Tuesday, January 8, 2013

happy birthday to me =)

happy birthday to me 
happy birthday to me
happy birthday to me..lily wahab
happy birthday to me! =)

genaplah umur aku 29 tahun arini..
kalau orang lain akan celebrate dengan orang yang mereka kasihi..
ibu bapa, suami, bf mungkin..
aku pun celebrate juga dengan yang aku kasihi..
Dia..yang mencipta aku..

tepat jam 3 pagi, aku bangun hanya untuk berkhalwat dengan Dia berdua..
aku mulai dengan sunat taubat ku..
tahajud ku..istikharahku dan sepatutnya berakhir dengan witir..
kalau lah aku mampu terjemahkan perasaan aku masa pagi tadi..ianya lebih bahagia berbanding berdua an dengan kekasih hati..

setiap sujud, aku lafazkan kebesaran Dia di samping janji untuk setia denganNya..
setiap perkataan yang keluar dari bibir ikhlas dari hati hanya untuk raih kasihNya..

aku berbicara dengan Dia seolah olah Dia di hadapan aku..
betapa aku berterima kasih pada Dia sebab masih menunggu aku kembali kepada Dia setelah 26 tahun aku ingkari Dia..er tolak masa kecik belum akil baligh tinggal la 15 tahun..

berterima kasih ku pada Dia kerana masih menjaga aku walaupon aku pernah menyimpang jauh dari Dia..
berterima kasih pada Dia kerana masih murahkan rezeki walaupon aku selalu ingkar kepada Nya..
berterima kasih pada Dia kerana masih mengizinkan aku bernafas menggunakan udaraNya walaupon aku suka merungut terhadap ujianNya..
berterima kasih pada Dia kerana kirimkan aku orang orang yang baik sejak akhir akhir ini..

apa lagi yang aku nak rungutkan..
apa lagi yang aku nak rengekkan..
Dia terlalu baik..

dan sungguh sungguh aku rasa sangat bersyukur sebab semua ni aku lalui sebelum umur ku 30 tahun..
terima kasih ya Rabb, sedarkan aku di usia muda..
terima kasih atas pengajaran yang Kau kirimkan melalui orang orang sekeliling ku..
pelajaran paling berharga bagi aku =)

dan sebenarnya..

dalam ramai ramai tu, aku tunggu kamu..

masih tunggu kamu yang dah jauh tah mana mana..

tapi tak pernah jauh pun dari hati aku..walaupun dah beribu kilometer kita terpisah..

beribu orang silih berganti..hati ni still untuk kamu..

moga berjumpa di sana..


* rindu **

 

No comments:

Post a Comment