Saturday, November 27, 2010

sakit hati kerana hatinya disakiti...

hujung-hujung bulan ni dah tade mood nak story pape kat sini..walaupun sebenarnya banyak cerita..tentang holiday kat penang, gambang resort..tapi arini disebabkan seseorang tu telah menyakitkan hati aku yang terdalam sekali, mood ceria tu semua hilang..

kadang-kadang kan aku tak faham betul kenapa jadi macam nih..tau tak main tarik tali? macam lagu elyana tuh..bila aku bagi harapan kau putuskan..bila aku putuskan kau bagi aku harapan semula..

aku bukan nak mendabik dada atau riak tapi sebenarnya aku tak pernah lupa doakan kau setiap kali aku dirikan solat..bila aku mohon kekuatan pada Dia, Dia uji aku supaya aku kuat..ye kadang-kadang aku memang rasa kuat tapi ada seketika akan datang 1 waktu yang mana aku tak mampu nak kuat lagi..apa yang aku boleh buat ialah menangis sambil merayu pada Tuhanku supaya diringankan beban yang aku tanggung..aku pernah terdengar satu ceramah tapi tak ingat kat mana kalau kita memang rasa tak tertanggung lagi, kita boleh je cakap dengan Dia..

ye aku tau kalau difikirkan secara logik masalah aku tak sebesar masalah umat lain..sekurang-kurang aku masih bersyukur tapi orang sekeliling takkan faham..diorang hanya tahu nak membandingkan dengan masalah orang lain..sebab tu aku lebih suka mengadu semua pada Dia..tak aku nafikan, ada juga aku ngadu pada kawan-kawan..ia mampu meredakan rasa yang meledak dalam diri sekurang-kurangnya..aku sangat berterima kasih pada mereka yang selalu mendengar semua keluhan aku, kemarahan aku, kebencian aku, kegembiraan aku...

dan kepada kau yang sentiasa membuat aku menangis, aku tau permintaan aku nih sangat tak bagus tapi aku harap kau takkan senang..disebabkan kau, semua kepercayaan aku terhadap golongan kau sangat tipis..hingga aku sendiri takut nak dekat dengan golongan kau nih...

tapi aku tahu akan ada seorang yang akan tebus balik semua kepercayaan nih walaupun makan bertahun..tapi kau memang macam *am*an* !

sakit hati aku!

Thursday, November 18, 2010

aidiladha : ziarah kubur

berlalu sudah aidiladha semalam, arini terus masuk keje..nyesal aku tak mintak cuti...penat tau tak..

semalam pepagi balik tanjung malim kejap (umah belah mak aku)..tapi takde lah pagi sangat..pas solat raya dalam pukul 10.30 la camtu..terus ke kawasan kubur kat tg malim tu..nak menziarah kubur arwah opah, paksu, atok, moyang...ada lah 2-3 famili datang menziarah kubur ahli keluarga diorang memasing, ingatkan kitorang aje..kalau kitorang aje memang seram sejuk..yelah sume pempuan aje..aku, mak aku, akak aku dengan anak buah aku 2 orang..pempuan jugak..pendek kata kami geng pempuan aje lah yang lawat kubur..geng lelaki tengah sibuk kat padang untuk korbankan tenaga lapah lembu...

bila berada di kawasan perkuburan terasa takut..bukan takut hantu ( tapi takut gakk..haha) tapi takut sempat ke aku bertaubat sebelom masuk ke alam barzakh tuh...rasa takut seksaan yang mungkin aku hadapi nanti (minta Allah ampunkan dosa2 aku)...bila terkenangkan dosa-dosa yang penah aku buat terasa diri nih takut untuk mati..tapi mati nih kuasa Allah..bila-bila masa dia boleh tarik nyawa kita kerana kita adalah hak Nya..tapi tu lah manusia nih termasuklah aku selalu aje leka, last minit baru lah nak menggelabah ingat Dia..tu pon bila musibah menimpa...

sedang mak aku kusyuk membersihkan kubur sempat la aku mengambil gambar beliau..haishhh sempat jugak enh aku..bagi aku kat memana je la, mesti nak bergamba..sebab gamba itu penting..ia nya boleh dijadikan dokumen yang berharga di masa depan yang tak boleh dinilai dengan duit..haa mentang-mentang aku baru pergi kursus dokumen berperingkat..hahaha

tu la mak saya ^_^..baju merah tu si samira
mimi (kakak) dan anak beliau aina
aku yang konon-konon tengah bersihkan kubur..
selepas aje selesai ziarah kubur, singgah umah mamak jap..(mamak tu pakcik aku, nak kata gelap macam mamak kat kedai mamak tu tak jugak..aku pon tak tau nape kene panggil dia mamak..) sempat gak aku pegi kedai jap beli nasi ayam bungkus untuk kami yang kelaparan nih..tapi singgah umah mamak kejap aje sebab petang abah pulak ajak pergi tengok mak long kat rembau..sehari suntuk aku drive..penat giler babunn okeh..

* esok nak p penang..yihaaaaaaa

Tuesday, November 16, 2010

pergilah air mata

tajuk je dah ala-ala sentap gitu...sebenarnya itu adalah tajuk sebuah novel yang aku baru habis baca..baru-baru nih saja jalan-jalan ke wangsa walk (padahal sopping..jalan-jalan konon..huhhh)...jalan punya jalan, tetibe si ecah nak masuk kedai buku kat dalam tu..dia nak cari majalah dan aku nih saja merayap kat tempat novel..untuk makluman, dulu zaman belajar aku memang sangat suka baca novel okay..sape penah jadi room mate aku mesti tau nye laa..mana-mana novel baru kua nak pula dari alaf 21 mesti aku beli punye...tapi hobi aku tuh terberhenti masa sambung degree...

ok berbalik pada cerita asal, tetibe aku tertarik satu novel nih tajuk pergilah air mata ....bila baca sipnosis terdetik dalam hati "eh eh macam perli aku je tajuk dia nih"...pastu ada satu lagi novel tajuk cinta kau dan aku..yang ni macam ada kaitan cerita aku pon ada...nak dijadikan cerita ada sorang budak perempuan tu tetibe mencelah "novel yang awak pegang tu best tau..cuba la baca"..dan dia cadangkan aku untuk baca pergilah air mata tu dulu...aku pon terus lah bawa buku novel tu ke kaunter...


memang betul cakap budak tuh..novel nih sehari je aku dah habiskan hehehehe cerita dia memang sedih dan paling seronok sekali aku boleh berangan watak dalam novel tu adalah AKU okay hahahahahahaha


aku sangat suka jalan cerita nya dan sangat suka ending nya..walaupun jalan cerita nya lebih kurang cerita pergilah sepi tapi yang ni agak best sikit laa...


tetiba aku pun teringat pada si dia..terasa sedih pun ada...hmm dah dah tanak fikir....tapi watak bad dalam novel tu ada persamaan dengan dia pula..hmm


sebenarnya aku pun berharap aku dapat ending macam dalam novel tu...betapa aku pun berharap air mata yang mengalir selepas ni adalah air mata kegembiraan..bukan dari akibat kesedihan atau luka yang aku sedang tanggung..

dan kepada si dia, 

tahukah kamu yang aku sangat terluka..


dan kalau ikutkan hati nak aje aku bantai ko cukup-cukup sebab sakitkan hati aku...baru puas hati aku...huhh








*nak beli novel cinta kau dan aku pulakk..heee~

Monday, November 15, 2010

birthday : f i f i (geng ropol)

yayyy da tua kawan aku sorang nih...hahahaha sebenarnya birthday beliau pada 8 november lepas tapi disebabkan memasing kesibukan tengah melanda diri maka celebrate lewat cikit laa..

nak cerita sikit tentang sejarah macam mana kami bole berkawan..ehemm ehemm...kami berempat nih mula berkawan dari sekolah menengah lagi..haa lama gileee....kalo kemana-mana memang mesti kena cukup korum..kalau tak, mesti rasa tak best..pastu kalo dah jumpa tu tak sakit perut bantai gelak memang tak SAH!

okay berbalik cerita besday si ropol nih..semalam selepas pergi kenduri kawin ijam kat selayang (tu yang si yan pakai baju kurung tuh, sapa suh tak bawa baju spare..hahahaha) kitorang merayap pergi ampang untuk berkarok sampai hilang suara..dan sebenarnya dah plan nak celeb besday budak nih tapi saja buat-buat tak tau..buat macam biasa laa..so takde la budak ni saspek apa-apa kannn..kek memang kitorang dah beli siap-siap..

masa di tempat kejadian (tempat karok) si ayam dah pakat dengan staff situ untuk diorang bawa masuk kek tu dalam bilik kitorang...time tu aku dengan yan saja bagi si ropol ni mengarok kan diri dengan penuh perasaan..sampaiii lahhh tetibe video dalam bilik tu tetibe tukar jadi lagu besday..dan staf situ pun bawa masuk kek (siap ada lilin banyak gitu)..










okay puas 2 jam sumbangkan suara sambil makan kek, terus lepak bangsar minum2 sambil makan + bergosip tentang dunia artis...hahahahahaha tak ade keje...
------------------------- h a p p y -------------------------------------------



Sunday, November 14, 2010

pertunangan : Ed

selamat daa kawan aku sorang nih..akhirnya bertunang juga..lokasi pertunangan mestilah di rumah beliau di taman malawati kuala selangor..diriku bersama-sama nomi dan driver cik eja hadir bersama memeriahkan majlis tersebut..meriah betul..ramai gile sedara-mara si edah ni datang..kalau kenduri kawin nanti mesti meriah gile dengan kehadiran sanak saudara dia yang ramai tuh...

tapi apa yang buat aku bangga sikit ialah bila ed pakai baju tunang yang dia beli dari aku..aritu ecah tapi kali ni ed plak..hehehe

lauk-pauk sume sedap-sedap..lupa nak amek gamba lauk sebab nak cepat..lauk pun banyak jugak sampai sume jenis lauk aku hamek..penuh pinggan sampai mengah jugak lah nak telan sume tu..hehehe tapi licin juga akhirnya..

bila tengok majlis tu rasa seronok pula..untungnya badan dah bertunang..hahaha aku gak yang tade calon lagi nih...tapi aku happy bila tengok kawan-kawan bahagia dengan pasangan memasing..harapnya kekal sampai bila-bila ye ed...

hantaran dari fadil

hantaran dari ed

selamat bertunang!

ed senyum lebar selepas selamat ditunangkan




eja + nomi..






ed nampak lain sangat sebab mekap kot..yelah selalu jupe tak penah mekap, ni tetibe mekap hehehe
btw congrates ed! 


Saturday, November 13, 2010

destinasi : Langkawi + Melaka

haaa berturut-turut aku keluar berjalan..seronok betul..bulan lepas pun tiap-tiap minggu berjalan..pergi port dickson la, kuala trengganu la, penang laa..bulan ni pon berjalan sakan aku..

4 november sampai 7 november lalu holiday dengan opismate kat Langkawi..naik bus ke kuala perlis pukul 9.30pm kat bukit jalil, sampai sana dalam pukul 4-5 pagi jugak la..naik feri sume dalam pukul 7 lebih sampai kat langkawi..dapat kereta terus g shopping pepagi tu..haa kedai pon x bukak lagi tapi kitorang masuk sume kedai yang baru nak bukak pagi tu..

kereta yang kitorang guna kat langkawi..
dok lepak depan kedai hj ismail..penatt
hari pertama sampai situ tempat pertama pergi pekan kuah..kat situ shopping sehari suntuk..amek kau! siap sambung shopping lagi belah petang (lepas check in hotel)..aku yang konon nye tanak shopping sangat sudahnye rambang mata masuk kedai hj ismail ni, idaman suri, kedai2 tepi jalan tu...tapi pukul 2.30 ptg check in kat aseania hotel..hotel tu not bad la...dekat area pantai cenang..dalam pukul 4 ptg tu jugak sambung balik shopping kat pekan kuah sampai la malam tu..sempat jugak la beli gamat yang famous tuh..berdozen-dozen akak beli tau! abah kirim sebenarnye hehehe

hari kedua pepagi tu terus bersiap pergi ke cable car...kitorang antara pengunjung yang sangat terawal..view dari cable car memang cantik giler tapi seriau jugak sebab tinggi sangat..sempat lagi shopping kat area cable car tuh lepas naik benda alah tuh okay..terbang lagi duit haku! hahaha dah habis puas shopping berangkat pula ke Beras Terbakar..haaa shopping lagi! hahahaha sambil melawat tapak beras terbakar, duit pon terbakar sekali kat kedai-kedai situ..berapa banyak batik aku borong..ishh ishh...disebabkan kami ni naik feri so after lunch terus cari kaunter feri untuk beli tiket siap-siap..senang sikit..sementara tunggu si maya beli tiket sempat gak merayap pergi dataran lang dengan ayu & aidil..sakan bergambar..i loike! hahaha 

dah dapat tiket terus bergegas pergi Makam Mahsuri..sempat jugak lah tengok pentomin Mahsuri..ramai betul pelancong asing..terasa macam aku bukan kat Malaysia plak...yang paling best sekali even pentomin tu dalam bahasa Melayu, tapi mat saleh ni tengok macam dia faham apa yang disampaikan dalam pentomin tuh..terasa bangga jugak dalam hati nih jadi anak Malaysia..hehe

aseania hotel





pentomin Mahsuri..kabur la plakk
telaga mahsuri
7 november tu pepagi dah bangun sebab nak kejar feri pukul 7.30 pagi..check out pukul 6 pagi..yang paling best, masa mula-mula datang beg aku 1 je..hari ketiga beg aku terus beranak jadi 4! bahu sume full dengan beg..hahahaha
semua orang beg beranak..haa jenuh nak bawak naik feri kau! dah la semua pempuan aje..aidil pulak kecik lagi mana larat nak angkat...mujur ada jejaka-jejaka tolong angkat kan beg kat jeti feri tuh..naik bus ke kuala lumpur dari kuala perlis dalam pukul 10.30 pagi..sampai kl dalam pukul 7 malam..penat memang penat gile! of kos next time nak g langkawi lagi tapi nak naik flight la..cepat sikit sampai nye..tak cukup masa g langkawi nih..next year plan nak g lagi..hehehe tapi bawak beg besar siap-siap..

haa nampak tu barang2 kitorang..hahaha
 tak dinafikan memang aku penat gile babunnn okay..mana taknye sehari duduk dalam bas..mau tak sakit pinggang! dah lah isnin nye tu terus masuk keje..memang best laa kan aku..rajin sangat tak mintak cuti..masuk opis plak dapat notis atas meja yang aku kena Melaka plak 3 hari untuk dokumen terperingkat..haaa malas betul aku..penat langkawi tak habis lagi, sambung plak pergi melaka..

pepagi rabu tu pegi melaka dengan kawan2 dari bahagian lain..menginap kat puteri resort..bosan betul tempat tu tapi swimming pool dia cantik laa..dulu aku menginap kat bayview..bayview much better..aku suka bayview..hehehe

beg aku dan kawan2
nota-nota
sesi presentation..
sepanjang 3 hari kat situ sempat lah hari kedua tu after kelas pergi jejalan kat area dekat-dekat situ dengan en.syah, pn linda, zura dengan mira...nasib bek en syah sudi bawa kami jejalan naik keta vios beliau yang cantik tu..hehehe kalo tak, dok bilik je la jawabnye..
p/s : minggu depan p penang lagik...x saba nak jupe wani~~

Wednesday, November 3, 2010

acer one happy.. happy me ^_^

semalam masa mengalami kesedihan sambil makan coklat depan pc (patot lah makin tembam!) tibe-tibe terasa nak keluar tapi siapakah mangsa??? ecah lah...macam biasa..sementara dia belom kawin nih..kalo dia kawin, sapa lagi nak teman aku dikala boring nanti?? uwaaaaaa.....

berbalik pada cerita tadi, terus sms ecah & ecah pon laju je on..lepas kerja dia datang umah & park keta dia kat garaj ku sebabnya..aku nak bawa si dara pujaan aku jalan-jalan..

asalnya nak pergi low yat tapi bila memikirkan kesesakan yang sah-sah kat area tu, batalkan ajelah niat..sudahnya pergi wangsa walk je..dekat sikit..jalan punya jalan terjumpa lah kedai komputer kat situ..belek punya belek ternampaklah 1 netbook comel nih-->acer one happy..pernah jugak tengok kat paper & internet pasal one happy nih...ditambah plak mamat cina nih terlebih peramah, semua pasal netbook dia cite..

kesudahannya, dengan yakin nya aku dah pun booked 1 unit acer one happy warna pink..hehehehehehehehe sebab apa kene booked? sebab stok kat kedai tu tak ada warna pink..aku plak request nak warna pink, tu yang kene tunggu tu..tunggu sehari je pun..petang nih dah bole g amek..tak sabar dah nih..


pilih je warna apa yang berkenan.. ^_^

tak sabarrrr nyeeeeeeeeeee~~~~~~~weeeeeeeeeeeeeeeeeeee 

Tuesday, November 2, 2010

kisah kelmarin, semalam dan hari ni...

semalam nak tayang gambar baby kak yang tapi tak dapat upload..


baby yus+k.yang = nisa ^_^

comel kan...tapi gambar gelap sket..masa ni dah pukul 7.30 pm..nak flash takut baby silau plak...

air limau asam boi

pb & me..muka pucat tak make up..

semalam emosi rasa sangat tak stabil..berkecamuk sangat hati..apesal tah tetibe je 2-3 hari ni termasuk la arini..ada je benda tak kena..walaupun cuba sibukkan diri buat kerja macam-macam..laporan itu, ini tapi still hati dan minda berserabut...





mungkin juga ada sesuatu masih bersarang dalam hati...mungkin juga sebab ada rindu yang terbuku tapi tak boleh dilepaskan...



* masih cuba untuk melepaskan*


.................................................................

Monday, November 1, 2010

L o v E

kelmarin sempat menonton cerita Love kat astro citra..mula-mula macam malas sangat nak tengok cerita cintan cintun ni sejak dah kembali single nih..bukan ape, malas nak mengenangkan kembali kisah lama nanti mengalir je air mata ni tak berhenti..walaupun dah 5 bulan berlalu tapi tah kenapa kali ni rasa susah sangat nak lupakan si dia..sebelum ni macam la tak penah break, tapi kali ni sangat terkesan di hati..sampai sekarang tak faham..kenapa susah sangat nak lupakan dia..urghh jelek...


ok kembali ke cerita Love tu..dah merepek jauh da ni..masa nak tukar channel, tetibe tertarik nak tengok 1 scene nih yang mana masa tu Lin (Acha Sepriasa) dan Rama (Fauzi Baadila) tengah bercerita tentang cinta dan Lin ada menyebut "Kita saling dipermainkan oleh cinta"...dan paling tertarik sekali bila mereka cuba pergi dari cinta mereka tapi akhirnya mereka balik cari semula cinta mereka walaupun mereka tu tau kesudahannya tak akan bersama..faham tak? hee

seperti si Rama, pada asalnya dia pergi sebab tak sanggup lihat gf dia kawin dengan abang dia tapi akhirnya dia balik juga bukan untuk merampas tapi sekadar lihat wajah ex gf dia pun dah cukup memadai..dan antara ayat-ayat yang aku tersentuh bila Rama cakap pada Lin "kenapa kita mesti ingat pada orang yang tak pernah ingat dengan kita.."

tetiba terasa sentap pulak denga ayat tuh...betul la..kenapa kita nak pikir tentang orang yang tak penah pikir pasal kita..tapi soal hati nih..susah betul nak dirungkaikan..walau macam mana kita cuba untuk menahan diri, akan ada sesekali semua kisah terlintas d fikiran..dan kita mula lahh...tau-tau je kua je air mata enhh..

sudah sudahh...mulalah aku nak start balik nih...haaa harry potter dah nak keluar...aku sebagai peminat harry potter (die hard fan nih!) WAJIB tengok...aku tak pernah terlepas setiap episod..siap baca buku dia yang tebal gabak tu sekali (sambil kamus dwibahasa kat sebelah kiri) hehehe ye lah..bahasa omputih nih mana nak paham sangat..cuba kalau buku belajar aku buat macam tu, mesti setiap sem aku tersenarai untuk Anugerah Dekan kannn...


oh ye..jumaat lepas sempat g melawat kak yang yang selamat melahirkan baby girl..comey sangat tapi nama dia panjang benoo...aku ingat nisa je..yang depan tak bape nak ingat..maafkan akak ye dik nisa..gambar dia aku upload kemudian la memandangkan kamera tertinggal nok!

ari sabtu pon aku g lagi ngadap nisa dengan sya & pb..kak yang pon dah bole kua wad & berpantang kat umah mak angkat dia kat tg karang..so before dia balik tg karang, lawat dulu dia kat hospital tu..

malam tu pon,sempat gak g karok dengan budak orang tu dan last sekali lepak kat kunang-kunang sambil layan live band..


oh ye! semalam juga disebabkan kesunyian yang teramat, aku lepak sorang-sorang je makan brownies kat secret sambil baca magazine..sedihnyee!! kalo dulu ada partner, sekarang solo molo je..sekarang tengok movie sorang, makan sorang, shopping sorangg...dahhh tak mo laa nak sedih2..next week nak g ho-ho-holidayy!! yeayyyy




p/s : cuti-cuti cinta...