Friday, August 24, 2012

Aidilfitri 2012.

Pejam celik pejam celik dah raya ke enam dah..Kalau kat fesbuk, semua upload dengan gamba famili memasing, husband memasing, anak memasing..sikit sebanyak, hati ni tersentap sikit..

Aku ada semuanya tapi kekurangan satu..semua yang ada ni pun tak mampu nak tutup ganti yang satu ni..

Lebih lebih lagi di pagi syawal, aku la tukang photographer untuk famili akak aku, abang aku..tapi ada satu sudut kat umah tu abang aku yang ke 4 tengok dengan sayu..dia baru bercerai..cerai hidup..tahun ni anak anak dia beraya dengan belah ex kakak ipar aku di terengganu..

Aku rasa hati dia tersentuh pagi tu, sebab aku tengok dia terus naik atas duduk kat bilik seharian tak keluar..dia cuma turun makan pastu naik bilik balik..aku faham apa dia rasa sebab aku mengalami apa dia lalui cuma mungkin cerita sedikit berbeza..

So pagi tu aku rumuskan, tak semua umat islam sambut aidilfitri dengan penuh gembira..ada yang berduka sebenarnya..beruntung la pada mereka yang bahagia, gelak gembira dengan orang tersayang memasing..

Aku cuma harap Allah pulihkan hatinya..walaupun aku dengan dia tak sebulu tapi dia abang aku..

Saturday, August 18, 2012

Sahur terakhir 2012

Sudah lama tidak menulis di sini..hari ni hari terakhir bersahur sebelum menyambut bulan syawal pula esoknya..insyaAllah..

Walau bagaimanapun, puasa serta raya tahun ini bagiku sedikit suram..kalo orang lain happy, bagi aku sedih sikit..terlalu banyak perkara berlaku yang Allah dah takdirkan untukku..

Tahun ni berpuasa terakhir di pejabat, tempat kerja pertama aku iaitu kat kpkt..tahun ni juga puasa tanpa orang yang aku sangat kasihi dunia akhirat..

Apa pun masih bersyukur kerana masih dikelilingi kedua orang tua yang sangat kasihkan dan manjakan aku lebih dari segalanya walaupun umur aku dah nak cecah 30 dah pon..

Aku dah cuba yang terbaik di bulan ramadhan kali ni, mungkin ada banyak kekurangan sebab kekangan masa untuk bertarawih tidak seperti sebelumnya, tapi harapku moga segala ibadahku diterima dan mampu menyelamatkan aku di sana kelak..

Wahai kamu yang telah jauh, aku ucapkan salam aidilfitri..aku maafkan segalanya tentang kamu dan satu perkara yang aku tak dapat nak beritahu, aku rindukan kamu sangat sangat sehingga namamu tidak terlepas dari bibirku dalam setiap doaku.. ;(