Kali ni bercuti express lagi..takde plan langsung..cuma main hentam aje nak pergi bercuti 3 orang..
Aku, rosha dan kak nor..
Rosha dan kak nor ni bekas rakan sekerja..dulu aku selalu bergilir gilir pegi court dengan kak nor..rosha pula kalau dalam kelas kursus perundangan kpkt dulu memang kitorang jadi satu group dari tahun 2009 sampai la aku nak keluar dari kpkt..
Masa kursus pendakwaan dan kepeguaman efektif pun aku satu group dengan dia dan dua dua pula tak pernah buka kertas siasatan jadi group kami antara group yang sangat diberi perhatian oleh tuan tengku dan tuan yusaini..okay, lari tajuk kejap.
Sabtu lepas memang dah plan untuk pergi bercuti ke melaka dan kononnya nak naik johor terus..dan selamba nya kitorang tak book apa apa hotel pun..bajet bagus kan?
Sampai kat melaka, terus jalan jalan cari makan sampai la terasa penat baru nak cari hotel..haa masa ni la hazab rasanya..4 jam hokeh cari hotel..semua hotel full!
Usah kata kat bandar melaka, sampai ke ayer keroh nun full..klebang pun full..area pantai semua full..sudahnya kami duduk kat jusco melaka sambil makan sambil surf internet tergelak gelak sebab tak dapat hotel..kak nor suggest kalau tak jumpa hotel, balik kl jugak malam tu..tapi aku seboleh boleh nak jugak hotel sebab malu ah boh kalau aku balik umah nanti mak aku gelakkan aku..keluar umah beriya pepagi bawak beg macam tanak balik..sampai hotel kat jb nun kitorang call tapi semua full okeh..baik 2 star sampai 5 star hotel la full..
Siap ada kawan kawan dok sms bagi suggestion nak stay mana tapi hotel diorang suggest tu semua full..sampai la aku dapat mesej dari kawan aku, dia offer duduk umah dia kat area sg udang sebab rumah tu takde sapa duduk..Eddah, aku sayang ko edd ;)))
Malam tu terus jumpa dia kat umah dia area tanjung minyak, salam cium pipi dengan mak dia kakak dia terus amek kunci umah dia..rasa senang hati sikit dah masa tu sebab tak payah balik kolumpo hik
Dan aktiviti diteruskan, malam tu pergi lepak kat jonker street dan malam dihabiskan dengan melepak di klebang..indah! Sampai ipad ambe terjatuh kat jalan raya..mata dah ngantuk tapi degil nak jalan jugak..
Esoknya sambung berjalan lagi..cari asam pedas, shopping tak hengat dunia dan gosip sampai letih mulut..cuma xdapat nak bercuti lama lama sebab kak nor kena pergi penang ada court case jadi kena balik awal sebab dia nak travel lagi ni ..kalau tak, lagi panjang langkah kaki nak merayap..
Moral of the story, lain kali rancang percutian terutama di musim cuti sekolah..
No comments:
Post a Comment