Tuesday, October 18, 2011

sorry we're closed

untuk ke sekalian kali nya..
ianya tertutup untuk kamu yang bernama lelaki..
setelah kamu sering melukai aku sesuka hati..
walaupun telah aku kaburkan setiap perbuatan kamu dengan seluruh rasa kasih ku..
masih juga dikhianati dengan terlalu banyak kesakitan..
hingga memohon pada Dia supaya tutupkan pintu hati itu serapat-rapatnya melainkan hanya kepada Dia..

ini jalan ku..
ini takdir yang Dia tulis atas daun kehidupan aku..
setiap rasa itu aku kutip dan telan sikit demi sikit..
sakit dan pedih hati aku, apakah engkau di sana itu faham?

ternyata apa yang aku terbangkan ke pintu langit belum dapat disampaikan..
belum dapat disempurnakan oleh si pemilik semesta..

sedikit ralat..
pasrah bergelumang dengan rela..
air jernih bergelora menunggu masa mengalir deras..
mahu dalam hati mahu di pipi mulus..

puitis kan tetiba? itu apa yang aku tengah rasa..maaf, jiwang karat tapi sekarang hati aku memang sakit sangat..dah pon aku mintak pada Dia untuk dikuncikan hati aku sementara waktu..cuma aku masih berfikir macam mana nak berhadapan hari seterusnya sehingga tarikh itu..

kepada kamu, kenapa kamu terlalu menganiaya hati aku? tahu kah kamu hati aku terluka sangat? tahukah kamu hati aku tak boleh ditukar ganti?faham tak kamu apa azab yang aku lalui untuk hapuskan semua jejak kamu? kamu faham tak?

kepada kamu yang aku kasihi seluruh hati ku, tahu kah kamu perbuatan kamu menyusahkan aku dan seluruh hidup aku serentak?

aku tutup hatiku sehingga satu masa ia dibukakan kembali oleh pemilik hati hakiki Ya Rabb..

abadilah kamu di sana


No comments:

Post a Comment