Friday, December 23, 2011

Si Dia

Dia.

yang bertanggung jawab beri aku si anggun untuk aku ke sana sini untuk buat kerja..
yang selalu sediakan aku makanan atau minuman bila aku rasa haus dan lapar..
yang selalu kejutkan aku bangun tido..
yang selalu melindungi aku dalam hujan dan panas..
yang sentiasa mengawasi gerak aku supaya tak melampau..
yang selalu ada bila aku menangis dan yang pertama tempat aku mengadu segala hal..
juga yang pastikan aku selalu ada duit lebih lebih lagi time aku pokai giler babun..
yang sediakan tempat perlindungan terbaik bagi aku..
yang memastikan tahap kesihatan aku di tahap baek punya..
yang selalu selamatkan aku bila aku rasa terancam..
yang selalu buat aku sabar bila aku marah..
yang buat aku semakin kuat..
pendek kata banyak sangat dia bagi aku..
yang mana sepatutnya aku hargai dia..
yang mana aku patut beri perhatian lebih pada dia..


tapi aku..

tapi aku selalu curang
bila sedih je aku cari, bila happy bahagia aku buat tak tau..
benda yang dilarang tu aku buat
ada je aku melawan..
aku abaikan dia, sibuk sms or call orang lain dulu..
aku mencintai orang lain lebih dari sepatutnya..
kesian kan?

tapi masih juga aku disayangi..
masih juga aku diberi perhatian..

kesal nya..
dari dulu aku tak sedar kesetiaan itu..
tak hargai kasih sayang tu..

dan sekarang..
sedaya upaya aku nak kejar..
aku tau susah nak dapat..
tapi aku akan cuba jugak walau susah..
cinta dia je yang aku nak sekarang..
tanak orang lain..
Dia..
Tuhan ku ya Rabb~


Tuesday, December 20, 2011

follower ?

kamu seorang follower? atau kamu suka ada ramai follower?

aku seorang follower..aku akan jadi follower satu blog yang aku suka baca dan blog kawan-kawan..tujuan sebenar aku tulis kat blog bukan nak cari follower..sebenarnya aku bajet nak buat ni ala ala diari aku ler..yela nak cerita kat orang, macam la orang sudi dengar kan..jadi aku tulis la..

aku tak harap ada follower pun pada asalnya..tapi pada yang sudi follow blog aku, terima kasih ye..blog ni pun bukan ada apa yang menarik pun..banyak cerita luahan perasaan aku je yang lebih lebih...nak kata banyak sangat info ke pengetahuan ke takde la sangat..banyak luahan atau seangkatan dengannya je laa..

dan juga terima kasih la pada yang bukan follower tapi bukak blog aku baca senyap senyap..hihihi blog ni tak best kan? boring jek..

sejak akhir akhir ni aku sibuk banyak sangat sampai badan aku selalu aje lesu..dengan keje aku lagi makin bertimbun, mana nak jaga bisnes lagi..cod lagik..memang mencabar aku sangat sangat..tapi bagus la membantu aku dari murung..

sebenarnya aku nak share macam macam story..aku pergi bengkel seminar semua tu tapi aku mengantuk pula nak taip taip..penat sangat la..apa aku penat pun tak tau..ok lah bye

Sunday, December 18, 2011

bicara hati

tajuk serupa macam novel bicara hati..oh ye nanti ada series bicara hati kat astro, tak sabar nak tunggu citer tu kua... =)


hari ni bukan nak cerita tentang novel bicara hati..tapi betul betul nak bicara tentang hati..

satu demi satu kejadian aku lalui sepanjang 2 tahun dari 2010 hingga 2011..

sebenarnya satu je yang aku nampak kat sini..

berhenti mencintai orang terlalu dalam..

berhenti menyayangi orang terlalu amat..

tak kisah sama ada mak, abah, famili, kekasih hati, suami, kawan dan sesiapa je la..bukan bererti tak sayang langsung..memang kita mesti ada sifat kasih sayang tu tapi jangan terlalu sangat sebab bila kita kehilangan salah seorang nya kita takkan rasa sakit macam nak mati..


kesilapan aku ialah bila aku terlalu leka menyayangi orang sekeliling aku melampau..itu memang aku..seolah olah bagi aku hidup ni selamanya..aku lupa ada kematian..aku lupa ada kehilangan..

bila aku kehilangan orang yang aku sayang, maka aku terus jadi jatuh sejatuh jatuhnya sampai nak bangkit balik pun sangat payah..

semuanya memerlukan aku untuk balik semula kepada Ya Rabb..sebenarnya Dia lah yang patut aku atau kamu cintai sebelum mencintai umatNya..sepatutnya Dia lah aku utamakan dari umatNya..sepatutnya Dia lah yang aku mesti sandarkan hati aku sebab Dia pemilik hati aku yang mutlak..

kadang kadang terbaca kat wall muka buku kawan-kawan memberitahu satu dunia tentang kebahagiaan dia, kecintaan dia pada suami atau kekasih atau ibu yang amat dalam hingga mohon Allah jangan ambil dia, jangan pisahkan dengan dia..ingin sekali aku komen "siapa kau untuk tahan Allah ambil dia dari sisimu?" tapi kang takut pula terkecil hati..berdosa pulak aku..

dalam masa sama aku teringat si dia pernah juga kata pada aku (mungkin boleh dikatakan sejenis penghinaan juga bagiku).."dia 1st love aku dan takde sapa boleh halang aku untuk cari dia balik dan bla..bla..bla..." (malas nak ingat sebab terlalu menghina aku)..okay, kau lupa kot ada yang boleh halang kau dan 1 hari nanti tak mustahil cinta pertama yang kau agung sangat tu terhadap dia akan pudar satu hari nanti..kau lupa kau milik Allah sama seperti aku..hiduplah kau dengan perempuan yang sekufu dengan kau..aku nak tengok sejauh mana kau sombong dengan kata kata kau pada aku..sejauh mana kau asyik mengatakan kau bahagia selamanya dengan dia..

ada juga antara kawan-kawan yang sangat emosi bila bab poligami..memang aku tak nafi sapa suka bermadu..nak pulak cerita malam tadi bertaut kasih memang ramai update status tak suka jalan cerita tu..ok, dulu aku memang tak suka poligami..tak sokong langsung..tapi lama kelamaan, setelah satu demi satu cerita hidup aku lihat walaupun tak lalui sendiri, terus aku jadi neutral..sokong pun tidak, menafikan pun tidak..siapa kita nak menafikan poligami? siapa kau nak marah dengan hukum poligami? bila aku kemukakan pendapat aku, ramai yang macam membantah gila..pastu cakap aku tak rasa lagi so jangan cakap..okay fine memang aku tak rasa lagi tapi aku dikelilingi dengan realiti begitu jadi sikit sebanyak aku memahami okay..

dulu, ramai antara kawan aku cakap tanak suami orang termasuk lah aku..last last kebanyakan kawan aku yang cakap camtu jadi isteri kedua takpun kena curang..so? masih nak menidakkan ke?setiap perkataan lafaz dari mulut selalunya mesti balik pada kita balik..sebab tu aku sendiri tak berani nak cakap yang aku takkan terlibat dengan suami orang ke tanak ada madu ke dan seangkatan la sebab aku tak tau masa depan..aku tak tau entah entah Allah uji aku jadi bini no 2 or kena madu senyap senyap ke..aku tak tau..

ada je umat sekeliling aku ni dapat bini cantik or laki hensem pastu kaya tapi still curang sampai aku sendiri terpikir apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup dia..pegang satu konsep je la, manusia tak pernah puas..thats it..

bila dah kaya nak makin kaya, cantik nak lagi cantik, dapat makanan sedap nak lagi yang lebih sedap, dapat rumah besar nak lagi besar, dapat honda nak bmw..dan seterusnya...

so sekarang ni aku rasa baik aku amek langkah diam dan jalani je hidup aku bawah naunganNya..dan lagi satu aku tak paham apa jadahnya orang lelaki nak paksa paksa aku kawin? aku paling tak suka bila aku kena paksa seolah olah aku ni tak laku sangat macam takde sapa dah akan amek aku jadi isteri..eh hello, kau tu Tuhan ke boleh baca masa depan aku? kau tu siapa yang cakap aku senang beranak ke susah beranak ke nanti..kau siapa? siapa engkau nak tentukan masa depan aku? memang jodoh kena cari dan usaha dapatkan yang terbaik tapi bukan melalui paksaan..kalau kau nak kawin sangat, pergilah cari perempuan lain..kalau rabiatul al adawiyah boleh hidup tanpa lelaki disisinya,insyaAllah aku juga boleh dengan lindungan daripadaNya..

aku bukan la alim sangat..aku masih lagi jahil dalam islam tak sehebat mereka dalam ustazah pilihan..ada je yang cakap "poyo ah kau cakap camtu...takyah nak pura pura alim laa." itu la orang kita..bangsa kita nih, suka sangat jatuhkan orang lain..suka fikir macam tu sebab tu la Allah tu turun bala macam macam sekarang ni tapi haram korang nak sedar kan..masih lagi berfikiran konon saintifik sangat la, faktor cuaca laa, batu dalam laut bergerak la jatuh la sebab tu tsunami padahal itu semua takkan jadi kalau Allah tak perintahkan batu tu untuk bergerak..kau ingat batu tu suka suka je ke gerak sana sini, tanah tu runtuh tanpa sebab?

kadang kadang bila aku berpuasa pun jadi isu..bila puasa je "kenapa kau asek puasa je"..salah ke kalo aku nak puasa? ada jugak cakap "eleh puasa tak ikhlas sebab nak diet kan kan?"..mana kau tau puasa aku ikhlas ke tak? kau nampak hati aku ke? tapi selalunya aku senyum je la bila dapat ucapan sinis macam tu..

dan ada satu situasi juga aku sikit feeling dalam hati..ada pernah aku suarakan niat hati aku pada seorang kawan yang 1 hari nanti bila aku dah berkahwin, aku teringin pakai niqab..tapi jawapan dia "habis kalo ko dapat suami yang rugged takkan nak pakai niqab jugak..jaga la air muka suami kau tu, buat malu je dengan orang laki rugged tapi bini alim pakai niqab..jangan la malukan dia pakai moden2 tapi kau pakai niqab.."

sentap aku denga ayat dia..
aku tengok orang arab, laki dia rugged macam mana pun bini dia pakai niqab rilek je..takde rasa malu pun? lagipun  salah ke tujuan aku untuk pakai niqab sebab aku hanya tunjuk kecantikan aku pada suami je nanti?kenapa aku mesti nak hiraukan apa orang lain cakap? susah la kalau hidup ni asek nak kena bawah landasan manusia..memang tak ke mana dan takkan bahagia hidup ni sebab manusia sentiasa cakap merepek pasal sesama sendiri okay..

hidup ni sebenarnya lebih indah jika kita teruskan berlandaskan pada Allah semata mata..bukan pada manusia yang boleh bawa aku ke jahanam~


Saturday, December 17, 2011

gelap hari segelap cuaca

entah kenapa dua hari lalu semangat aku seakan pudar sangat..
entah kenapa tiba tiba air mata laju sangat sangat nak turun..
hati pedih sangat..
come on lily, masa tarikh tu kau rilex je tak nangis teruk macam ni..
selepas 2 minggu berlalu kenapa kau nak tangis teruk sangat seolah olah semalam tarikh keramat tu..dah lepas kot..

maaf lah..mungkin ada antara kamu jelak nak menasihati, memberi kata semangat..
tau tak sebenarnya aku sangat memerlukan kalian sahabatku..
tapi ada yang menghindari dari dengar luahan ku..
sedikit rasa kecil hati..
tapi itu dah menunjukkan pada aku siapa sebenarnya betul betul kawan yang tak putus beri sokongan..

ye memang aku degil memang aku payah nak dengar kata tapi jangan jauhi aku..
cuma hati aku terlalu rapuh dan aku sangat perlukan kamu sahabatku untuk menguatkan semula semangat aku..

apa yang aku alami nampak seperti biasa pada mata kamu tapi Allah je tahu azab yang aku sedang tanggung..

bukan sekadar cinta tapi lebih dari itu..

mungkin sebab itu Allah tarik dari ku..
kerana aku mencintai umatNya melebihi Dia..
akibatnya aku jadi begini..

Friday, December 16, 2011

hati, sila berdamai dengan takdir anda~

wahai hati, tolong lah berdamai dengan takdirmu..
jangan penuhkan dengan dendam..
kecewa dengan takdir hingga menidakkan sesuatu yang tidak sepatutnya..

wahai hati, tolonglah tuan badan mu..
dia tak kuat jika kamu rapuh..
dia tak bisa jalan jika kamu rebah..
dia akan lemas mati jika kamu berterusan tenggelam..

wahai hati, tolong lah lepaskan tuanmu..
bebaskan dia dari rasa belenggu yang terbuku dalam kamu..
bebaskan cintamu supaya tuanmu aman..
bebaskan rindumu agar tuanmu nyaman..

wahai hati, berhentilah resah..
berhentilah gelisah..
ia membuatkan mata tuanmu bertambah berat menampung air..
tolonglah hati..


Thursday, December 15, 2011

few things i hate about you

i hate the way you drove my car

i hate the way you make me laughed

i hate the way you make me cried

i hate the way you read my mind

i hate the way you treat me so bad

i hate it when you lie

i hate the way you talked to me

i hate the way you care

i hate the way you leave me hanging

i hate it when your presence still lingers here

here in my heart

in my mind

and i hate that i can't hate u

mostly i hate the way but i don't hate you

T________T


sakit rupenye rasa nih..sakit sangat




Wednesday, December 14, 2011

percutian express : MELAKA

hari minggu yang lalu aku dengan kawan-kawan ku telah pergi bercuti secara express..hebat tak ayat mukadimah aku? spm dapat A , malas la nak cakap wawawawawawa

ni semua si edda punya pasal la nih tetiba cakap "i need short vacation" dan aku terus reply 'JOM' dan destinasi pilihan ialah MELAKA..

kenapa MELAKA? sebab kami nak lawat Uitm lendu tempat kami saling mengenali terus jadi kawan baik sampai sekarang sambil mengimbau kenangan lalu..

hey siap ada list makanan wajib makan okeh..ko mampu buat list makanan wajib makan?? dah la pergi main redah je tak booked hotel..memang takde kosong pun sebab cuti sekolah kan..

bertolak seawal jam 8.30 pagi gitu amek setiap seorang dalam pukul 12 tepat sampai dan destinasi pertama ofkos la ke tempat makanan wajib makan iaitu NASI AYAM NADIA kat Alor Gajah..fuhhhhhh lama gile tak makan nasi ayam nadia..sedappppp sangat sangattt okeyyyy..puas hati aku..nasib tak tutup..

nasi ayam nadia (pinjam gamba google)

lepas tu terus ke uitm lendu..kat sini touching sikit sebab dah 5 tahun aku tinggalkan lendu..bila sampai situ semua kenangan, memori yang best terjah kat ingatan aku..di situ macam macam benda jadi..situ la aku kenal kawan baru, situ la aku first time duduk asrama, situ la macam macam kenangan yang sangat seronokkkk..setiap pelusuk tempat di uitm lendu punya sejarah yang lalu..ada tempat tu aku ingat sebab kena tegur dengan lecturer sebab mengumpat bawah tangga..tempat aku beli sosej senyap senyap padahal masa tu tengah kuliah kot..dewan kuliah beso bukan lecturer perasan pun kan..pastu ada tempat aku jatuh moto dengan kawan aku..ada tempat sorok barang letrik sebab tanak bayar bil..haishhh banyak laa..bila ingat balik, nakal jugak aku dulu..belum lagi cerita salah amek seluar..haaa rindunya zaman itu..rindu sangatt..kat situ jugak la banyak hantu..haa hantu?? ye hantu yeee...malas nak ingat nanti aku naik seram..

di kesempatan tu kami tumpang solat di masjid hikmah uitm..masjid tu pun dah besar dahh..dulu kecik je..pastu sambung pusing pusing dalam lendu sampai dalam pukul 3 lebih kot..lepas tu terus pergi ke masjid tanah beli kek..dulu aku suka beli kek kat masjid tanah tapi kek aku suka tu dah ada..sentap~



lepas tu terus kan perjalanan cari hotel or chalet dan kami pilih untuk menginap di Shah Resort Beach kat Klebang..harga dah la mahal, kotor pulak tu bilik dia..berdaki kaki pijak lantai..makanan dia pulak tak setimpal je dengan harga..tu kali pertama & terakhir laa aku duduk situ weh..tapi sebab kami tak jumpa hotel lain, tu yang amek je la Shah resort tu..



lepas check in, terus pergi cari coconut shake yang sangat sangat terkenal kat klebang tu..DAPAT! sedapp siap makan nasi lemak sekali..padahal baru je makan nasi ayam kot~ lepas tu terus ke bandar hilir jalan-jalan kat dataran pahlawan & book tiket ombak rindu..macam la KL tade cinema kann..dalam banyak banyak  xtvt, pergi tengok Ombak Rindu jugak dipilihnya..

coconut shake (pinjam gamba google)

tapi yang paling best ialah makan CENDOL kat banda hilir (menu wajib makan)..sedapppp sangattt..aku sume makanan aku cakap sedap kann..tapi memang sedap pun..



esoknya pulak pepagi lepas bekpes tu habiskan masa bergosip depan laut..kelasss kan snow white? bergosip depan laut, kau mampu? sampai la dah check out terus straight makan nasi arab al waleed..kalau korang lalu ke arah masjid tanah kot nak ke klebang korang akan lalu situ..sedap okay..harga pun ok la not bad..nasi banyak sangat sampai tahap dugong dah aku rasa perut nih..dah boleh geng dengan julia ziegler dalam ombak rindu..wakakaka nampak tak perut dia masa tengah kejar lisa tu? bergegar gegar lemak perut, dah la pakai baju ketat amat lagi ketara..malu akuu



last last masuk balik uitm lendu sebab Leman Dimen tu tak bukak..sebab ingat nak makan nasi pataya paprik kat dimen tu tapi tutup so terpaksa makan kat dalam uitm jek..mengimbau kembali kenangan dulu..

walaupun sekejap tapi aku rasa puas percutian singkat nih..sebab dapat makan semua yang diingini kecuali nasi pataya paprik..tu je tak dapat..

ok jom kira bajet nak?

tol : rm27.20 (pergi balik) (sorang bayar rm5.50)
hotel : rm388/malam (sorang bayar rm78)
minyak : rm75 (pergi balik) (sorang bayar rm15)

dan

makan/minum : rm50 (untuk 2 hari)*sendiri tanggung
[menu: cendol/nasi ayam nadia/nasi arab/coconut shake/dinner kt uitm etc]
shopping/misc : rm 50 (termasuk tengok wayang)

total dalam rm200 jugak la..kalau tak shopping tu macam nisa, total dia rm 150 je..

tak mahal kan??

dengan bajet bawah rm300 anda boleh berjalan jalan cuti cuti Malaysia..ayuhh kaya kan Malaysia..voleyy?

Monday, December 12, 2011

preview OMBAK RINDU

sekarang ni fenomena Ombak Rindu melanda nagara sampai kutipan rm 9 juta okey(kalao salah angka, sorry yek)..bertuah hero / heroin filem tu tapi penulis novel tersebut bertuah kah? tetttttt..tanak cerita isu nih nanti kena banned..

dulu masa aku belajar kat uitm lendu dulu, keje aku baca novel..mak abah suh baca buku public admin, aku bantai sibuk baca novel cinta kannn..pelempang sedassss!

aku gigih baca tau sampai lewat malam, tak sampai 2 hari dah khatam siap ulang baca lagi..kalo aku buat camtu kat buku human resource, policy, political studies dulu kompom aku buleh jadi salah seorang pegawai tadbir yang berjaya...tapi nak wat cemana, snow white macam aku memang suka terjebak dalam hal hal gini..lain orang suruh buat, lain aku buat kann..

baru-baru ni aku pergi tengok filem ni dengan kawan-kawan aku..pada awalnya aku taknak tengok sangat sebab aku takut aku frust macam file Lagenda Budak setan tu dulu..tapi sebab aaron aziz aku gagahkan kaki melangkah kan..

nak dijadikan cerita, masuk panggung kan dah sampai ke separuh cerita aku masih tak mampu nak feeling cerita ni..aku tak paham apa yang orang dok menangis (maybe sebab aaron aziz menangis kot tu yang syahdu je kan)..kawan aku kiri kanan dah sok sek sok sek..terdetik dalam hati, time mana aku nak nangis nih..voleyyy ko nak pilih time bila nak nangis?? sentap pengarah drama..

maklum lah pendapat kita semua ni berbeza beza okay..secara jujurnya filem ni tak mampu buat aku feeling langsung..cuma lagu dia je sedih..aku menangis pun nak tau sebab apa?? sebab aku denga lagu tu terus aku teringat ex aku..voleyy gitu? tu yang aku sakan nangis tapi orang mybe ingt aku nangis sebab jalan cerita nye yang konon sedih..tak langsung kot~

dan secara jujurnya jugak la aku rasa filem ni tarikannya ialah Aaron Aziz..cube kalo hero dia amek farid kamil ke gambit ke, korang nak ke gigih g tengok?? jadi macam cerita karipap cinta tu, ada 4 orang je pegi tengok padahal filem tu pun amek dari kisah novel yang best jugak..

dan bagi aku heroin dia pun kurang sesuai..maya karin muka dia nampak terlalu pan asia..cuba la amek fazura ke tiz zakiah ke tak pun lisa surihani tu je jadi izzah..watak supermodel tu pulak bagi aku sesuai bagi kat maya karin atau nasha aziz atau erra fazira..sebab muka diorang ni nampak la muka supermodel yang high class..lisa tu terlalu comel la nak jadi supermodel..

dan bagi aku lebih baik dia buat drama bersiri daripada filem sebab sebenarnya filem ni banyak plot yang terpaksa di'skip'kan so sesiapa yang tak baca novel tu akan jadi terpinga pinga..kalo nak buat filem sebijik dalam novel boleh leper punggung nak duduk kat cinema tu..


Tuesday, December 6, 2011

maafkan hati ye Allah~

pada Dia aku mohon maafkan hati ku..
maafkan hati ku bila ada tika ia merindui orang yang tidak sepatutnya ia rindukan..
maafkan hati ku bila ada rasa sayang masih terjah di tingkap nya..
maafkan hati ku bila ia masih belum mampu rasa ikhlas untuk menerima semua ni..

setiap hari melangkah keluar rumah dengan bacaan Bismillah..
Dengan nama Allah, aku berjalan sekuat hati..
bukan apa sekadar untuk dikuatkan semangat aku..

tak ada apa yang aku perlukan..selain kekuatan dari Dia..

memang ada yang jelik baca nih..tapi kalau kamu berada dalam tempat ku, kamu juga akan tau rasa derita nya hati aku..lebih derita dari cerita Ombak Rindu..

kepada kamu yang menghancurkan seluruh nya, terima kasih aku ucapkan..tidaklah aku mengharapkan balasan yang buruk terhadap mu cukup lah moga 1 hari nanti Allah akan tunjuk kepada kamu tentang apa yang aku rasa..

Monday, December 5, 2011

mari penuhkan jadual !

jadual apa ye..tiba tiba tajuknya pasal jadual..seperti sedia maklum minggu lepas aku mengharungi sejenis detik yang sangat sangat sukar..tak payah la aku nak ulang detik apa tapi yang pasti bukan sedetik lebih anuar zain..

jadi untuk mengelakkan diri dari terus meratap kasih yang sepi (bahasa melayu aku dulu A+ harap maklum), maka aku telah menyusun jadual hujung minggu aku sepadat padatnya..setiap ruang kosong ada je aku dah plan..sebab apa? sebab aku tanak meroyan duduk sorang sorang mengenang nasib yang tidak baik itu..

dan aku dah tak sabar untuk semua aktiviti itu..aku nak bangun balik, nak cari balik lily yang dulu..lily yang sangat sangat happy go lucky..aku nak tunjukkan, aku boleh bahagia tanpa dia..hey aku happy tau happy nih..kau nampak tak.. (padahal dalam hati rapuh je kan)

dalam masa sama 1 benda aku belajar..lepas nih, aku dah tanak sayang orang terlalu lalu sebab aku tau aku boleh sakit tahap gaban kalau aku hilang orang tu..sekurang kurangnya ni buat aku prepare menghadapi kehilangan yang lain-lain seperti abah, mak, adik beradik, kawan-kawan..aku sayang mak tapi aku kena set dalam otak mak takkan ada untuk aku selamanya..sama jugak yang lain-lain..

tetibe je kan masuk bab kehilangan padahal tajuk kau pasal jadual minggu kan..

aku pun dah susun jadual harian aku untuk ke mahkamah..saja aku nak kerap keluar buat keje luar so aku akan bertambah tidak berfikir soal itu yang bisa meruntun hati mak nakk..

ok lah aku nak mandi..jumpa lagi..

Sunday, December 4, 2011

akhirnya siap jugak walaupon peningg

pening la aku kalau bab it nih..sebab tu dulu fesbuk ni amek masa setahun aku nak faham aplikasi dia sebab aku ni memang la cerdik macam sang kancil cuma biasa la snow white kan lembut dan lemah kadang kadang maka selalu la pening bab it nih..haa tapi tak bermaksud aku bodoh okay..awas kau cakap camtu kat aku..

ini dia link page aku..kepada sesiapa di sini terbaca story aku ini sila la like page beauty aku nih..



haa klik like kat link atas tu tau..

itu pun gigih aku nak paham ape benda lagi nak kena buat..ya ampun, menyirap nyirap darah aku nak setup page nih..sebab aku pening kepala apa benda aplikasi ni nak, pastu ada yang tak boleh appear..ke intenet aku yang lampi sangat nih..

sudahnye, esok je la aku sambung buat page tu..tak pon nanti aku upah la sesiapa admin page tu voleyy..kau mampu nak upah admin page kau? haa sentap makan hati jiran sebelah..

Friday, December 2, 2011

inilah harinya.

inilah harinya..hari yang aku kena lalui dengan seribu rasa pedih dan sakit..
hari aku KENA terima hakikat..
hari aku kena kukuhkan hati terima QADA' & QADAR..
hari aku mungkin menangis sepanjang hari..
hari yang terluka sangat sangat..
hari yang aku tak tau nak cakap apa dah..


HARI PERNIKAHAN DIA YANG AKU KASIHI..

ye hari ni..aku bangun seawal pagi..
sujudku pada Allah..
minta beri aku kekuatan yang hebat..
semoga aku tak menangis..
semoga aku tak bersedih..
semoga digantikan rasa sedih dengan gembira..
moga digantikan rasa derita dengan bahagia..

walaupun terdetik sekelumit rasa dalam hati
memohon agar Allah buka mata dia 1 hari nanti tentang apa yang aku rasa..
tapi tidak sedikit pun aku ingin orang yang aku sayang , sakit..

ada sebab Allah bagi aku jalan begini..ada sebab Allah takdirkan ini dalam Luh Mahfuz ku tapi aku kan cuma hamba je..aku tak tau masa depan..aku tak tau kenapa..aku tak tau apa yang tertulis dalam Luh Mahfuz ku..

hanya Allah je yang tahu kerana itu ibarat kitab Nya..kerana Dia yang menulis sepanjang perjalanan hidup aku..hanya Dia yang tahu kenapa mesti jadi begini..

Kadang kadang terlintas dalam otak, kenapa la aku tidak diciptakan sebagai daun..atau bunga..atau rumput..

berat seberat beratnya tapi siapa aku? siapa aku nak mengeluh dengan apa yang telah ditentukan..

T_____T

Dia maha mengerti tentang apa yang aku sedang rasa.

Tuesday, November 29, 2011

Tapi sayang..

tapi sayangggg (versi lagu salem)

entri ini tak ada kene mengena dengan lagu salem..tapi ada kene mengena dengan tudung fareeda aku..

disebabkan aku terlalu asyik menghabiskan duit beli tudung fareeda, maka bilik aku pun dah penuh da..bak kata mak aku, dah boleh buat kedai tudung bilik tu..

minggu lepas konon dah berjanji takkan beli tudung fareeda untuk sementara waktu sebab nak bajet space bilik + duit pun nak save jugak la kononnn kann..kalau dah nama pun konon, maka kompom la tak jadi punya..

tangan ni gatal je nak tulis BOOKED or SAYA NAK kat gambar gambar tudung tu..minggu lepas je aku dah rembat lagi 3 helai..menyirap je mak aku sebab aku siap pau dia lagi beli tudung tu...masalahnya aku ni suka jenis mawar ropol berbanding lain lain..

cuma ada la sehelai dua sara marisa, sara khadijah dengan selendang takde ropol tu entah apa nama dia lupa pulak..

okay memandangkan sara khadija tu aku sangat sangat jarang pakai..sekali je kot pastu tak pakai dah..aku dok pikir bila nak pakai sebab aku rasa macam makcik sikit bila pakai sara khadija..dah la muka aku macam makcik makcik jugak walaupun aku kategori snow white kan..

ditambah pulak ruangan dah sangat penuh..setelah pikir dalam dalam, jauh jauh, merenung malah bertapa kat katil tu dengan bermacam jenis style kan maka hati ini nekad untuk lepaskan sara khadija aku tu..


yelah dari aku simpan je bukan aku pakai pun..dari terbiar di pinggiran penyangkut tu baik aku lepaskan dia ke tuan baru yang boleh pakai dia selalu..baru la ia rasa dihargai betoi tak sara khadija? 

dan dengan seikhlas hati nyaaaa, aku tanya kat kakak aku dan dengan pantasnya dia terus jawab NAKKK..macam dah lama aim je ko kan kakk..siap terus sarung tadi lepas tu dia simpan balik hahahaha

mula mula rasa nak let go kat fesbuk..kot la ada orang nak tapi baik aku bagi dia..kalo aku rasa nak pakai, bule pinjam balik mihahahahahahahaha




FAREEDA...DRIVE U CRAZY OKAY..

KENE KEJE KUAT NIH UNTUK TAMBAH KOLEKSI MAWAR..HIHI

Monday, November 28, 2011

Kau nak menipu ye, awas kau ~

haa sejak dua menjak nih memang aku asek beremosi je keje nye..melalui hari hari sepi serta dugaan maha hebat tapi aku gagahi dengan penuh tabah walauuponn hatiku terluka teruk..drama kan ayat aku? 

nak dijadikan cerita, aku ni kan kategori snow white maka aku ni mudah lembut hati, syahdu , bijak , disukai ramai dan suka DITIPU ramai..

so 1 hari ni, ada la sorang customer ni mesej aku katanya produk skincare tu tak sampai lagi padahal aku dah pos lama dah 15 november 2011 aritu..aku pun naik hairan la pasaipa pulak tak sampai sebab orang lain punya sampai ja, padahal aku pos serentak dengan yang lain-lain punya..berkoyan koyan redah 7 sungai, 8 bukit nak pegi pejabat pos tu..

seingat aku laa, tak pernah ada customer komplen tak dapat barang cuma lambat tu normal la sebab teknikal problem ni aku memang tak boleh elakk..sesiapa yang berbisnes tu mesti paham punyee~

so aku tak boleh nak check kan sebab aku masa tu busy dengan tugas hakiki aku so aku cuma reply nanti aku semakkan untuk dia..dalam hati dah berdebar dah ni sebenarnye kan, jangan hilang sudah jenuh aku nak jawab..tapi kalo aku dah pos, bukan bawah tanggungjawab aku lagi kan kan kannn...

so, budak ni siap cakap "kesian u kena pos semula.."  haa pastu aku mula la semacam je ayat budak nih kan..lalu aku dengan gigihnya mesej sorang kakak nih , kakak ni kira banyak experience la dalam bisnes online nih kann..kakak ni bagi aku beberapa suggestion untuk track parcel tu..almaklum la aku ni lembab sikit..sikit je tau, selebihnya aku cerdik la jugak..

aku call direct pos laju..yang jawab lelaki dan aku terus tanya dia pasal parcel tu..nak tau lelaki tu jawab apa?

"PARCEL DAH BERJAYA DIHANTAR CIK, NAMA PENERIMA SITI FATIMAH I/C 73*************"


haaa masa tu aku memang rasa macam nak memfurmakila kan aje customer tu tauuu..kau apa motif nak tipu aku??? kau nak free sebab nak bagi adik kau ke..puiiii memang rosak la muka kau nak aniaya aku kannn..

selepas itu, aku terus SMS customer tu dengan tulisan HURUF BESAR semuanya sebab aku malas nak dengar suara, boleh naik kan darah aku sampai ke siling rumah je nanti..snow white tak bole garang garang camtu depan umum..buat kedut muka je nak marah marah ni

yang penting, selepas itu budak tu terus tak reply dah..haa takut takuttt..eleh aritu kemain kau ek..haa betul la tu nak cuba menipu tuh..awas ye sesiapa yang cuba cuba buat hal gini..


*AGAKNYE TAH BERAPA ORANG SELLER KENE DENGAN BUDAK NI..HATI HATI YE SELLER ONLINE*



Friday, November 25, 2011

sekali lagi

sekali lagi ianya rapuh

sekali lagi ianya lemah

sekali lagi ianya jatuh

sekali lagi ianya perlukan Allah untuk dikuatkan seluruh pelusuk nadi

sekali lagi ianya sangat sangat memerlukan semangat dan panduan dari Allah

sekali lagi ianya adalah sekeping HATI..

Wednesday, November 23, 2011

tawar hati

motivasi aku makin merudum menjunam macam harga saham..
serius! aku makin lama makin tawar hati, apesal tah..

sebab tu la tajuk nye tawar hati..ada sesiapa kat sini nak offer aku keje tak? jangan cakap orang gaji ek, awas kau kalo cakap jadi maid sepenuh masa..

tapi aku suka dengan keje bisnes aku ni..cuma wat masa nih aku tak boleh la jadikan itu sebagai kerja utama aku..sebab aku ada banyak komitmen okey walaupun aku belum kawin aku sangat terasa perbelanjaan nya sangat melampau..eleh cakap je la aku boros kann..aku bukan boros apa, aku bayar benda penting tauuuuuu..

setiap hari aku dok belek surat khabar mana tau kalo ada kerja lain yang lagi okay kann..tapi bila pikir balik kan, sebab ni la agaknya Allah cakap aku jangan kawin lagi walaupun aku dah menggeletis rasa nak kawin kan..hahaha.ada banyak benda aku tak selesai lagi..

haa ok lah aku nak prepare pegi mahkamah..bosan tau keje aku nih nak pulak buat benda yang aku memang tak minat langsung tapi terpaksa bertahan, aku teringat pulak kata kata ada sorang lawyer OKS ni kat mahkamah KL tapi aku lupa nama dia Mahesh ke apa entah..dia sejenis india ye..dia penah cakap kat aku, go and get what u want in your life before its too late..dia sendiri pun dah bosan jadi lawyer & nak beralih bidang..aku dah lama tak nampak dia, mungkin dia betul-betul dah beralih bidang..

Sunday, November 20, 2011

beauty products - Ladies stuff

suka cantik? suka tak? jujurnya, aku suka sangat..lepas tu aku memang suka sangat tengok perempuan cantik cantik nih..Allah pun suka kan kecantikan..

ok lah, straight to the point..ehemmm saya dengan ini mengumumkan sebenarnya adalah dealer untuk Ladies Stuff (abaikan ayat aku yang semacam ni)..siapa tu ladies stuff? haa ni lah tuan punya tanah kedaung iaitu

Lina Shaari
mula mula dulu kannn, aku try produk dia Cahaya tu..tu gambo sila tengok kat belah kanan tu nampak takk? masa tu dia siap cakap awal awal untuk serius buyer aje sebab masa tu belum dipasarkan secara meluas lagi..haa tere tak aku? lama kann aku folow produk dia..dari produk biasa biasa terus sekarang dah dapat kelulusan KKM lagi..kelasss tak?

Chahaya beauty aura nama produk tu sekarang nih..semakin lama semakin dapat sambutan yang aku sendiri tak sangka..alhamdullillah rezeki aku jugak bila ramai hubungi aku untuk beli dan terus pakai setia dengan chahaya nih..terima kasih ye..

dan selain itu, ada beberapa produk sampingan yang mana bagus hasil nya..kalau tak bagus, aku pun tak jual..aku pulak jenis suka try dulu sebelum jual kat orang sebab senang kalau nak menjawab nanti..plus nanti orang pun yakin je dengan kita, yelah sebab dah pakai kan dah tau hasilnya baru bole cakap..jangan asyik nak kaut untung je padahal kau tak tau langsung kesan dan tak penah guna pun..tah pape tah orang camni..antara produk yang ada dalam ladies stuff ialah :

mask collagen rm 11.90 / pc
Serum Oxygenerating rm 32 / ampoule @ rm240 / box
Vitamin E collagen softgel (sapu kat muka) rm 50 sebotol (20 kapsul)
dan ada lagi 5 serum bakal dipasarkan Januari 2012 ini..aku memang sangat ternanti nanti itu serum sebab aku nak try dulu..nak tengok apa hasilnya..lepas tu baru aku boleh promote kat kawan-kawan hihi

kalau lah ada yang tersinggah kat blog saya yang tak seberapa nih, jika ingin cuba sila sila lah hubungi saya..tak pun tu ha klik kat facebook badge saya tu..haa lagi sonang nak berurusan..jangan malu malu atau segan segan ye..

sekian terima kasih..

SNOW WHITE


Friday, November 18, 2011

kagum kagum dann kagum

mula-mula dulu tengok kat tv 9.. masa tu memang nak alih tv lain tapi tah macam mana cara penyampaian beliau menarik hati aku sangat sangat~

malah program beliau pun aku follow tengok dengan mak abah kat umah..tapi arini aku dapat tengok sendiri live depan mata..KAGUM SANGAT!

umurnya sebaya aku tapi ilmu agamanya buat aku rasa rendah sangat sangat..beliau tak ada la kacak sangat tapi mungkin kesan air wudhu' maka muka dia nampak manis sangat..bukan dia je..kalau tengok memana ustaz atau ustazah mesti rasa nyaman je, betoi tak..


beliau adalah






USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID




cara penyampaian yang kelakar tapi berdezup masuk ke hati..memang sesuai dijadikan ikon untuk golongan muda..moga moga dakwah beliau mendapat sambutan dan sedikit sebanyak mempengaruhi remaja kini untuk menjadi lebih baik..



Tuesday, November 15, 2011

cukup cukup cukup lah untuk bulan ini..!

hati mana nak tahan tengok kaler kaler tudung fareeda
T___T

aku dah rembat 7 helai kot bulan ni saja..berlubang purse aku..

mata ni tahan je tengok..takmo dah tengok page dealer fareeda tapi tertengok pulak..

ternampak pulak kaler yang selama ni aku cari tapi asek sold out..

dengan pantasnya aku TERORDER dan TERBAYAR untuk tudung ini..


dari fareeda majolica place..(facebook)

cantik takkk? cantik kann..haa pastu aku nangis bawah meja opis sebab over bajet shopping bulan nih..padan muka aku~

Monday, November 14, 2011

saat terakhir.

itu adalah saat terakhir aku berbicara sama kamu..kamu tau tak kenapa aku selalu buat begitu? aku tau kamu stress..aku tau kamu terlalu tension..aku sengaja menambahkan beban kamu sebab aku mahu kamu membenci aku..

maaf sebab aku memang tak mampu nak benci kamu..malah kenapa hati aku makin lembut sama kamu padahal kamu bikin aku terluka teruk sangat, sayang..tapi aku bisa memaafkan begitu aja..aku sengaja bangkitkan kemarahan kamu..aku sengaja memancing perasaan benci kamu..kerana aku mau kamu menjauhi aku sampai bila-bila..kerana aku sendiri tak bisa menjauhi kamu..

aku tak pernah ambil pusing tentang kisah lampau kamu yang itu kerana aku terima kamu seadanya..tapi ternyata kamu tidak sedari hal itu..kamu tidak nampak keikhlasan aku tapi kamu hanya nampak keburukan aku..

terima kasih atas segala cerca, memang itu yang aku tunggu..luahkan segala kemarahan kamu, kebencian kamu terhadap aku..itu yang aku perlu untuk keluarkan kamu dari diri aku..walaupun mengalir sedikit air dari kedua kelopak mata tapi itu sudah cukup kukuh untuk membuatkan aku segera menjauhi kamu kerana kamu sudah membenci aku..


apa yang aku khabarkan kepada kamu selama ini hanya lah penipuan yang aku reka demi membuat kamu percaya..

bencilah aku, sayang kerana itu akan membuatkan aku jauh..pergilah tempat kamu bukan di sisi aku lagi..pergilah kamu bukan milik aku lagi..pergilah kamu kepada dia yang kamu rasa mampu menjaga kamu lebih dari aku jaga kamu..


lupakan semua nya..mulakan hidup kamu yang baru tanpa aku..dan aku tanpa kamu sampi bila-bila...


meskipun jauh dalam lubuk hati aku tak pernah membenci kamu dan tak pernah berhenti merindui kamu tapi aku kena jalani takdir aku bahawa kamu bukan untuk aku..


sakitnya..

Sunday, November 13, 2011

sakit hati aku~

kalau sakit hati selalu buat apa? maki hamun? sumpah orang tu 7 keturunan? pendam je jiwa yang luka macam si cinderella tu?

aku macam biasa la spesis snow white..haa nak muntah la tu..huhh~
aku kalau sakit hati apa lagi, menangis je la keje aku..dok teriak kat tepi katil sambil tepuk tepuk dada kan..tragik kan aku nangis? tu tahap dah sentap sangat la tu..

setelah aku memaki hamun, sumpah seranah dan sebagainya tapi sudahnya aku yang menangis! apahalll?? tapi itu la aku sebenarnye..geram nih nak marah pastu lepas termarah aku yang rasa bersalah, bukan orang yang kena marah tu..terbalik pulak kan

aku tak suka tau macam ni sebab aku bukan jenis pemarah..bak kata abang aku, aku ni lembut hati beno..

tapi aku sakit hati..kenapa la kau ni jahat sangat haa...memang la aku pun jahat jugak tapi tak ada la sampai nak sakitkan kau macam mana kau sakit kan aku..kau tunggu laa..balasan kau..kau tengok laa..ikutkan hati memang nak je aku balas, tapi bila pikir balik dari aku aku dok tambah dosa macam si dukun degawan tu baik aku berserah je..


bia Allah tu balas kat kau..geram aku..aku nak tengok sampai mana kau boleh senang dengan sakitkan hati orang, aniaya orang..

masa tu baru kau tau apa aku rasa..

geram aku geram sangat kat kau lah~



contest contest! vote me~ haha

entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku suka beno gatal gatal masuk contest kat facebook..

bermula nya bila najjah open untuk customer of the month..aku suka juga baju baju najjah ni..ada juga la koleksi baju najjah kat dalam gobok aku tu..

aku dengan berani nya mesej terus ke najjah yang aku nak join..saja gatei..sampai la si fara deeba yang reply, ajak join..ngee aku pun apa lagi...

aku send la gambar aku pakai baju najjah..gamba macam kat entri sebelum ni..gambar full nampak baju..baju hijau ni baju najjah..cantik kan? kain dia pulak memang sedap pun..tak panas..jenis cotton yang sejuk tu...

lepas tu semalam pagi aku boring boring saja surf fesbuk tetiba aku terjumpa satu contest nih..pencarian ikon jjc ... tengok tarikh tutup semalam la.. saja try mesej owner dia sempat ke kalau nak join, SEKALI dia cakap SEMPAT..aku pun apa lagi hantar la sekeping sebab gambar lain semua kat pc opis hahahaha

gambar profile picture facebook aku je la yang ada..aku donlod then aku p hantar..

dan tadi tuan tanah kedaung (jjc) mesej aku cakap gambar dah upload dah boleh start voting katanye..VOTING tau bukan VOMITTING..walaupun aku suka kua kan statement yang bole buat orang mintak baldi nak muntah kan~ apa ayat bahasa aku kan, haa sila la keji..

so di sini pada tuan tuan, puan puan yang sepintas lalu membaca blog ini sudi sudi la vote saya ye di link ini


terima kasih tau pada yang sudi vote..dan pada yang vomit tengok gamba ni pun terima kasih la jugak..nak buat cemana aku dengan snow white tak boleh dipisahkan~ ok sekarang boleh cari baldi..toilet kat dapur, belakang sekali..

sekian terima kasih


muah muahh