as salam..lama tak menaip..busy..
malam ni ada ruang dan waktu nak taip sebab malam ni terasa sayu luar dari biasa..
banyak sangat perkara terjadi sepanjang ramadhan ni..bila fikir sebenarnya luar dari kemampuan ku untuk harung tapi alhamdullillah berjaya..
baru baru ni dalam bulan puasa, ada seorang rakan 'lama' call..dia terkejut perubahan aku..itu pun sebab dia dah lama tak online fb..itu pun dia dapat tahu melalui kawan lama atau dulu dulu aku panggil dia "criminal partner" yang cerita pada dia yang aku dah berubah..
dah lama sebenarnya aku tak hubungi diorang..bukan taknak hubungi, cuma bila kita nak berubah jadi lebih baik, kita elak seketika dari kawan kawan lama..tu ustaz azhar ajar aku..tapi jangan buang terus..
baru baru ni juga aku ada pergi ke uia untuk program dengan farah lee (wife ally iskandar) dan rina salleh dan diane (kawan baru dari kanada)..latar belakang kami sama..gadis nakal yang akhirnya dipilih Allah untuk menjadi lebih baik..lari topik jappp...kat sini aku nak bagitau yang kami juga sependapat jika kita nak berubah kita perlu elak seketika dari kawan kawan kita yang lagho..bukan buang mereka, cuma jauhkan diri sekejap sahaja...
itu lah yang aku buat dan alhamdullillah Allah juga kirimkan orang yang baik baik bersamaku..
berbalik kepada kawan lama aku tu tadi..ngam ngam selepas solat zohor dia hubungi aku sambil suara yang lantang..soalan pertama " kau kenapa, dah nak mati ke buang tebiat pakai macam tu.."
yang seterusnya....aku sendiri tak sanggup nak taip..sungguh masa tu aku dalam hati doa banyak banyak moga aku tak kecil hati walaupun nak nangis sebenarnya..
semua kisah silam , sejarah gelap diungkit..tidak ada yang tertinggal..
pelbagai tuduhan dilemparkan hanya kerana aku mula BERNIQAB..
rupanya ada yang tak boleh terima penghijrahan aku ni..
bila aku kira balik , adalah dalam 3 tahun aku tak hubungi diorang..tak jumpa..
dalam tempoh tiga tahun tu la aku amek inisiatif berubah perlahan lahan..
malah ada juga beberapa orang di sekelilingku juga masih mempersoalkan tindakan hijrah aku termasuk saudara mara tak kurang mengejek..
demi Allah, aku berusaha untuk tak kecil hati dan lupakan..tapi terkesan juga..yelah aku kan manusia biasa..
kat sini aku nak tekankan, pada kawan kawan atau silent reader, tolong lah berhenti mengingatkan kisah gelap kawan yang lain tika dia berusaha untuk berubah sebab untuk padam semua tu bukan senang bagi dia..
walaupun aku berhijrah ke arah lebih baik, masih jua aku dihantui dosa dosa gelap lalu..apetah lagi bila ada yang membukanya semula ibarat melumpuhkan sistem imun badan ku semua..nak pulihkan bukan senang =(
jangan pernah ingatkan dia tentang dosa lalu..Allah maha pengampun kan..Allah ampunkan semua dosa dosa kita semua..
dan bila kawan kita berubah lebih baik jangan hentam dia..sokong lah dia walaupun mungkin kita sendiri belum bersedia untuk berhijrah..
kepada kawan lama aku, satu hari nanti aku harap engkau faham niat aku..bukan aku nak sorok wajah sebab aku x cantik pun, aku x cucuk apa pun kat muka..bukan nak ikut ajaran sesat, jauh sekali..bukan sebab nak tayang mata cantik..bukan..
aku sentiasa berusaha untuk elak abah dan abang aku terjatuh kat sana nanti..itu aje..
cukuplah dosa besar lalu aku buat..tolong jangan ungkit sebab ia menyakiti aku =((
No comments:
Post a Comment