Tuesday, November 29, 2011

Tapi sayang..

tapi sayangggg (versi lagu salem)

entri ini tak ada kene mengena dengan lagu salem..tapi ada kene mengena dengan tudung fareeda aku..

disebabkan aku terlalu asyik menghabiskan duit beli tudung fareeda, maka bilik aku pun dah penuh da..bak kata mak aku, dah boleh buat kedai tudung bilik tu..

minggu lepas konon dah berjanji takkan beli tudung fareeda untuk sementara waktu sebab nak bajet space bilik + duit pun nak save jugak la kononnn kann..kalau dah nama pun konon, maka kompom la tak jadi punya..

tangan ni gatal je nak tulis BOOKED or SAYA NAK kat gambar gambar tudung tu..minggu lepas je aku dah rembat lagi 3 helai..menyirap je mak aku sebab aku siap pau dia lagi beli tudung tu...masalahnya aku ni suka jenis mawar ropol berbanding lain lain..

cuma ada la sehelai dua sara marisa, sara khadijah dengan selendang takde ropol tu entah apa nama dia lupa pulak..

okay memandangkan sara khadija tu aku sangat sangat jarang pakai..sekali je kot pastu tak pakai dah..aku dok pikir bila nak pakai sebab aku rasa macam makcik sikit bila pakai sara khadija..dah la muka aku macam makcik makcik jugak walaupun aku kategori snow white kan..

ditambah pulak ruangan dah sangat penuh..setelah pikir dalam dalam, jauh jauh, merenung malah bertapa kat katil tu dengan bermacam jenis style kan maka hati ini nekad untuk lepaskan sara khadija aku tu..


yelah dari aku simpan je bukan aku pakai pun..dari terbiar di pinggiran penyangkut tu baik aku lepaskan dia ke tuan baru yang boleh pakai dia selalu..baru la ia rasa dihargai betoi tak sara khadija? 

dan dengan seikhlas hati nyaaaa, aku tanya kat kakak aku dan dengan pantasnya dia terus jawab NAKKK..macam dah lama aim je ko kan kakk..siap terus sarung tadi lepas tu dia simpan balik hahahaha

mula mula rasa nak let go kat fesbuk..kot la ada orang nak tapi baik aku bagi dia..kalo aku rasa nak pakai, bule pinjam balik mihahahahahahahaha




FAREEDA...DRIVE U CRAZY OKAY..

KENE KEJE KUAT NIH UNTUK TAMBAH KOLEKSI MAWAR..HIHI

No comments:

Post a Comment