Monday, February 4, 2013

ayat suci

entri kali ni pasal ayat suci..pagi ni aku duduk singgah kat tempat kawan ofis sementara nak tunggu pegawai ni..

sambil tu aku tegur, ayat apa dia pasang..sebab aku terus jadi mengantuk amat amat padahal pagi tadi aku segar bugar je..bila dia cakap ayat rukyah, mata aku terus jadi layu..nguap?takyah cakap berpuluh kali..

bahu kiri sampai pangkal lengan rasa bisa lenguh semacam..kepala jadi sakit..

kenapa ek..

terus duduk tempat aku dan terlelap beberapa minit..tapi keje aku banyak..tapi aku ngantuk sangat + tangan kiri rasa bisa sangat..

zzzzz

mak, adik nak balik..tido~

Saturday, February 2, 2013

cita cita dan cinta

permulaan februari yang mengujakan..cewah ayat!

dulu kala kan, aku penah pasang impian untuk ada butik sendiri, design sendiri, brand sendiri..dari sekolah kot berangan! sampaikan aku interview dengan aeon company untuk jawatan exec kat situ diorang ada tanya apa impian aku lagi 5 tahun (soklan biasa bagi company company aku rasa), aku dengan bangganya jawab aku nak ada butik sendiri..siap berdebat la dengan manager dia masa tu pasal butik, last last aku blah dari sesi interview tu sebab aku rasa manager tu poyo terlalu merendahkan impian pempuan macam aku..

ok tutup cerita tu..kita nak cerita happy lappy jer..

rabu lepas aku pergi jumpa kawan baik aku di putrajaya..kitorang berjemaah maghrib sama sama dan mengaji sekejap kat sejid besi tu dan tercetus lah untuk laksanakan cita cita tersebut..alhamdullillah Allah permudahkan segalanya..

setelah berhempas pulas curah idea, design bagai akhirnya tercipta lah Love.adorable.Boutique atau nama singkatnya LaB
wink wink!

dan syukur juga aku punya satu kelebihan iaitu suka involve dalam event event dan suka bercampur gaul dengan ramai online business dan offline business maka sikit sebanyak membantu juga la dalam merealisasi impian aku dan kawan aku ni..

aku contact mereka mereka yang dah lama dalam industri fesyen untuk minta pendapat, minta ilmu dan semua tak kedekut ilmu langsung! yippie yay yippie yo!

LaB ni aku lebih suka fokuskan kepada penjenamaan shawl dan akan datang insyaAllah busana muslimah yang up to date tapi still berlandaskan islam, insyaAllah..

sekarang masih dalam proses pemilihan kaler untuk LaB dan juga untuk siapkan kad bisnes, flyers dan macam macam lagi nak siapkan..dan syukur juga sebab ramai kawan kawan yang support LaB ni..

dan yang paling penting LaB pun dah mula ada job iaitu design shawl untuk beberapa orang ni bagi tujuan event memasing dan ada juga untuk photoshoot..

seluruh kecintaan aku tercurah di LaB la nampaknya selepas ni..

kepada kawan kawan di sini, nanti sokong la LaB ya..memandangkan kami masih newbie, memang sangat sangat la memerlukan sokongan dan dokongan dari kalian di luar sana..moga impian kami, cita cita kami dan mesej kami tersampai melalui LaB ni..










dan untuk seseorang yang dah takde di sisi aku selama beberapa tahun


i miss you..i really do ='(