Perasan tak aku kerap menulis? Aku pun perasan..
Dulu kalau orang pilih bahasa ketiga bahasa mandarin, bahasa arab..aku pilih bahasa jepun..serius aku suka sangat sangat bahasa jepun atau nihongo..Memang dalam kelas aku fokus belajar katakana atau pun cara bercakap..katakana tu tulisan jepun..setiap malam aku akan tulis satu perkataan jepun untuk latih diri biasakan..
Sepanjang dalam kelas tiga tahun berturut turut, aku selalu dapat markah paling tinggi untuk bahasa jepun..aku tak pernah dapat B untuk paper jepun..sampai kan kawan kawan fakulti aku ada yang berebut nak duduk sebelah time exam..serius aku tak tipu!
Untuk fakulti batch aku, aku adalah yang terbaik untuk bahasa jepun..bangga giler masa tu, masa lecturer umumkan nama aku..masa tu memasing cuba untuk satu group dengan aku untuk sesi oral / speaking sebab memasing cuba amek peluang untuk dapat extra markah melalui aku..aku? Macam biasa, terlalu baik hati sampai time exam aku tadah je paper aku kat kawan aku terutama kat tariq..
Tariq ni kategori lelaki hot jugak kat fakulti aku sebab dia kaya + smart + budak indie..gadis mana je tak minat weh..dia la satu satu nya budak yang pergi kelas bawak keta honda masa tu..ko ader? Parent dia aku kenal memang kaya tapi dia ni jenis terbiar sebab parent dia bercerai..so abah dia akan kasi apa je dia nak asalkan dia tak rapat dengan mak dia..tapi dia baik dengan aku, selalu amek aku pergi kelas sama sama..balik kelas dia hantar..kat kelas dok sebelah sebelah sampai aku pernah kena gosip la dengan dia..tapi orang tak tahu betapa gilanya aku kawan baik dengan dia ni..dan dia antara bespren aku yang suka tiru paper aku..Dan aku juga selalu kena bahan dengan dia..tapi dia baik, sepanjang kawan dia jaga aku..sekarang dia tah pergi mana aku pun tak tahu..dah lost contact sejak aku berubah..dia pun berubah..
Ok lari tajuk..patah balik ke nihongo..
Disebabkan aku terlalu minat nihongo ni dan pada semester terakhir lecturer ada umum best student di fakulti untuk bahasa jepun iaitu aku ler maka terkeluar lah satu offer yang mana masa tu kerajaan jepun ada buat collaboration dengan uitm untuk exchange student..plus kerajaan jepun ada menawarkan peluang untuk sambung belajar dalam bidang environmental studies selama setahun kat jepun..masa tu aku lah paling excited sebab aku memang ada impian nak belajar kat jepun..
Dan paling best bila lecturer untuk subjek environment juga ada cadangkan nama aku memandangkan aku agak fasih berbahasa jepun ketika itu..dah berangan angan dah aku masa tu..sampai la aku kemukakan hal tu kat parent aku..abah aku happy dan dia memang bagi green light tapi mak tak izinkan..masa tu aku dah rasa sedih sebab kalau mak dah cakap tak boleh selalunya memang tak kan dapat la..abah pun takkan mampu nak pujuk mak..
Puas la aku cari ayat untuk lembutkan mak sebab yang belajar kat jepun ni, kerajaan jepun sendiri akan tanggung kos kepada student malaysia yang betul betul minat..tapi memang ada la syaratnya..dan syaratnya aku lepas ;)
Masa tu lecturer bagi tempoh sebab kebetulan lecturer dari university kyoto datang untuk jumpa sendiri bakal bakal yang akan ke sana..kalau ikutkan tawaran tu, pengajian di jepun start bulan oktober ngam ngam degree aku habis kat uitm..
Tapi puas aku pujuk mak..abah pun slow talk..tapi mak tetap keras tak bagi aku pergi..katanya dia tanak aku berubah sebab budaya kat sana lagi dasyat..katanya kalau kat malaysia pun aku macam ni ( dulu aku free hair, fesyen lebih kepada orang cina punya style) apetah lagi kalau aku duduk jepun..dia bimbang aku langsung tak nak balik malaysia terus nanti dan terus hanyut duduk sana..
Masa tu perasaan aku Allah je yang tahu..ibarat kaca terhempas kat lantai..dengan berat hati, aku jumpa lecturer aku dan tarik diri dari pergi sana..dia pun ralat juga tapi tak boleh nak buat ape sebab mak still berkeras tak izinkan aku pergi sampai mak cakap kalau aku pergi, jangan balik rumah langsung..betapa dasyatnya mak tak bagi..
Selepas kejadian tu aku jadi macam merajuk dan langsung tak prektis dan tak amalkan cakap jepun , tulis jepun selama 6 tahun dan ianya terkubur gitu aje la..sayang kan? Cuma sikit sikit aku ingat tapi dah tak mampu nak susun ayat macam dulu lagi..ayat pendek biasa boleh la tapi nak cakap panjang macam dulu memang tak dah..kawan kawan jepun pun aku dah tak contact, putus macam tu je sebab bengang tak dapat pergi sana punya pasal..
Baru baru ni bila ada kenalan aku tiba tiba bagi ayat jepun sebaris, aku rasa sakit hati sebab tak boleh nak translate macam dulu..sumpah sakit hati! Lidah pun dah keras dah cakap nihongo..
Boleh tak kalau aku nak start belajar balik?
No comments:
Post a Comment