Friday, November 16, 2012

Testing testing ;)

Minggu lepas aku sekadar cuba cuba aje untuk memakai niqab sebab aku nak tahu perasaan memakai niqab..

Ternyata perasaan itu sukar aku nak gambarkan..tapi betul la dugaan itu ada disebalik berniqab..tapi terus terang aku rasa SELAMAT dengan berniqab..

Dan rasa lebih dihormati apabila mengenakan niqab pada wajah..
Baru sekarang aku faham indahnya berniqab..
Baru tiga kali aku mencuba tapi rasa seronok untuk teruskan..
Tapi aku berniqab itu pun curi curi..tanpa pengetahuan ahli keluarga..hanya orang terdekat sahaja..sebab tanak buat mak abah aku terkejut sangat..

Lagipun, aku sekadar cuba cuba je, mana tahu nanti jadi serius ;)


Monday, November 12, 2012

senyap.sunyi.sepi

dah lama tak menaip kat belog..dah lama tak kongsi cerita kat sini..belog ni ibarat diari..kadang kadang bila tak terasa nak bercakap dengan sesiapa, belog adalah medium ke dua selepas Allah untuk bercerita..

sejak akhir akhir ni, hati sangat terpaut nak mendekati agama sendiri..ISLAM..

mula mencari kelas mengaji, kelas fardu ain..
mula mendekati para ustaz, ustazah..
entah kenapa rasa macam hidup ni sekejap..terlalu banyak aku bazirkan untuk perkara lagha dulu..menyesalnya aku..

sikit demi sikit, aku delete gamba gamba aku dulu yang dedah aurat..
termasuk dalam belog ni, banyak aku kena delete..

kadang tu terfikir macam mana kalau aku mati..
siapa yang akan berterusan doakan aku?
siapa yang akan selamatkan aku dari azab?
apa yang akan datang kepadaku untuk lindungi aku dari diazab?

kalian, pernah ke terfikir?
hurmmmm...