Monday, November 28, 2011

Kau nak menipu ye, awas kau ~

haa sejak dua menjak nih memang aku asek beremosi je keje nye..melalui hari hari sepi serta dugaan maha hebat tapi aku gagahi dengan penuh tabah walauuponn hatiku terluka teruk..drama kan ayat aku? 

nak dijadikan cerita, aku ni kan kategori snow white maka aku ni mudah lembut hati, syahdu , bijak , disukai ramai dan suka DITIPU ramai..

so 1 hari ni, ada la sorang customer ni mesej aku katanya produk skincare tu tak sampai lagi padahal aku dah pos lama dah 15 november 2011 aritu..aku pun naik hairan la pasaipa pulak tak sampai sebab orang lain punya sampai ja, padahal aku pos serentak dengan yang lain-lain punya..berkoyan koyan redah 7 sungai, 8 bukit nak pegi pejabat pos tu..

seingat aku laa, tak pernah ada customer komplen tak dapat barang cuma lambat tu normal la sebab teknikal problem ni aku memang tak boleh elakk..sesiapa yang berbisnes tu mesti paham punyee~

so aku tak boleh nak check kan sebab aku masa tu busy dengan tugas hakiki aku so aku cuma reply nanti aku semakkan untuk dia..dalam hati dah berdebar dah ni sebenarnye kan, jangan hilang sudah jenuh aku nak jawab..tapi kalo aku dah pos, bukan bawah tanggungjawab aku lagi kan kan kannn...

so, budak ni siap cakap "kesian u kena pos semula.."  haa pastu aku mula la semacam je ayat budak nih kan..lalu aku dengan gigihnya mesej sorang kakak nih , kakak ni kira banyak experience la dalam bisnes online nih kann..kakak ni bagi aku beberapa suggestion untuk track parcel tu..almaklum la aku ni lembab sikit..sikit je tau, selebihnya aku cerdik la jugak..

aku call direct pos laju..yang jawab lelaki dan aku terus tanya dia pasal parcel tu..nak tau lelaki tu jawab apa?

"PARCEL DAH BERJAYA DIHANTAR CIK, NAMA PENERIMA SITI FATIMAH I/C 73*************"


haaa masa tu aku memang rasa macam nak memfurmakila kan aje customer tu tauuu..kau apa motif nak tipu aku??? kau nak free sebab nak bagi adik kau ke..puiiii memang rosak la muka kau nak aniaya aku kannn..

selepas itu, aku terus SMS customer tu dengan tulisan HURUF BESAR semuanya sebab aku malas nak dengar suara, boleh naik kan darah aku sampai ke siling rumah je nanti..snow white tak bole garang garang camtu depan umum..buat kedut muka je nak marah marah ni

yang penting, selepas itu budak tu terus tak reply dah..haa takut takuttt..eleh aritu kemain kau ek..haa betul la tu nak cuba menipu tuh..awas ye sesiapa yang cuba cuba buat hal gini..


*AGAKNYE TAH BERAPA ORANG SELLER KENE DENGAN BUDAK NI..HATI HATI YE SELLER ONLINE*



No comments:

Post a Comment