Saturday, November 27, 2010

sakit hati kerana hatinya disakiti...

hujung-hujung bulan ni dah tade mood nak story pape kat sini..walaupun sebenarnya banyak cerita..tentang holiday kat penang, gambang resort..tapi arini disebabkan seseorang tu telah menyakitkan hati aku yang terdalam sekali, mood ceria tu semua hilang..

kadang-kadang kan aku tak faham betul kenapa jadi macam nih..tau tak main tarik tali? macam lagu elyana tuh..bila aku bagi harapan kau putuskan..bila aku putuskan kau bagi aku harapan semula..

aku bukan nak mendabik dada atau riak tapi sebenarnya aku tak pernah lupa doakan kau setiap kali aku dirikan solat..bila aku mohon kekuatan pada Dia, Dia uji aku supaya aku kuat..ye kadang-kadang aku memang rasa kuat tapi ada seketika akan datang 1 waktu yang mana aku tak mampu nak kuat lagi..apa yang aku boleh buat ialah menangis sambil merayu pada Tuhanku supaya diringankan beban yang aku tanggung..aku pernah terdengar satu ceramah tapi tak ingat kat mana kalau kita memang rasa tak tertanggung lagi, kita boleh je cakap dengan Dia..

ye aku tau kalau difikirkan secara logik masalah aku tak sebesar masalah umat lain..sekurang-kurang aku masih bersyukur tapi orang sekeliling takkan faham..diorang hanya tahu nak membandingkan dengan masalah orang lain..sebab tu aku lebih suka mengadu semua pada Dia..tak aku nafikan, ada juga aku ngadu pada kawan-kawan..ia mampu meredakan rasa yang meledak dalam diri sekurang-kurangnya..aku sangat berterima kasih pada mereka yang selalu mendengar semua keluhan aku, kemarahan aku, kebencian aku, kegembiraan aku...

dan kepada kau yang sentiasa membuat aku menangis, aku tau permintaan aku nih sangat tak bagus tapi aku harap kau takkan senang..disebabkan kau, semua kepercayaan aku terhadap golongan kau sangat tipis..hingga aku sendiri takut nak dekat dengan golongan kau nih...

tapi aku tahu akan ada seorang yang akan tebus balik semua kepercayaan nih walaupun makan bertahun..tapi kau memang macam *am*an* !

sakit hati aku!

No comments:

Post a Comment