Sunday, October 23, 2011

Frust dalam bercinta

frust? aku memang tengah frust..lelaki yang aku damba selama ni bakal berkahwin disember ni..sakit, pedih memang aku tengah alami sekarang..dia? mesti tengah membilang hari bahagia..

jujurnya memang awalnya aku rasa macam nak mati..serius! aku terfikir nak makan pil tido banyak banyak supaya aku tak sakit hati nanti..dan dengan harapan dia datang balik..keje aku menangis meratap tahap teruk punya..bagi aku dia lah nyawa aku, dia la dunia akhirat aku..
TOLONG JANGAN JADI BEGITU OK!

aku tau ramai kat luar sana cakap bukan bukan tapi nanti bila korang rasa, korang tau la azab pedihnya rasa itu..selagi tak pernah rasa, jangan nak kutuk lebih lebih okay..aku ada beberapa orang kawan yang pernah melalui azab tersebut..azab ape? hari di mana lelaki korang cintai tu menikah dengan perempuan lain..kebanyakan diorang beritau aku diorang menangis teruk pada tarikh itu, duduk bilik, tak makan, tak keluar, murung..ya Allah sekarang aku bakal tempuh apa yang dilalui kawan-kawan aku tu..sekarang betapa aku mengerti sangat rasa sakit itu..aku tak pernah terjangka aku akan jadi salah seorang yang akan melalui semua ini..pedih sangat..tak terbayang..sungguh aku tanak jadi macam tu! aku ada sebulan lebih untuk kuatkan hati dan pulihkan semangat aku..walaupun aku seperti boleh agak yang aku akan menangis teruk pada tarikh itu tapi entah la..tak tau nak cakap..

aku baca satu artikel nih frust dalam bercinta 
sedikit sebanyak buat hati aku sedikit reda..kenapa? sebab baru aku sedar kenapa aku jadi separuh nak mati bila jadi macam ni..sebabnya?

BILA KITA MELETAKKAN CINTA NO 1 BUKAN ALLAH

maka begitu la aku jadi..sakit, pedih macam nak mati tu..konon aku fikir baik Tuhan amek je nyawa aku kan (BERDOSA BESAR!) tapi bila fikir balik come on la Tuhan tu akan balas..jangan lah risau..bila kita menyakiti orang, Allah tu tau..kalau bukan sekarang, kau tunggu lah balasan kemudian hari..

kesilapan aku bila aku terlalu mendambakan dia bukan nya ALLAH..sebab tu bila dia pergi, aku rasa frust sangat sangat..sedangkan ALLAH sentiasa setia di sisi tak pernah pergi tinggalkan kita..aku ni antara manusia yang terkadang bongok jugak sebab tak pernah nampak apa yang Tuhan tunjuk kat aku..tipu lah kalau aku tak ada rasa dendam..ada, aku berdendam dengan dia tapi apa aku dapat? sakit hati ada la..

kat sini aku kongsikan sedikit doa yang aku jumpa kat blog ni 

      
aku rasa nampak la jugak kot kan..aku pun amalkan baca ni sambil buat camtu la..setiap pagi dan petang aku baca surah al fatihah 3 kali untuk diri aku sendiri..sebab surah al fatihah ni bagus untuk mengubati penyakit..sedih pon sejenis penyakit kan..

pastu aku tak denga dah lagu lagu nih sebaliknya dalam keta aku pasang cd orang mengaji..tak pun surah yasin, nyaman sikit rasa..kalau aku pasang hot fm atau era, diorang suka bukak lagu lagu yang buat aku kompom nangis punya..buat hati aku lagi pedih ada la..

1 comment:

  1. Sedang mengalami perasaan yg sama.... ='(

    ReplyDelete