Monday, October 31, 2011

?

makin hari makin aku rasa sangat tertekan..aku cuba tepis untuk pikir perkara tu tapi muncul jugak dalam diam..cuba buat tak tau, tapi masih racuni minda aku jugak..apa lagi aku perlu buat untuk bebaskan hati/minda/jiwa dari dibelenggu rasa ni?

selalu bermain dalam fikiran kenapa mesti aku yang hadapi? kenapa aku? kenapa aku? berdosa kan aku? sebab mempersoalkan kenapa aku? layak ke aku nak cakap camtu..siapa aku?

cuma aku terlalu sakit..sakit nak hadapi semua ni..setiap hari denga nasihat yang berbeza..ye aku faham ramai yang memberi sokongan pada aku..terima kasih..

cuma aku lemah sikit..silap! banyakk..hati aku lemah..aku benci macam ni..ingat aku suka ke? macam mana aku nak suruh hati ni jangan ikut perasaan sangat..kadang kadang nak je korek hati tu, buang apa yang patut..

tanak percaya dah dengan lelaki..mereka jahat suka sakiti saya T____T

Saturday, October 29, 2011

mau mu apa lagi?

pinjam tajuk lagu acha sepriasa..hati aku sakit sangat..kadang kadang kan aku ni tak paham tau..kenapa ek kalau dah nak kawin / dah kawin suka sangat gatal gatal cari ex memasing? kau ni apesal? nak pelempang sedas ke? ke berdas das?

aku hairan la orang yang macam gini..apa lagi yang kau nak..apa lagi?
tetibe aku jadi emo pagi nih..sebab apa? sebab dia tak reti bahasa..sudah lah kau sakitkan hati aku dengan buat keputusan kawin dengan orang lain, yang kau sibuk nak cari / mesej lagi kenapa..tak faham bahasa ke aku tanak kawan dengan kau dah..nak cakap bahasa urdu, aku pulak tak reti..

tolong lah jangan buat macam tu..pergi lah diam diam prepare majlis kau..aku tanak tau la kau pening ke, kau stress duit tak cukup ke, hari hujan ke..AKU PEDULIK HAPEE...

Aku kat sini separuh gila nak menghadap semua nih, pastu kau senang jek nak buat macam tade pape..eh hello, tak kisah la lelaki ke pempuan ke tolong lah jangan buat macam tu..ape nih..

kau ingat! Tuhan tu maha adil..sekarang ni aku yang rasa..1 hari nanti Tuhan tu akan tunjuk kat kau apa yang aku rasa pulak..masa tu baru kau akan tau betapa tinggi rendah langit dan bumi..apa ayat aku nih, aku pun tak paham sangat..

 

Wednesday, October 26, 2011

gila cantik

hello siapa tanak cantik boleh pergi main jauh-jauh..aku suka cantik macam snow white dan aku suka tengok perempuan cantik..kadang kadang ternganga sebab kagum..nasib tak leleh air hidung..boleh timbulkan syak wasangka kan? mau orang cop aku lesbo..maaf aku straight ok! tapi aku suka tengok perempuan cantik..tu je

satu ketika dulu, muka aku penuh dengan acne..ko tak caya, sila tanya kawan sekolah aku..diorang saksi aku..pastu naik uitm, naik jugak jerawat..jeles tau tengok orang lain muka mulus je bak buah epal snow white tu..muka aku pun mulus jugak tapi mulus bak lobak merah..
dulu aku pakai macam macam jenis produk, sila namakan semua aku dah sebat kat muka..aku tau muka korang cantik bak puteri rembulan jadi jangan banyak cakap denga je aku nak cerita..

sampai la last produk aku pakai SK II..miracle water tu kan, dengan harapan aku nak dapat kulit macam fauziah latip tapi yang aku dapat? ayati tasrip..maka, aku pun dicadangkan budak opis untuk mencuba chahaya skincare 

aku pun cuba dan aku sangat suka resultnye..muka aku kurang jerawat + makin cerah..aku dah pakai setahun..dan ditambah lagi vit c collagen dan serum dan softgel dann serum oxygenerating..mak aih banyaknye pempuan ni gile ke?mesti nak cakap camtu kan? eh hello sukati aku la, aku nak cantik..aku tak mampu nak bertapa 7 gunung, kumpul air embun dara pepagi renjis kat muka dan air telaga tujuh..
bila rasa macam best + ramai bertanya aku pakai apa, maka nya tercipta la ilham untuk jadi dealer produk produk tersebut..barang baik kena kongsi, kata nak kulit flawless macam cinderella kan..harus lah kau berusaha gigih..

produk produk tu macam kat gambar sebelah nih..cuma gambar vit c (injection) je aku tak letak lagi..harga dia sekali cucuk rm60..abang aku sendiri yang cucuk, jangan risau beliau sangat tauliah orangnya..
kalau ada sesiapa yang baca ni berminat nak cuba cuba produk nih, meh la hubungi saya..tak pon klik kat facebook badge tu add la kita..

*kalau nak cantik, tak boleh kedekut

Tuesday, October 25, 2011

kelakar dalam sedih

bila ingat balik, aku bantai gelak sorang sorang..dah macam slot untuk program edisi khas tv3 pun ada...

aku dan sorang kawan ni konon nak lepak kat tepi tasik kat taman layang-layang kat kepong tu..sambil makan kuih karipap minum air teh/coke sambil hirup udara segar depan tasik..syahdu kan? port dah la baik punye bawah pokok depan tasik..
sambil makan tu kami ni konon macam dalam drama tv swasta, bercerita tentang kehidupan yang konon nya tah pape..ala sebijik macam tv tu..ayat tu la kitorang pakai..

sedap kan strawberry nyum nyummm (takde kaitan dengan cerita ni)
 sampai la satu part ni iaitu sesi luah meluah sambil nangis nangis..kawan aku dah standby spek hitam dah, aku je tade standby pape..

yang lawak nye, tengah cerita sedih ni..air mata berjurai jurai nih sekali moto apek ni lalu depan kitorang..bising giler..aku diam je sebab takut nanti tak denga pulak cerita sedih..baru nak sambung, lalu lagi 1 motor apek nih sebab diorang nak memancing depan kitorang..siap tegur lagi "manyak panas haa"

aku terus angguk sambil pandang kawan aku yang tengah nangis & kawan aku yang tengah nangis pun macam terkesima pastu memasing macam terkedu..sentap! baru nak feeling macam erra fazira dalam cerita pasrah



aku pun senyum simpul paksarela macam cinderella kena paksa sapu sampah kat apek tu tapi bila toleh kat kawan aku balik, dua dua bantai gelak..

dan dan tu juga la ramai pulak kan nak lepak situ.macam la tade tempat lain, aku tengok banyak je kawasan kosong..kenapa mesti situ jugak tempat jadi pilihan ramai..

kebetulan juga, ada pasangan pengantin buat photoshoot kat situ dan boleh agak kan reaksi aku? ofkos la menangis tersedu sedan..merana pulak jiwa tengok..tau la baru nikah bahagia, jangan la buat aksi yang aku boleh pitam nangis pastu pitam balik dan nangis balik..



T________________________T

mode : sambil taip sambil lap air mata
berat nye aku nak tanggung ya Allah~

Sunday, October 23, 2011

Frust dalam bercinta

frust? aku memang tengah frust..lelaki yang aku damba selama ni bakal berkahwin disember ni..sakit, pedih memang aku tengah alami sekarang..dia? mesti tengah membilang hari bahagia..

jujurnya memang awalnya aku rasa macam nak mati..serius! aku terfikir nak makan pil tido banyak banyak supaya aku tak sakit hati nanti..dan dengan harapan dia datang balik..keje aku menangis meratap tahap teruk punya..bagi aku dia lah nyawa aku, dia la dunia akhirat aku..
TOLONG JANGAN JADI BEGITU OK!

aku tau ramai kat luar sana cakap bukan bukan tapi nanti bila korang rasa, korang tau la azab pedihnya rasa itu..selagi tak pernah rasa, jangan nak kutuk lebih lebih okay..aku ada beberapa orang kawan yang pernah melalui azab tersebut..azab ape? hari di mana lelaki korang cintai tu menikah dengan perempuan lain..kebanyakan diorang beritau aku diorang menangis teruk pada tarikh itu, duduk bilik, tak makan, tak keluar, murung..ya Allah sekarang aku bakal tempuh apa yang dilalui kawan-kawan aku tu..sekarang betapa aku mengerti sangat rasa sakit itu..aku tak pernah terjangka aku akan jadi salah seorang yang akan melalui semua ini..pedih sangat..tak terbayang..sungguh aku tanak jadi macam tu! aku ada sebulan lebih untuk kuatkan hati dan pulihkan semangat aku..walaupun aku seperti boleh agak yang aku akan menangis teruk pada tarikh itu tapi entah la..tak tau nak cakap..

aku baca satu artikel nih frust dalam bercinta 
sedikit sebanyak buat hati aku sedikit reda..kenapa? sebab baru aku sedar kenapa aku jadi separuh nak mati bila jadi macam ni..sebabnya?

BILA KITA MELETAKKAN CINTA NO 1 BUKAN ALLAH

maka begitu la aku jadi..sakit, pedih macam nak mati tu..konon aku fikir baik Tuhan amek je nyawa aku kan (BERDOSA BESAR!) tapi bila fikir balik come on la Tuhan tu akan balas..jangan lah risau..bila kita menyakiti orang, Allah tu tau..kalau bukan sekarang, kau tunggu lah balasan kemudian hari..

kesilapan aku bila aku terlalu mendambakan dia bukan nya ALLAH..sebab tu bila dia pergi, aku rasa frust sangat sangat..sedangkan ALLAH sentiasa setia di sisi tak pernah pergi tinggalkan kita..aku ni antara manusia yang terkadang bongok jugak sebab tak pernah nampak apa yang Tuhan tunjuk kat aku..tipu lah kalau aku tak ada rasa dendam..ada, aku berdendam dengan dia tapi apa aku dapat? sakit hati ada la..

kat sini aku kongsikan sedikit doa yang aku jumpa kat blog ni 

      
aku rasa nampak la jugak kot kan..aku pun amalkan baca ni sambil buat camtu la..setiap pagi dan petang aku baca surah al fatihah 3 kali untuk diri aku sendiri..sebab surah al fatihah ni bagus untuk mengubati penyakit..sedih pon sejenis penyakit kan..

pastu aku tak denga dah lagu lagu nih sebaliknya dalam keta aku pasang cd orang mengaji..tak pun surah yasin, nyaman sikit rasa..kalau aku pasang hot fm atau era, diorang suka bukak lagu lagu yang buat aku kompom nangis punya..buat hati aku lagi pedih ada la..

Saturday, October 22, 2011

mimpi buruk

ye aku rasa terlalu kerap aku menulis sekarang..blog ni dah jadi macam diari aku..semua aku nak tulis..dengan keadaan aku sekarang, lagi la makin kerap aku akan menulis..

aku tadi siang terlelap sambil terpeluk buku jangan bersedih (la takhzan)..dan didatangi mimpi yang aku tak suka dan buat hati aku jadi pedih bila bangun..astagfirullah al azim, syaitan ganggu aku dengan mimpi..
aku mimpi majlis perkahwinan dia yang selama ni aku takutkan..entah kenapa sampai masuk ke dalam mimpi aku..situasi dalam mimpi tu seolah olah sedang berlaku walaupun ada tempoh lagi sebulan..ya Allah maha suci Allah..sakit hati ku tak payah cakap..terasa pedih hingga setiap pelusuk anggota terasa sakitnya..

aku terjaga terus dari lena tengok jam pukul 4.55 petang..kompom syaitan punya keje nak bisik la tu kat aku..nak suruh aku buat keje bukan bukan..terus aku turun masuk toilet amik wuduk dan menghadap Dia..
air mata jangan cakap la, laju je mengalir nak pulak masa mengadu pada Dia tentang mimpi ku itu..aku mengadu pada Dia sakit yang aku rasa, pedih yang aku tanggung..sekarang ni pada Dia aku banyak mengadu sebab aku tau kawan-kawan aku mesti dah tak larat dah nak layan aku..

dekat rumah pulak, mak dengan abah sibuk dengan aktiviti masing-masing..jadi aku selalu sorang-sorang tinggal kat umah..


pada kau, tahu tak hati aku sakit..pedih sangat dengan apa yang kau buat..senangnya kau amek keputusan menikahi orang lain selepas kau bagi harapan pada aku..kenapa kau masih nak dekati aku kalau kau dah nak bernikah..kau suka tengok aku sakit sebab kau ek?

kan aku dah cakap jangan cari aku..kenapa kau masih tanak denga kata? kenapa sakitkan aku lagi? aku tak pernah halang kau menikah..pergilah tapi tolong lah kasihan kan aku..aku kat sini tanggung sakit akibat perbuatan kau..jangan cari aku lagi..pergilah jaga bakal bini kau tu baik baik..ada hati nak suruh aku jadi bestfrnd bini kau..puiiiiii 7 keturunan aku tanak tau..

lagi 5 tahun, aku nak baca balik la entri nih..mesti kelakar..mau kene gelak dengan laki aku time tu..tapi kalau berlaki la..

shawl --> shawl berawning

aku suka pakai shawl berbanding tudung bawal ke tudung awning ke tudung syria ke..sebab dengan shawl aku rasa lagi stylish..sorry la pada yang pakai tudung selain shawl..ni pendapat aku la..

aku dulu penah jugak pakai tudung bawal tapi tudung bawal tu keje aku asek nak tiup atas jek.paham tak? sebab aku tak suka ia penyek..dah la muka aku pon ala ala rempenyek pastu tudung penyek kan ke hodoh..
tudung bawal aku pon kakak aku dah amek semua sebab dia tau aku tak suka pakai dah sejak kewujudan shawl nih..shawl ni pulak dulu femes yang jenis licin punya..berabis duit aku beli setiap minggu..setiap minggu tauu bukan setiap bulan..pastu aku suka beli shawl jenis jojet tu dengan cotton kedut kedut tuh..sebab bila aku pakai dan duduk di sebelah snow white,aku rasa kecantikan aku setaraf dengan dia..kau mampu rasa cantik camtu?

akan tetapi...
sejak dua menjak ini aku sedikit tertarik dengan sejenis tudung ini..iaitu

ni antara aku beli online kt shaful akmal..pergi cari fesbuk dia lekas~


tudung fareeda..kihkihkihkihkih

aku dah berjaya mengumpul 4 tudung fareeda..kalau nak tau, dulu aku la antara orang yang berfikir apa la design ropol ropol nih..tapi sekarang aku yang dok sebok beli kau tauu..padan muka, kena batang hidung sendiri..entah lah bila pakai aku rasa aku makin jelita macam puteri aurora..lantak korang la kalau korang nak muntah, pergi carik baldi sendiri..

bukan ape tau, dulu konon nye pakai tudung awning tu yang macam ariani tu..muka aku nampak macam makcik jual bakso je rasa..tapi sebab aku terpengaruh dengan keadaan semasa, ye lah cepat sarung pemalas nak gosok shawl jojet tu kan maka aku beli la sikit punya banyak tudung awning tu..pastu haram nak pakai dan aku perasan jugak tah mana pergi tahh tudung-tudung tu..mesti ada yang rembat nih..

sudahnya, pakai shawl balik..nampak macam yuna dan nampak aku stylo sikit walaupon aku mengerti tahap fesyen aku mungkin seperti ayati tasrip di mata orang ramai..

nanti kan kemunculan aku bersama tudung baru dan imej baru..yang pastinya sangat berbeza dengan ramlah ram tapi hampir serupa dengan ratu rania..ahaks

Friday, October 21, 2011

teladan & pengajaran JUMAAT - 2

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

                        Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
                     Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Thursday, October 20, 2011

hari hari nangis

setiap hari nangis sejak hari tersebut..
bosan ek asek nangis jek..
tapi apa nak buat air mata aku murah jek..
sonang bona nak mengalir..

masa drive menangis, masa cakap tepon menangis..
masa mengadap Dia?
lagi lah aku menangis..
kadang-kadang sambil layan customer ni untuk produk chahaya + soft gel + serum pon aku boleh nangis..hati aku hati kristal..cepat pecah tapi tak leh sold..sadis~


aku nih setiap hari mohon kat Allah supaya Dia tunjukkan pada budak tu apa yang aku rasa..sakit menyelinap ke seluruh pelusuk nadi aku..setiap pagi bangun, sakit hati..pedih tau tak..

cuma sekarang aku tengah fikir macam mana aku nak menghadap hari itu nanti..aku takut aku sakit teruk..takut sangat..

orang cakap senang tapi aku nak menghadap nih sakit sangat..

sakit sangat sangat..

mungkin ni hari aku..aku tau Tuhan tu akan balas untuk aku..kau akan rasa berganda sakit dari aku selepas ni..kau tunggu la balasan kau..masa tu baru kau akan ingat sakit yang aku tanggung sekarang akibat perbuatan kejam kau tu..

ok nak balik..tata

Tuesday, October 18, 2011

sorry we're closed

untuk ke sekalian kali nya..
ianya tertutup untuk kamu yang bernama lelaki..
setelah kamu sering melukai aku sesuka hati..
walaupun telah aku kaburkan setiap perbuatan kamu dengan seluruh rasa kasih ku..
masih juga dikhianati dengan terlalu banyak kesakitan..
hingga memohon pada Dia supaya tutupkan pintu hati itu serapat-rapatnya melainkan hanya kepada Dia..

ini jalan ku..
ini takdir yang Dia tulis atas daun kehidupan aku..
setiap rasa itu aku kutip dan telan sikit demi sikit..
sakit dan pedih hati aku, apakah engkau di sana itu faham?

ternyata apa yang aku terbangkan ke pintu langit belum dapat disampaikan..
belum dapat disempurnakan oleh si pemilik semesta..

sedikit ralat..
pasrah bergelumang dengan rela..
air jernih bergelora menunggu masa mengalir deras..
mahu dalam hati mahu di pipi mulus..

puitis kan tetiba? itu apa yang aku tengah rasa..maaf, jiwang karat tapi sekarang hati aku memang sakit sangat..dah pon aku mintak pada Dia untuk dikuncikan hati aku sementara waktu..cuma aku masih berfikir macam mana nak berhadapan hari seterusnya sehingga tarikh itu..

kepada kamu, kenapa kamu terlalu menganiaya hati aku? tahu kah kamu hati aku terluka sangat? tahukah kamu hati aku tak boleh ditukar ganti?faham tak kamu apa azab yang aku lalui untuk hapuskan semua jejak kamu? kamu faham tak?

kepada kamu yang aku kasihi seluruh hati ku, tahu kah kamu perbuatan kamu menyusahkan aku dan seluruh hidup aku serentak?

aku tutup hatiku sehingga satu masa ia dibukakan kembali oleh pemilik hati hakiki Ya Rabb..

abadilah kamu di sana


Monday, October 17, 2011

pergi jauh jauh

pergi jauh jauh
pergi jauh dari aku
tempat kau bukan di sini lagi
tempat aku juga bukan di situ
jadi tolonglah pergi
jangan datang lagi
jangan sakiti aku lagi

tak kasihan ke pada aku
pergilah 
pergilah jauh
jauh dari aku
jangan ingat lagi
jangan dekat lagi

aku mohon tolong pergi
sebab aku lemah bila engkau dekat
jangan ingatkan aku
jangan datang lagi

mohon sila pergi jauh
HATI KRISTAL

Sunday, October 16, 2011

angkara SMS

angkara 1 sms, bersepai mood ceria aku..
kecik ati aku tau..macam dirobek robek dengan pisau rambo..kau mampu rasa camtu?

nampak tak retak tuh sume pasal sms ko..bersengkang mata masa jahit tadi sambil tengok drama astro..benci tauu

 aku dah tak tau dah macam mana lagi nak usaha..dah macam macam cara dah aku buat..kenapa kau masih tak nampak haa..

adakah sebab aku tak cantik bergaya macam makcik ni?

sebab makcik cantik dan bergaya,jantan hot ni cium makcik..kau ada?

adakah sebab aku busuk? tapi hari-hari aku mandi..

tiap-tiap hari gigih cuci rambut nih pakai fabuloso..semuanya demi keselesaan awak

atau sebab rupa aku macam makcik jual bakso bila pakai tudung berawning yang seploh hengget tu? sebab tu kau tak berapa nak sangat kat aku kannnn..nak buat cemana tudung ariani mahal..tak mampu T____T




* aku tak tau kenapa tarikh & waktu aku update blog berbeza dengan yang sebenar..jadi backdated plak..

Friday, October 14, 2011

teladan & pengajaran JUMAAT - 1


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut
.

Thursday, October 13, 2011

tunggu

pernah tak tunggu orang tak pernah kunjung tiba? aku tak pernah tapi selalu je tunggu orang berjam jam tak pon orang yang tunggu aku berjam jam..nak buat cemana kekadang time aku rasa nak bersiap macam diva memang 5 jam la aku bersiap..tapi hasil nya sampah jugak..tade la bertukar rupa jadi siti saleha (nora elena) tu kan..

bertukar jadi asmirandah pon cantik jugak
 aku memang suka menunggu..menunggu seseorang yang aku rasa mustahil untuk aku..kadang kadang aku rasa penat dah nak tunggu tapi ape kan daya hati aku tetap jugak nak tunggu...jangan tanya kenapa sebab aku pon tak tau kenapa..

pernah tak telefon tu bunyik, pastu menggelupur kita check nih dengan harapan nama 'itu' naik tapi bukan..pastu hampa duka lara..tiap kali bunyik mesej jer menggelupur pastu bila nama tu naik sengih sorang sorang..bila nama tu tak naik kau nangis sorang sorang apesal nama tu tak naik..dah macam nombor ekor ek..rasa macam nak pasrah jek..tak suka tak suka tak suka...
sudah lah baik denga lagu iwan lagi bagus



selamat beramal~

Wednesday, October 12, 2011

edisi HATI

tajuk arini emo sikit..normal la mana ada manusia yang tiap tiap hari happy jek..mesti ada yang tersentap, terguris, termenangis, terbad mood..lain la korang tu robot, memang dah set kat suis tu happy mode je 24/7..tapi rugi la kalau tak pernah merasa sedih, sakit hati..sebab tu semua pengalaman..kalau tak rasa, macam mana nanti kalau ada apa-apa berlaku nanti camne nak hadap? faham tak ayat nih..

sedih hatiku..kau mampu nangis kua air mata darah macam aku?


ada hari kita rasa happy..hidup ada makna kononnya..ada hari kita rasa down gile..hidup rasa tak lengkap kononnya..aku selalu baca kat blog kawan-kawan lain, semua cite stok happy happy jer..aii seronok benor hidup korang takde kesedihan mengundang..tapi selalunya orang suka sorok sorok rasa sedih..semua nak cite happy..bajet macam diri tu sangat bertuah sebab asyik happy je..hakikatnya happy sangat ke kau??

pakcik memang selalu happy, engkau jeles apehal? har har har harrrr...ammm


kat blog ni aku tulis semua yang aku rasa, semua yang aku nak tulis tanpa selindung..sebab tujuan utama aku tulis blog ialah untuk luahkan ape yang terbuku kat hati yang aku tak boleh nak cerita secara zahir kepada manusia..ye lah kadang kadang manusia nih boring nak denga cite kau..walaupun dia bestfrend forever kita pon, ingat dia nak denga sangat ke permasalahan kita nih? masalah dia pon tak setel, pastu nak denga masalah kau plak..masuk telinga kiri kua telinga kanan..pastu balik-balik masalah yang sama je kau nak share, tak cair plak air hidung dia asek nak denga cite yang sama je tiap tiap minggu..

haa lagi satu aku hairan kenapa umat manusia nih suka keluarkan statement "tak semua yang kita nak kita dapat"..hey, come on larr Allah tu dah kuakan statement okeh.."mohonlah apa saja dengan sabar nescaya akanKU perkenankan"..oleh itu, reti reti lah bersabar..selagi kita tak berpaling dari Dia, tak syirik insyaAllah diperkenankan..

kalau betul tak dapat apa yang kita nak, mesti apa yang ko dapat sekarang pon ko takkan dapat..ni balik-balik nak salahkan takdir..haa tengokk, aku pon dah boleh masuk program Ustazah Pilihan..

jangan lupa undi yaaa..

sekian

Gadis Lindungan Bulan




Tuesday, October 11, 2011

keracunan makanan

kali ni topik adalah keracunan makanan..kenapa keracunan makanan? sebab aku baru je mengalaminya..

back off people..please back off kak senah im explodinggg bommmmmmmmm

macam nak meletop isi perot aku..dan lebih menarik setiap 30 minit aku mesti muntah sampai aku sendiri dah tak ada tenaga, pening rasa nak pitam..

akak rasa fenin la jiana, tulun tulunnn nak pitamm

memang rasa macam sikit lagi nak mati sebabnya gastrik aku pon datang serentak..haa tere kan..kau mampoo?? menahan je aku semalam, leleh leleh air hidung mintak simpati untuk di bawa ke klinik..dan aku bernasib baik sebab mempunyai kawan opis yang sangat penyayang dan prihatin..diorang la susah payah bawa aku pergi klinik kat presint 8..aku siap baring baring manja lagi kat ruang menunggu..dah tak pikir malu dah..lantak korang la nak cakap ape pon..walaupon aku perasan ada la beberapa orang makcik tengok aku semacam kan tapi gasak kau lahh..janji aku selesa dari aku muntah kat kain kau makcik, mana 1 kau nak??

ok sini aku nak share la beberapa simptom (sila semak kamus dewan bahasa sebab aku taram taip)..korang boleh tengok kat sini semua simptom/pencegahan ada kat web http://www.sioloon.com/t9677-keracunan-makanan

  pendek kata, sila lah berhati-hati pilih tempat makan ye..dalam pada sakit nih sempat aku tulis kat blog..bukan apa, semalam aku dah asek baring tido jek sampai naik sembab muka aku..boring tau tak..nak bercakap pon, anak anak buah aku ni bukan reti nak sembang apa..lain aku cakap lain dia respon..mak pullak sebok uruskan makan minum aku, ubat aku, makan minum famili aku ,sanngat busy sampai aku takut nak ajak sembang..

kan best kalo ada laki, leh sembang sembang..tetibe feelingg kann..


Sunday, October 9, 2011

destinasi bajet 2011 - cameron highlands

strawberry strawberyyyyyyy mali pilihh dan petikk - nyonya tu jerit


awal-awal entry gamba strawberry kann..cantik gitu strawberry dia..kali ni percutian bajet kami ke CAMERON HIGHLANDS..kali ni edda pulak jadi project manager untuk manage percutian kali nih dari transport, makan sampai laa ke penginapan..semua dia setelkan..

kami pergi 3 hari 2 malam..aku rasa excited sebab ni kali ke dua aku pergi cameron..kali pertama masa aku berumur 5 tahun..haaa 5 tahun???? ye 5 tahunn sebab tu aku excited terlebih..asek tengok orang lain pergi sana, laa ni aku plak pergi sana...kesian kann aku..

perjalanan kali ni kami naik keta edda iaitu  VIVA..pada asalnya, nak naik keta aku tapi edda cadang naik keta dia..memula aku macam pelik tapi bila dah sampai cameron betapa aku mengerti betapa bagusnye bawak keta kecik..sebab apa? sebab jalan nye kecik okeh..nak plak time masuk ladang teh boh tuh..halussss je jalannye..bila bertembung bas sekolah kann, tak menjerit plak kau cane nak kuruskan keta supaya tak tercalar balar..

kat cameron, kami stay kat sini, http://alina.cameronhighlands.com/ ...sejenis apartment, harga rm280 / malam..so 2 malam rm 560 laa..tapi memang puas hati giler sebab rumah ni sangat complete...peti ais ada, dapur ada, sofa ada, tv (siap channel astro lagi!), pinggan mangkuk, periuk belanga..pendek kata semua ada laaa...katil, selimut semua laaaa...kalau ada sesapa pembaca blog ni (ada ke??) nak pergi sana, boleh la cuba menginap kat apartment nih..dekat jugak dengan tanah rata & brinchang..apartment dia tengah-tengah..lagipon tengok, ramai jugak yang menginap kat sini..dan dinasihatkan bawak la stokin ke baju tebal lebih sebab malam-malam sejuk giler babunn punye..boleh beku kuku kaki...

hari pertama sampai tu, kami tak berjalan sangat cuma pergi pasar dia je kat brinchang..kat pasar tuh, kiri kanan depan belakang semuanya strawberry..aku dah tak nampak buah lain..bantal strawberry, shirt strawberry semua laa strawberry..pasar tu pon dah nampak macam kaler pink jekk..haa kat mana nak jupe pasar yang penuh kaler pink je..kat cameron laaa...
bab makan plak, kami memang dah siap siap bawak bahan mentah dari rumah memasing..so tak makan luar..masak jek..selalunye aku dengan zana duduk bilik bergosip dan yang lain kat dapur masak..seronok kan?rasa macam nak lempang-lempang jek budak 2 ekor nih tak reti masuk dapur...

malam pertama : steamboat..kau mampooo??


bekpes 2nd day
malam kedua punya dinner..ayam masak merahh kauuu..amekkk
bekpes pagi last..

hari kedua baru sakan berjalan..pergi raju strawberry hill, strawberry park, ladang teh boh..setiap tempat tu keje nye makan je okeh..memang makin gajah aku dok sana..tapi aku paling seriau pergi ladang teh boh laa..tobat maksiat aku tak nak dah pergi lagi..jalan sempit gile kottt..tapi view kat sana jangan cakap ahh..cantik sangat sangat sampai leleh air liur tengok pastu lap balik pastu leleh balik..gitu la ulang-ulang..

masuk strawberry park ini adalah percuma..tapi kalau nak bayar jugak (duit korang kan banyakk), boleh laa bayar kat bangla yang jaga strawberry tu ye..duit kopi dia jaga strawberry tuhh..

sesi membeli dan blahh berlangsung~mari mari habiskan duittt


calon-calon dewi remaja purba 2011, jangan lupa undi tauuu



disebabkan hujan pada sebelah petang maka perjalanan ditangguhkan..balik rumah jap dan sambung esok nyaaa...
 
 hari last kami pergi bee farm dulu, masuk adalah percuma..aku jalan pon takut takut je sebab takut kena sengat..naya jek..sebab owner dia cakap kalau kene sengat, dia tak bertanggungjawab..bole gitu??? T_____T  
tetapi untuk rose farm dengan butterfly farm nih kene bayar yee nak masuk tuhh..rose farm RM 4 dan butterfly farm rm 5..rose farm tu memangg cantikkkkkkkk sangattttt sangatttt..gila bergambar dalam tu..berangan sekejap dikelilingi ros yang cantik cantik dan wangiii..TAPI...kebetulan ada rombongan sekolah dari sekolah tamil maka kau paham paham je la yenna yenni nihh punya bauu memang boleh layu semua rose tuh..aku pon selamba jek dia tolak tauuu..dia tak tau ke aku gadis melayu terakhir sampai hati kau tolak aku ke pokokkk...sentap! T_________________T




dalam butterfly garden tu ada jugak dipamerkan haiwan jenis serangga (apa ayat aku nih)..ular la katak laa eee geli aku tengok..ada sampai kawan aku pergi jerit nama aku, lintang pukang aku lari sebab aku ingat ada ular terkeluar ke dari sangkar rupenye saja test vokal!  T___________T
lepas je kuar dari butterfly farm tu kami terus balik ke kuala lumpur semula...sedih pulakkk...okay sekarang jom kira bajet!

penginapan (kami 7 orang) : rm 80 sorang
minyak keta (pergi balik) : rm 50 ..aku naik 3 org so sorang rm 16.70
toll : tol jalan duta - tapah (pergi balik) lebih kurang rm 30 (check kat plus toll fare ye)..sorang dalam rm 10 la cmtu
makan : barang2 aku bawak bajet rm 20
farm : rm 9 (rose + butterfly)
beli ubi + souvenir : rm 30
makan-makan kat raju hill/ladang boh : rm 20


total dalam kira-kira RM 185++ jek tak sampai rm 300 laaa..haaa murah kan..dengan 300 hengget anda mampu pergi melancong ke destinasi menarik di Malaysia..ayat qie dalam program destinasi bajet kat chanel 8tv..

next destinasi : area sungai pula..jeng jeng jengggggggg

Friday, October 7, 2011

cinta dalam hati

pinjam tajuk lagu ungu kejap..sebab tajuk dia sesuai dengan mood aku arini..

pernah tak rasa hati tu sakit sebab rindu orang tapi tak boleh lepas?
lepas tu, bila kita keluar pergi makan ke karaoke ke dengan kawan kita tu, rasa dalam hati tu bergelora je nak cakap 'sebenarnya aku suka kauu laaa' tapi takut nak cakap sebab nanti memberi kesan negatif kat persahabatan tu..apa ayat nih..faham tak?

di akui, bila keluar bersama feeling tu semacam..hati ni feeling je bila tengok dia gelak, membebel benda yang remeh di sisi kita..macam drama korea tu..siap ada bunga api dalam hati..menggelegak je rasa cinta dalam hati, macam beribu-ribu bunga ros tengah berterbangan keliling aku  (ayat sampah gile!)

tapi biar Allah je tahu dan...... blog nih..erkk?


tampal hati sendiri pakai handyplast cap watson

tak ape la jom kita nyanyi ramai-ramai lagu nih..sedap plak denga bila jadi remix..come on support produk Malaysia..


Thursday, October 6, 2011

gadis sekalian, korang yang mana 1?

haa tengok unsur-unsur kat bawah ni pastu pilih yang mana satu yang sepadan dengan diri

jika kamu, kamu, kamu adalah anak pertama, kelima atau kesembilan
maka kamu adalah berunsurkan TANAH iaitu :

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.


2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.


saya yang menurut perintah, maka undilah saya untuk jadi isteri awak


jika sekiranya kamu, kamu  dan kamu pula adalah anak kedua, ke enam mahupon ke sepuloh..
maka kamu adalah berunsurkan AIR iaitu :

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.

2) Mengambil berat

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan

4) Menenangkan pasangan.

5) Sangat romantis

6) Mudah menangis

menangis, menangis, menangis..itu je keje kau sabariah! fedup makk nak pujuk
tetapi sekiranya kamu, kamu dannn kamu adalah seorang anak ke tiga, ke tujuh mahupon sebelass..
maka kamu adalah seorang yang berunsurkan API iaitu :

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu

6) Berwaspada selalu

kau sehangat api, kauu membaraaa..awass kau!

dannn sekiranyaa kamu, kamuu dan kamuu di sana tu adalah seorang anak ke empat, ke lapan atau doblass..
maka kamu ada gadis yang berunsurkan ANGIN iaitu :

1) Lemah lembut dan menenangkan

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah


beranii kau amekkk pamperss akuuuuu???(buruk sungguh)


dan aku?

of course la berunsurkan tanah sebab tu aku dengan CINDERELLA kan sama seiras

kami sama-sama lemah lembut , bersih dan sentiasa cantik..

okay, boleh muntah sekarang..


Wednesday, October 5, 2011

10 Surah dapat halang 10 Ujian Besar



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
jom kita amalkan..semoga kita sentiasa di bawah rahmat Nya

Monday, October 3, 2011

duit

jom tengok duit syiling baru


token kat genting highland lagi lawooo kott

secara jujur dan ikhlas, bagi aku design tersebut sangat buruk dan tidak melambangkan ciri ciri Malaysia tak seperti duit syiling lama..terdetik dalam hati sapa la design dan kenapa la design ini diluluskan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.aku lebih suka design duit syiling lama berbanding yang ini..anda?

corak bunga raya syiling lama lagi cantik dari yang baru nih..


Sunday, October 2, 2011

riang ria raya 2011 - opis BUU,JPN

minggu lepas minggu terakhir SYAWAL dan kami satu opis telah mendapat undangan dari opis seangkatan kami, BUU JPN untuk majlis makan raya kat opis mereka..

maka, pada hari tersebut memang aku membiarkan perut aku kosong sebab nak sebat menu dari opis JPN cukup-cukup ye (sebab tu la aku makin gajahh)
haaa banyakkkk laukkkk yanggg mendatangkannnn kekenyangannnnn
aku tetamu terawal dan aku tetamu terakhir..makanan super mabeles nak plak sate..dan kuih kaler hijau tu habis aku sorang je makannn..nyum nyummm


dan sekaligus celeb8 birthday zuera..tapi dengan aku sekali potong kek padahal bedday aku dah ketinggalan jauh ke belakanggg dahh...kek ni aiskrim kek tak silap aku, cik purnima yang sponsor..

dan macam biasa