Wednesday, October 16, 2013

Apa lagi?

Lama tak menulis sejak aktif berbisnes ni..tajuk pun tah hapa hape..apa lagi?

apa lagi? ini merujuk kepada kemahuanku..apa lagi yang ku inginkan sedang Allah telah kabulkan doa ku satu persatu sejak dari dulu..

Jadi atas sebab apa aku masih lagi mengingkari perintahNya?

dulu, Dia uji aku..Dia tarik sikit sikit nikmat yang aku kecapi hingga aku rasa dunia ni dalam tangan ku dan bertuhankan nafsu..

jatuh memang tak payah cakap lah..hingga tiada siapa di sisi waktu itu..tiada siapa boleh aku pautkan beban aku tanggung..hingga aku pernah salahkan Dia kerana menghukum aku..mujur tak kena tampor dengan eja masa tu sebab geram dengan aku..

sehingga satu saat aku faham sendiri..sampai la sekarang aku dah semakin faham..dan Allah pulangkan satu per satu kepada ku..

Allah ;'''''''(

maafkan aku Allah...

apa yang Kau berikan hanyalah untuk kebaikan ku..untuk menyelamatkan ku..dengan kasih sayang Mu yang aku tak faham untuk membacanya..

Kau kabulkan permintaan ku.. 

Tapi aku belajar untuk tidak terlalu selesa sebab aku tahu kesenangan dan kebahagiaan juga adalah sejenis dugaan..

dan

aku dan shairazi lebih baik daripada dulu..

sangat baik..

terima kasih sebab pisahkan kami..Kau buat kami belajar kesilapan lalu dan berubah menjadi orang yang lebih baik dari dulu..

dan terima kasih kerana Kau juga temukan kami semula dan membuatkan kami saling menghargai..

Yang paling penting, kami saling mendalami agamaMu ya Allah..

perubahan dia, penghijrahan dia..terima kasih ya Allah..

Kalau kami tetap tak bersatu, moga Allah tolong jagakan dia untukku..

dan moga kami tetap bersahabat hingga jannah

Allahurabbi ='')

1 comment:

  1. عروض شهر الصوم اتصل الان لتنال افضل العروض التى لن تقبل المنافسة مع شركة بيرم اقوى عروض موسم الصيف وشهر رمضان الكريم اتصل بنا لتجد افضل اسعار الشحن البري لمصر وخصومات هائلة لعملائنا السابقين وخصومات كبيرة لعملائنا الجدد فقط اتصل بنا الان فنحن افضل شركات الشحن في السعودية ممكنن الاستعانة بها فى مجال الشحن البري في السعودية .
    شركة شحن لمصر :
    فى حال لديك قطع اثاث تريد توصيلها من الرياض لمصر او العكس من مصر للرياض نحن نقدم لك هذه الخدمة بشكل إحترافى وبأسعار تنافسية ونقوم بجميع المراحل بدءا من التغليف وإستخدام أفضل الاشرطة اللاصقة لضمان عدم ضياع أى من السلع مرورا بالنقل حتى توصيل شركات الشحن في الرياض الى العنوان الذى تريد بالتحديدد هذا لاننا افضل شحن من السعودية الى مصر .

    لمزيد من المعلومات يرجى زيارة :

    https://beerm-ksa.com/%D8%B4%D8%B1%D9%83%D8%A9-%D8%B4%D8%AD%D9%86-%D8%A8%D8%B1%D9%89-%D9%84%D9%85%D8%B5%D8%B1/

    ReplyDelete