday, August 24, 2012

Aidilfitri 2012.

Pejam celik pejam celik dah raya ke enam dah..Kalau kat fesbuk, semua upload dengan gamba famili memasing, husband memasing, anak memasing..sikit sebanyak, hati ni tersentap sikit..

Aku ada semuanya tapi kekurangan satu..semua yang ada ni pun tak mampu nak tutup ganti yang satu ni..

Lebih lebih lagi di pagi syawal, aku la tukang photographer untuk famili akak aku, abang aku..tapi ada satu sudut kat umah tu abang aku yang ke 4 tengok dengan sayu..dia baru bercerai..cerai hidup..tahun ni anak anak dia beraya dengan belah ex kakak ipar aku di terengganu..

Aku rasa hati dia tersentuh pagi tu, sebab aku tengok dia terus naik atas duduk kat bilik seharian tak keluar..dia cuma turun makan pastu naik bilik balik..aku faham apa dia rasa sebab aku mengalami apa dia lalui cuma mungkin cerita sedikit berbeza..

So pagi tu aku rumuskan, tak semua umat islam sambut aidilfitri dengan penuh gembira..ada yang berduka sebenarnya..beruntung la pada mereka yang bahagia, gelak gembira dengan orang tersayang memasing..

Aku cuma harap Allah pulihkan hatinya..walaupun aku dengan dia tak sebulu tapi dia abang aku..

Saturday, August 18, 2012

Sahur terakhir 2012

Sudah lama tidak menulis di sini..hari ni hari terakhir bersahur sebelum menyambut bulan syawal pula esoknya..insyaAllah..

Walau bagaimanapun, puasa serta raya tahun ini bagiku sedikit suram..kalo orang lain happy, bagi aku sedih sikit..terlalu banyak perkara berlaku yang Allah dah takdirkan untukku..

Tahun ni berpuasa terakhir di pejabat, tempat kerja pertama aku iaitu kat kpkt..tahun ni juga puasa tanpa orang yang aku sangat kasihi dunia akhirat..

Apa pun masih bersyukur kerana masih dikelilingi kedua orang tua yang sangat kasihkan dan manjakan aku lebih dari segalanya walaupun umur aku dah nak cecah 30 dah pon..

Aku dah cuba yang terbaik di bulan ramadhan kali ni, mungkin ada banyak kekurangan sebab kekangan masa untuk bertarawih tidak seperti sebelumnya, tapi harapku moga segala ibadahku diterima dan mampu menyelamatkan aku di sana kelak..

Wahai kamu yang telah jauh, aku ucapkan salam aidilfitri..aku maafkan segalanya tentang kamu dan satu perkara yang aku tak dapat nak beritahu, aku rindukan kamu sangat sangat sehingga namamu tidak terlepas dari bibirku dalam setiap doaku.. ;( 

Monday, July 30, 2012

Monday, July 16, 2012

pergilah kau pengkhianat!

khianat ni erti kata lain belot..

bukan belut..belut tu ikan..ini belot..tahu belot?

contoh : A & B pergi kedai..diorang tak kawan dengan C sebab A tak suka..tiba tiba B tinggalkan A sebab nak kawan dengan C..tu belot la tu kan? aku rasa la..ok seterusnya...

seminggu ni aku sentap extra sikit..bukan sebab bendera jepun ke datang bulan ke..bukan bukan..

apa uolls rasa bila orang yang uolls percaya tu burukkan uolls kat orang lain tanpa rasa ikhsan nye? 

sekarang tak tahu dah nak percaya siapa..tapi serius aku ralat dengan ko..selama aku jadi kawan ko kann, aku jaga ko aku tatang ko macam adik aku..sebab aku tak ada adik..kalau boleh aku nak lindungi ko..sebab aku tanak nanti ko tu kena macam aku kena..aku tak suka bila orang lain memperlekehkan ko tapi ko memang kacang lupakan kulit, dik..ko rupanya cakap macam belakang aku kan..

Allah tu memang maha kaya, Dia tunjukkan aku siapa ko tu sebenarnya..fine, ko dah banyak aibkan aku kan sekarang apa yang ko aibkan aku tu pulang balik kat ko nampaknya..

bukan aku nak mendabik dada ke apa, tapi cuba ko renung kehidupan ko yang serba serbi bermasalah...kenapa jadi macam tu? ko nak cakap orang buat ko yang zalimi ko selalunya terima pembalasan..habis yang ko buat orang tu zalimi orang tu tak terima balasan la?

ko je baik orang lain semua jahat la..ko dengan famili ko jek baik..ikutkan hati aku, banyak benda aku boleh ungkit..tapi aku ni mudah kesian kat orang..

aku maafkan ko, dik..tapi maaflah aku mungkin menjauhkan diri dari orang macam ko..aku tak perlukan orang macam ko dalam hidup aku..

tengokkkkk..habis kedut muka kitaa..arghhhh 

ok bai

Sunday, July 15, 2012

berhabuk..fuh fuh fuhhhhh

wah berhabuk sudah belog ini..dah lama tak update uolls! apa khabar para silent reader/kawan kawan ku di sini? lily makin sehat dan makin berkembang pipi nyee sampai 15 kali pikir nak kua umah ke tak..tapi mengenangkan banyaknye tanggungjawab, maka kua je la ek...kua tu bukan lah sejenis kuah masakan ye atau kuah kat langkawi tu tapi kua ni singkatan KELUAR..hihi biasa la remaja macam i kan memang suka shortform cenggini sampai kekadang sendiri baca pon tak faham..

sepanjang tempoh tak menulis blog nih, aku sibuk menggembara ke beberapa tempat..antaranya Johor Bahru, Singapore, Melaka, Muar, Gambang Kuantan dan beberapa tempat lagi la..tak ingat pulak..nak share sikit pasal trip ke singapore..

trip ke USS memang dah lama plan tapi baru dapat pegi..pergi berlima naik 1 kereta menginap kat JB tau..kat suria city hotel selama 2 malam..kenapa aku pilih suria?sebab selalu nye outstation memang pilih situ dapat gov rate..hihi tapi sebenarnya korang leh pilih hotel sekitar Danga Bay, lagi murah murah ye..banyak hotel bajet situ..aku rasa rugi pulak duk kat suria city tu..stay kat suria aku amek deluxe sumbat 5 orang dalam tu, satu malam 140 la camtu..2 malam baru 280 kan bahagi la 5 orang..bilik dia ok la beso jugak la cukup 5 orang lagipon nak tido je pon, siang nya merayap kan..pergi USS naik bas kat tune hotel bas tu tapi sebenarnya bas tu lalu suria hotel, kalu aku tau aku suruh bas amek depan hotel je tauu..takde susah payah aku drive pukul 6.15 pagi nak sampai ke danga bay tu awal konon kann..

tiket ke USS sekali dengan bas sepatutnya rm185 tapi sebab aku pergi time cuti sekolah maka naik lah tiket nya rm205 seorang..untuk pengetahuan uolls ye, kalau uolls nak bawak makanan sila simpan dalam beg sebab diorang tak check beg pon rupenya..kitorang pergi tak bawak bekal apa pon sekali harga makanan dalam tu bayangkan nasi ayam kalau convert duit malaysia tiga ploh hengget yaa! haa belom campur air milo total makan tu jek empat ploh henggett, amek kauu..nak pulak terserempak dengan sorang makcik dari malaysia ni, dia siap bawak bekal nasi goreng dari rumah okeh..kau ada? aku tak de..maka sikit sentap situ..





okay lah malas nak upload banyak sangat..kahkahkah aku nak cerita pasal total cost lost okay..

tiket bas + uss : rm205/head
duit mnyak/tol : rm50 /head
hotel : rm56.8/head
total : RM311.80


itu secara kasar sahaja ye..belum masuk makan + convert duit dollar singapore..aritu aku convert dollar singapore 100 : rm240 hokeh..makan kat jb tu murah aje..bukan makan seafood pon kan, so sorang rm10 jek..total semua sekali adalah dalam rm550++ tapi tak sampai 600 pun..itu belom singgah JPO ye..menangis purse ! puasa terus aku seminggu pastu sebab duit dah habis..kumpul punya la lama, habis nye sekelip mata aje..


buat masa ni, tu je la nak share dulu..sabtu depan nak puasa dah..cepat sungguh masa berlalu ya..bumi dah tua sangat dah nampaknya..






-snow white a.k.a lily- haa nak muntah le tewww

Wednesday, May 16, 2012

testimoni Everlynn : 6

as salam & salam sejahtera
curik curik masa kejap nak upload gamba testimoni Everlynn..


gambar di atas ni kawan saya masa belajar uitm dulu, fiza..dulu panggil mami =) dia pakai set skincare Everlyn selama 16 hari..


yang ni pon opismate lily..dia pakai set skincare jugak..ada perbezaan, lebih glowing =)



ha teruja tak tengok testimoni tu? selain membantu hilangkan apa yang patot kat muka kita, dapat juga membantu muka kita jadi lebih berseri..

tiada bahan kimia terlarang ya!

 idamkan kulit muka seperti lina shaari?
 Inginkan kulit yang cantik,gebu dan menawan persis seorang model,dapatkan set skincare EVERLYNN hari ini.

hubungi lily di talian ini 017 2156687/ 017 3009638

Sunday, May 13, 2012

edisi rezeki JUMAAT =) Everlynn : siri 5

Maha Suci Allah, segala limpah kurniaNya serta rezeki yang dikirimNya..malam semalam lina shaari telah mengumumkan top dealer untuk Everlynn dan rasa macam tak percaya je bila tengok nama aku paling top..

serius! berapa kali aku gosok mata untuk eja nama yang tertera tu..siap tutup jap, pastu bukak balik..ha kau sampai macam tu sekali..betul lah nama aku..sapa lagi lily wahab kat fesbuk tu..aku ler..

rezeki namanya ye..alhamdullillah..sebenarnya aku join everlynn ni saja saja je takde nak serius mana pun.."sekadar suka suka, hobi masa lapang" bak kata artis kann..aku artis ke? wakakaka

selama ni aku main jual je tanpa check dah berapa banyak aku dah jual..aku tak pernah pun kira, resit pon takde bagi kat customer..sadis kan? cuma bila dah jadi macam ni terus aku rasa kena ada peningkatan paradigma sikit ...


ok jom tengok beberapa testimoni lain pula..dah lama tak share di sini..jom jom










okay sekian dulu untuk kali ni..ada hal pulak kena kemaskan bilik belakang..nak renovate rumah..nanti aku update testimoni lagi ye..


*pada yang teruja nak tanya/cuba sila hubungi saya 017 2156687 okay..

Monday, May 7, 2012

selamat hari lahir kepada dia

untuk kamu yang telah jauh di mata mungkin juga di hati 

"selamat hari lahir yang ke 28" =')

tak ada apa yang aku harapkan, moga Allah limpahkan segala kebaikan padamu..
moga Allah bahagiakan kamu di sana.meski bukan denganku..
moga Allah permudahkan segala urusanmu di sana..meski tanpa ku..

entah la kenapa.. Allah aje yang maha mengetahui kenapa masih lagi untuk kamu..hati ni..
biar beribu yang mengetuk, ia enggan bukakan pintu apetah lagi jendela..

aku titipkan al fatihah buat mu di sana..itu aje hadiah mampu aku kirim melalui Sang Pencipta dan juga doa..

walaupun jauh, aku tetap rasa kamu dekat 

Monday, April 30, 2012

renjis 2012 : Anem & pasangan =)

fuh fuhh fuhh dah berhabuk ini belog tidak berhupdate..sian belog, tunggu tuannya balik bertapa kat 7 gunung..ni baru berkesempatan nak online..ada gap 10 minit ni sementara tadah embun dara untuk penaik seri wajah..haa ko hader nak tadah tadah embun dara?

ahad lepas, aku sempat la menghadiri ke majlis perkahwinan kawan aku masa kat uitm lendu dulu, zakiahanem dengan pasangannya yang aku tak pasti nama dia sapa..hihi yang paling best, teka lah pukul berapa aku sampai..4 petang hokeh! orang pon dah kemas meja sume angkat lauk tapi aku muka sardin je selamba sambil senyum senyum ala ala aku Kate William kan kat sedara mara anem kot masa tu..sementara tu sempat la aku bergamba kejap sebelum aku pergi makan..oh ye kelebihan korang datang pukul 4 ni ialah korang boleh amek ayam sebanyak 4 ketul tanpa ragu sebab takdek sapa beratur belakang korang masa tu..rendang daging pon boleh la nak hamek berapa senduk sekali pon ye, asalkan korang habis la makannya..jangan la amek bersenduk senduk tapi membazir, memang korang bespren syaitan nirajim la gitew yer..


haa nampak muka haku tanpa mekap..memang pudar semata ye..muka nampak sunburn tak? sebab gua baru balik dari felda hotspring, bantai main air kat water park 2 hari berturut turut..habis merah merah muka..dan aku dah gemoks..kan?


dan dah alang alang tu aku merayap la pergi ke laut sekejap..aku kan gadis laut..ikutkan hati nak aje stay kat port dickson 1 malam tapi sebab ada hal & akak tu pulak last minit baru cancel appointment dengan aku, ralat la jugak rasa..kalo tak, bole lepak depan laut malam malam..









im a beach girl.. "beach" not "bitch" =)

congrates anem! moga diberkati kamu suami isteri dunia akhirat~

Monday, April 23, 2012

testimoni : Everlynn Skincare 4

beratur testimoni sebenarnya tapi gua tak terupload..nak buat cemana sebok menyapu laman seluas 15 hektar, mencuci baju setinggi gunung..tu belom lagi bertapa kat gua sambil tadah muka ke cahaya rembulan..haa, mampu? sudahnya sebab tak mampu, maka balik rumah pakai Everlynn aje..wakakaka

okey jom tengok testimoni!

hasil pakai set skincare Everlynn


hasil pemakaian skincare juga..haa tercabar tak? ngee


juga hasil dari pemakaian set skincare everlynn


ni pon..nampak tak jeragat dia semakin pudar?

haa jika ada di luar sana yang ingin cuba set everlynn sila hubungi saya 017 3009638/017 2156687 ye..tqsm !

Tuesday, April 17, 2012

aku dan dia di colmar, bukit tinggi

kami luangkan masa bersama-sama di colmar selepas aku habis bengkel pelan tranformasi..ameen tido sebab tu gamba dia tak ade..berikut adalah gambar aksi boring kami berdua..takde apa pun kat colmar ni rupenye..takat bangunan je laa kot dengan haiwan haiwan..lain lain tu biasa jek..boring

















dan seperti biasa laa..snow white wajib gamba sensorang







Friday, April 13, 2012

pernah kah kau didusta?

haa tajuk dah sentap leleh..pernahkah anda didusta? dusta ye bukan kusta..kusta tu penyakit kulit..



ini adalah carta kasta tapi aku bukan nak cerita pasal kasta..aku nak cerita pasal dusta..paham?

bila kita didusta, tentu tentu la kita menangis..kan? belum pernah lagi aku jumpa orang yang bergembira sambil tertawa riang bila didusta melainkan dia dah gile..sedangkan snow white pun nangis bila didusta oleh ibu tirinya..takde lagi aku baca buku dongeng yang snow white bergembira la la la la saat dia didusta oleh ibu tiri..cinderella pun tak macam tu..aku tau la sebab diorang tu kawan baik aku..dulu cinderella tu jiran aku..selalu la denga dia nangis malam malam tak tahan dengan nasib..konfiden jek aku kan tu tangisan cinderella..entah entah pontianak mana dok nangis kat tepi jalan..wakakakaka

beginilah nasib bila kita didustai oleh orang yang rapat dengan kita..kita ditikam dari belakang..dirobek robek melalui kata kata yang diputarbelitkan..haa canggih kau ayat aku..al maklum baru balik dari kursus bengkel pelan budaya organisasi cemerlang..ayat pon canggih laa u..

aku tak sangka selama aku curahkan madu, kasih sayang seperti kasihnya laila kepada kuih karipap, akhirnya dibalas dengan pengkhianatan yang menusuk kalbu mak aku..hihi kalbu aku la..tak mengapa lah, mana ada orang suka kita 100% kan..secantik mana pon kita, selembut mana pon kita, kompom ko akan ada musuh punya..ko hengat semua orang suke ko? jangan harap laa..ada antara ramai ramai tu sebenarnya tak suka giler dengan ko..benci giler dengan ko..ko jangan ingat semua suka ko..

tapi ko hengat laa, arini ko dustai kawan ko..satu hari nanti ko akan didustai pula oleh kawan lain..come one laa..what goes around come back around~

dah la malas nak taip panjang..baik aku tido..selamat malam dunya~


Wednesday, April 11, 2012

renjis 2012 : Mira & Alan

seperti sebelumnya, cerita ini sudah basi tapi gue baru nak hupdate..ceritera chenta antara kawan baikku raja sri mira aidasari raja hydar selamat menerima nikahnya encik alan.. er er er..nama penuh lelaki aku taktau okeh..

aku dilamar menjadi pengapit oleh mira..touching hati sebab pengapit ni selalu kan orang yang paling rapat je kan..& mira pilih aku...aku terima permintaan itu dengan penuh tangisan syahdu sambil menadah tangan ke langit..drama tak? jangan percaya..aku tipu je nak bagi korang rasa syahdu..

aku mula datang umah mira malam sebelum dia nikah tu..tido situ semalam..saja tido dengan mira untuk kali terakhir sebelum dia bergelar isteri..

sebenarnya, tulus dari hati aku..aku rasa sedih taip pasal wedding mira ni..bukan sedih apa, aku sedih sebab mira ni selalu teman aku ke sana sini..lepas ni dia takde dah, dia akan ke johor ikut suami..mira, kalau ko baca ni aku nak kau tau yang aku nangis lepas balik dari wedding ko sebab aku rasa macam kehilangan kawan baik..terima kasih mira sebab jadi kawan aku dunia akhirat..aku sayang kau & tak ada apa aku harapkan semoga hubungan kau suami diberkati serta bahagia dunia akhirat..dah la kang aku menangis kat sini, letih plak hariz nak pujuk aku..kene sewa kapal lagi kat langkawi kangg..dia dah pesan jangan membazir duit.erkk haha..jommm tengok gambarrr hihihi







dan paling tak boleh tahann..sedang aku mengipas ngipas si mira tetiba mata aku tertancap ke seorang aunty berbaju biru terus aku teruja dan rasa macam nak turun terus nak mintak autograf..tapi mira dah pesan "jangan wat hal ly..." hihi maka , i a.k.a snow white menurut perintah sambil dalam hati doa jangan laa si seniwati mariani ni balik dulu..fuhh fuhhh (tiup tiup manja ke arah mariani)


haa nampak tu? tu tangan bersalam tak lepas tu penting okehh..sayang sangat sangat nih sampai salam ketat ketat tak lepas haa..nampak muka aku teruja tu? 


ni bestpren aku, pb..tak lama lagi dia ni pulak jadi bini orang dalam november 2012 nih..moga berjalan lancar ye sayanggg..


haa yang ni pun salam tanak lepas tangan..ko hader gambar camni dengan aunty aunty? aku hader okeh..sayang sangat nih..thanks mak mira sebab baik layan saya sepanjang kita berkenalan..cewahh..tapi aku sentap tengok baju aunty ni..ni feberet kaler i okehh..cantik amat ! aunty gojes sangat .. =)


ni adik mira yang comey sangat & sangat soft spoken bagi aku..dia melayan aje perangai aku yang tah hapa hape tah..rugi kenai dia ni lambat..

majlis berlangsung dengan sangat gemilang dan best sangat sangat..tumpang bahagia aku tengok..

dan 





memperkenalkann


finalis gadis melayu 2012..hahahaha muntah hijau jiran aku kalau dia denga..ok bye !

Saturday, April 7, 2012

Everlynn Gathering =)

kejadian dah basi, aku baru nak hupdate ! maklumlah sejak cerita i kuar tu (mirror mirror..uolss dah tengok? support filem i okehh..sila muntah sekaranggg) semakin busy..tahap ke"busy"an tu kalah la PM..bukan perdana menteri tapi pelakon malaysia okeh! 

date : 31 Mac 2012
venue : Belanga, The Garden
time : 1 pm - 3 pm

stokis serta dealer Everlynn berkumpul bersama-sama saling mengenal satu sama lain..gue? opkos paling awal sampai sambil terkedip kedip mata tunggu yang lain..dan lina menyusul orang ke dua..terdiam terpana terpaku bila dia sampai..speechless u know..santekk, tinggi, kuruss..aku? somott, tembam dan rendang tak berkuah..

time nih la baru dapat bertentang mata dengan dealer dealer atau stokis stokis yang selama ni aku dok bersms aje tak pernah jumpa depan depan..bila jumpa, cantiknye diorang nih..terus rasa macam nak sarung topeng sailormoon kat muka..

yang bestnya lina belanja semua yang hadir masa ni..thanks lina hihihi kalau tau, lily mintak ayam percik 2 ketul hihihi





sebenarnya aku malu malu jugak time ni , tu yang sampai takde bergambar dengan diorang banyak banyak..speechless pun ada jugak..hahahaha 

takpe, tunggu next gathering..masa tu aku nak bergamba dengan sume sume..lantak laa apa nak jadi , jadik laa..nekad nih


testimoni Everlynn 4

lama sudah tak hupdate belog !
jom tengok testimoni dulu jommm..baru baru ni ramai bagi feedabck yang sangat bagus pasal everlynn nih..alhamdullillah di samping membntu kawan kawan dapat kulit yang cantik, timbul juga rasa puas hati sangat sangat bila orang puas hati..dah sila scroll ke bawah dan lihat





ni baru sikit..ada lagi banyakk tapi kekangan masa ye membuatkan agak terlewat hupdate di belog..jom add fesbuk gue kat tepi tuh..

nak cuba everlynn? roger lily enh =)

Wednesday, March 28, 2012

testimoni : Everlynn Skincare 3

Alhamdullillah semakin mendapat perhatian Everlynn kini...malas nak taip panjang panjang, jom tengok testimoni =)


"testimonials : Kak ct dah lama guna everlynn sejak mula dikeluarkan lagi...semua dah beli,baik skincare,serum malah mask dah byk kali akak repeat...memang best everlynn
 nih...dulu wajah akak kusam,kulit kering dan lesu...kini setelah hampir 2 bln lbh akak guna everlynn,wajah akak semakin licin,gebu,jerawat pun cepat mengecut dan yang paling penting suami akak sukakan kulit muka akak sekarang...thanks everlynnn...akak pasti akan terus menjadi pengguna setia anda..."



after 3weeks using EVERLYNN skincare set+ collagen serum.."pas cuci muka tu kan...kulit jdi lmbut jer...x tau nk ckp mcm mna.yg paling ketara parut jerawat kt dahi dah x da, jerawat pasir pon da kurang...muka pon nmpk bersinar2 je..hehe..asyik nk tgk cermin je" ..



"3 minggu guna set skin everlynn yg complete 4 items"
yeahhh ada banyak lagi testimoni yang bakal dikongsi kemudian..buat masa ini, yang ini dulu ye..

jika ada sesiapa di sini yang ingin mencuba Everlynn seperti yang disenaraikan kat tepi nih, sila hubungi saya 017 2156687 / 017 3009638 Lily wahab

jom la cuba lovelies !