jadual apa ye..tiba tiba tajuknya pasal jadual..seperti sedia maklum minggu lepas aku mengharungi sejenis detik yang sangat sangat sukar..tak payah la aku nak ulang detik apa tapi yang pasti bukan sedetik lebih anuar zain..
jadi untuk mengelakkan diri dari terus meratap kasih yang sepi (bahasa melayu aku dulu A+ harap maklum), maka aku telah menyusun jadual hujung minggu aku sepadat padatnya..setiap ruang kosong ada je aku dah plan..sebab apa? sebab aku tanak meroyan duduk sorang sorang mengenang nasib yang tidak baik itu..
dan aku dah tak sabar untuk semua aktiviti itu..aku nak bangun balik, nak cari balik lily yang dulu..lily yang sangat sangat happy go lucky..aku nak tunjukkan, aku boleh bahagia tanpa dia..hey aku happy tau happy nih..kau nampak tak.. (padahal dalam hati rapuh je kan)
dalam masa sama 1 benda aku belajar..lepas nih, aku dah tanak sayang orang terlalu lalu sebab aku tau aku boleh sakit tahap gaban kalau aku hilang orang tu..sekurang kurangnya ni buat aku prepare menghadapi kehilangan yang lain-lain seperti abah, mak, adik beradik, kawan-kawan..aku sayang mak tapi aku kena set dalam otak mak takkan ada untuk aku selamanya..sama jugak yang lain-lain..
tetibe je kan masuk bab kehilangan padahal tajuk kau pasal jadual minggu kan..
aku pun dah susun jadual harian aku untuk ke mahkamah..saja aku nak kerap keluar buat keje luar so aku akan bertambah tidak berfikir soal itu yang bisa meruntun hati mak nakk..
ok lah aku nak mandi..jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment