entah kenapa dua hari lalu semangat aku seakan pudar sangat..
entah kenapa tiba tiba air mata laju sangat sangat nak turun..
hati pedih sangat..
come on lily, masa tarikh tu kau rilex je tak nangis teruk macam ni..
selepas 2 minggu berlalu kenapa kau nak tangis teruk sangat seolah olah semalam tarikh keramat tu..dah lepas kot..
maaf lah..mungkin ada antara kamu jelak nak menasihati, memberi kata semangat..
tau tak sebenarnya aku sangat memerlukan kalian sahabatku..
tapi ada yang menghindari dari dengar luahan ku..
sedikit rasa kecil hati..
tapi itu dah menunjukkan pada aku siapa sebenarnya betul betul kawan yang tak putus beri sokongan..
ye memang aku degil memang aku payah nak dengar kata tapi jangan jauhi aku..
cuma hati aku terlalu rapuh dan aku sangat perlukan kamu sahabatku untuk menguatkan semula semangat aku..
apa yang aku alami nampak seperti biasa pada mata kamu tapi Allah je tahu azab yang aku sedang tanggung..
bukan sekadar cinta tapi lebih dari itu..
mungkin sebab itu Allah tarik dari ku..
kerana aku mencintai umatNya melebihi Dia..
akibatnya aku jadi begini..
No comments:
Post a Comment