Friday, December 2, 2011

inilah harinya.

inilah harinya..hari yang aku kena lalui dengan seribu rasa pedih dan sakit..
hari aku KENA terima hakikat..
hari aku kena kukuhkan hati terima QADA' & QADAR..
hari aku mungkin menangis sepanjang hari..
hari yang terluka sangat sangat..
hari yang aku tak tau nak cakap apa dah..


HARI PERNIKAHAN DIA YANG AKU KASIHI..

ye hari ni..aku bangun seawal pagi..
sujudku pada Allah..
minta beri aku kekuatan yang hebat..
semoga aku tak menangis..
semoga aku tak bersedih..
semoga digantikan rasa sedih dengan gembira..
moga digantikan rasa derita dengan bahagia..

walaupun terdetik sekelumit rasa dalam hati
memohon agar Allah buka mata dia 1 hari nanti tentang apa yang aku rasa..
tapi tidak sedikit pun aku ingin orang yang aku sayang , sakit..

ada sebab Allah bagi aku jalan begini..ada sebab Allah takdirkan ini dalam Luh Mahfuz ku tapi aku kan cuma hamba je..aku tak tau masa depan..aku tak tau kenapa..aku tak tau apa yang tertulis dalam Luh Mahfuz ku..

hanya Allah je yang tahu kerana itu ibarat kitab Nya..kerana Dia yang menulis sepanjang perjalanan hidup aku..hanya Dia yang tahu kenapa mesti jadi begini..

Kadang kadang terlintas dalam otak, kenapa la aku tidak diciptakan sebagai daun..atau bunga..atau rumput..

berat seberat beratnya tapi siapa aku? siapa aku nak mengeluh dengan apa yang telah ditentukan..

T_____T

Dia maha mengerti tentang apa yang aku sedang rasa.

No comments:

Post a Comment