Friday, December 16, 2011

hati, sila berdamai dengan takdir anda~

wahai hati, tolong lah berdamai dengan takdirmu..
jangan penuhkan dengan dendam..
kecewa dengan takdir hingga menidakkan sesuatu yang tidak sepatutnya..

wahai hati, tolonglah tuan badan mu..
dia tak kuat jika kamu rapuh..
dia tak bisa jalan jika kamu rebah..
dia akan lemas mati jika kamu berterusan tenggelam..

wahai hati, tolong lah lepaskan tuanmu..
bebaskan dia dari rasa belenggu yang terbuku dalam kamu..
bebaskan cintamu supaya tuanmu aman..
bebaskan rindumu agar tuanmu nyaman..

wahai hati, berhentilah resah..
berhentilah gelisah..
ia membuatkan mata tuanmu bertambah berat menampung air..
tolonglah hati..


No comments:

Post a Comment