Monday, August 19, 2013

doa itu senjata paling kuat

Doa itu senjata orang mukmin.

selalu dengar kan? dan aku akui kebenaran nya..

saban hari kalo perasan la sebenarnya apa yang didoakan menjadi kenyataan tapi kita sahaja yang selalu tak perasan.

tak percaya?

korang boleh recall balik apa yang korang selalu minta dalam doa dan apa yang jadi sekarang..

ayat 60, Ghafir
"Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan"

aku memang pegang ayat tu..

ramai kawan kawan aku cakap kita takkan dapat apa yang kita nak tapi aku selalu sangkal..sangkal pun dalam diam je la..hihihi

sebab aku percaya kita akan dapat apa yang kita nak, apa yang kita doakan selagi kita solat dan sabar.

macam dulu aku selalu doa supaya aku sentiasa kuat dan tabah.

hasilnya? Allah kirimkan macam macam jenis ujian untuk aku yang sampai aku boleh jatuh teruk la..semua tu untuk apa?untuk aku jadi kuat..

Allah kirimkan orang orang bermasalah pada aku apabila aku minta jalan keluar daripada masalah aku sendiri..di situ aku mula nampak apa yang aku tolong orang orang tu sebenarnya jalan keluar untuk aku juga..

yang paling penting, aku pernah juga minta duit dengan Allah..dan tak pernah gagal, Allah bagi walau tak banyak tapi duit sentiasa ada..

kalau korang check balik sebenarnya Allah tu kabul je doa kita tapi kita sendiri tak perasan..

macam dulu aku selalu doa nak jumpa balik dengan dia yang aku kasihi dunia akhirat..Allah ambil dia jauh dari aku dan sekarang Allah pulangkan semula dia ke sisi aku..dan yang bestnya dia bukan lagi yang dulu..banyak perubahan positif walaupun hidup dia penuh juga dugaan berat tapi alhamdullillah doa ku didengar!

aku tak tau aku ada ke silent reader sebab aku selalu tulis pun merepek tapi aku nak bagitau korang yang jangan berhenti berdoa..doa korang mungkin tak kabul sekarang (kalau sekarang, tahniah la sebab laju sampai) mungkin makan tahun untuk dikabulkan tapi tetap terkabul..

cuma ada seketika tu mungkin betul betul tak dikabulkan sebab Allah nak uji kita tapi 5 tahun akan datang dikabulkan..mana tahu kan?

1 comment: