ye aku rasa terlalu kerap aku menulis sekarang..blog ni dah jadi macam diari aku..semua aku nak tulis..dengan keadaan aku sekarang, lagi la makin kerap aku akan menulis..
aku tadi siang terlelap sambil terpeluk buku jangan bersedih (la takhzan)..dan didatangi mimpi yang aku tak suka dan buat hati aku jadi pedih bila bangun..astagfirullah al azim, syaitan ganggu aku dengan mimpi..
aku mimpi majlis perkahwinan dia yang selama ni aku takutkan..entah kenapa sampai masuk ke dalam mimpi aku..situasi dalam mimpi tu seolah olah sedang berlaku walaupun ada tempoh lagi sebulan..ya Allah maha suci Allah..sakit hati ku tak payah cakap..terasa pedih hingga setiap pelusuk anggota terasa sakitnya..
aku terjaga terus dari lena tengok jam pukul 4.55 petang..kompom syaitan punya keje nak bisik la tu kat aku..nak suruh aku buat keje bukan bukan..terus aku turun masuk toilet amik wuduk dan menghadap Dia..
air mata jangan cakap la, laju je mengalir nak pulak masa mengadu pada Dia tentang mimpi ku itu..aku mengadu pada Dia sakit yang aku rasa, pedih yang aku tanggung..sekarang ni pada Dia aku banyak mengadu sebab aku tau kawan-kawan aku mesti dah tak larat dah nak layan aku..
dekat rumah pulak, mak dengan abah sibuk dengan aktiviti masing-masing..jadi aku selalu sorang-sorang tinggal kat umah..
pada kau, tahu tak hati aku sakit..pedih sangat dengan apa yang kau buat..senangnya kau amek keputusan menikahi orang lain selepas kau bagi harapan pada aku..kenapa kau masih nak dekati aku kalau kau dah nak bernikah..kau suka tengok aku sakit sebab kau ek?
kan aku dah cakap jangan cari aku..kenapa kau masih tanak denga kata? kenapa sakitkan aku lagi? aku tak pernah halang kau menikah..pergilah tapi tolong lah kasihan kan aku..aku kat sini tanggung sakit akibat perbuatan kau..jangan cari aku lagi..pergilah jaga bakal bini kau tu baik baik..ada hati nak suruh aku jadi bestfrnd bini kau..puiiiiii 7 keturunan aku tanak tau..
lagi 5 tahun, aku nak baca balik la entri nih..mesti kelakar..mau kene gelak dengan laki aku time tu..tapi kalau berlaki la..
No comments:
Post a Comment