Monday, November 1, 2010

L o v E

kelmarin sempat menonton cerita Love kat astro citra..mula-mula macam malas sangat nak tengok cerita cintan cintun ni sejak dah kembali single nih..bukan ape, malas nak mengenangkan kembali kisah lama nanti mengalir je air mata ni tak berhenti..walaupun dah 5 bulan berlalu tapi tah kenapa kali ni rasa susah sangat nak lupakan si dia..sebelum ni macam la tak penah break, tapi kali ni sangat terkesan di hati..sampai sekarang tak faham..kenapa susah sangat nak lupakan dia..urghh jelek...


ok kembali ke cerita Love tu..dah merepek jauh da ni..masa nak tukar channel, tetibe tertarik nak tengok 1 scene nih yang mana masa tu Lin (Acha Sepriasa) dan Rama (Fauzi Baadila) tengah bercerita tentang cinta dan Lin ada menyebut "Kita saling dipermainkan oleh cinta"...dan paling tertarik sekali bila mereka cuba pergi dari cinta mereka tapi akhirnya mereka balik cari semula cinta mereka walaupun mereka tu tau kesudahannya tak akan bersama..faham tak? hee

seperti si Rama, pada asalnya dia pergi sebab tak sanggup lihat gf dia kawin dengan abang dia tapi akhirnya dia balik juga bukan untuk merampas tapi sekadar lihat wajah ex gf dia pun dah cukup memadai..dan antara ayat-ayat yang aku tersentuh bila Rama cakap pada Lin "kenapa kita mesti ingat pada orang yang tak pernah ingat dengan kita.."

tetiba terasa sentap pulak denga ayat tuh...betul la..kenapa kita nak pikir tentang orang yang tak penah pikir pasal kita..tapi soal hati nih..susah betul nak dirungkaikan..walau macam mana kita cuba untuk menahan diri, akan ada sesekali semua kisah terlintas d fikiran..dan kita mula lahh...tau-tau je kua je air mata enhh..

sudah sudahh...mulalah aku nak start balik nih...haaa harry potter dah nak keluar...aku sebagai peminat harry potter (die hard fan nih!) WAJIB tengok...aku tak pernah terlepas setiap episod..siap baca buku dia yang tebal gabak tu sekali (sambil kamus dwibahasa kat sebelah kiri) hehehe ye lah..bahasa omputih nih mana nak paham sangat..cuba kalau buku belajar aku buat macam tu, mesti setiap sem aku tersenarai untuk Anugerah Dekan kannn...


oh ye..jumaat lepas sempat g melawat kak yang yang selamat melahirkan baby girl..comey sangat tapi nama dia panjang benoo...aku ingat nisa je..yang depan tak bape nak ingat..maafkan akak ye dik nisa..gambar dia aku upload kemudian la memandangkan kamera tertinggal nok!

ari sabtu pon aku g lagi ngadap nisa dengan sya & pb..kak yang pon dah bole kua wad & berpantang kat umah mak angkat dia kat tg karang..so before dia balik tg karang, lawat dulu dia kat hospital tu..

malam tu pon,sempat gak g karok dengan budak orang tu dan last sekali lepak kat kunang-kunang sambil layan live band..


oh ye! semalam juga disebabkan kesunyian yang teramat, aku lepak sorang-sorang je makan brownies kat secret sambil baca magazine..sedihnyee!! kalo dulu ada partner, sekarang solo molo je..sekarang tengok movie sorang, makan sorang, shopping sorangg...dahhh tak mo laa nak sedih2..next week nak g ho-ho-holidayy!! yeayyyy




p/s : cuti-cuti cinta...

No comments:

Post a Comment