Sudah lama tidak menulis di sini..hari ni hari terakhir bersahur sebelum menyambut bulan syawal pula esoknya..insyaAllah..
Walau bagaimanapun, puasa serta raya tahun ini bagiku sedikit suram..kalo orang lain happy, bagi aku sedih sikit..terlalu banyak perkara berlaku yang Allah dah takdirkan untukku..
Tahun ni berpuasa terakhir di pejabat, tempat kerja pertama aku iaitu kat kpkt..tahun ni juga puasa tanpa orang yang aku sangat kasihi dunia akhirat..
Apa pun masih bersyukur kerana masih dikelilingi kedua orang tua yang sangat kasihkan dan manjakan aku lebih dari segalanya walaupun umur aku dah nak cecah 30 dah pon..
Aku dah cuba yang terbaik di bulan ramadhan kali ni, mungkin ada banyak kekurangan sebab kekangan masa untuk bertarawih tidak seperti sebelumnya, tapi harapku moga segala ibadahku diterima dan mampu menyelamatkan aku di sana kelak..
Wahai kamu yang telah jauh, aku ucapkan salam aidilfitri..aku maafkan segalanya tentang kamu dan satu perkara yang aku tak dapat nak beritahu, aku rindukan kamu sangat sangat sehingga namamu tidak terlepas dari bibirku dalam setiap doaku.. ;(

No comments:
Post a Comment