Friday, July 29, 2011

saya kata kajang, mak kata shah alam

lily : mak, nanti orang pindah kajang tau

mak : kajang? jauhnya..

lily : tapi dekat dengan putrajaya..

mak : dah check ke kawasan tu..tak payahlah situ..situ sunyi..

lily : situ tak sunyi, orang pilih kawasan pagar..ada guard..

mak : shah alam?

lily : kajang lagi dekat..

mak : duduk lah shah alam..sekurang-kurang nya mak tau area situ..kak lela ada, didosh ada bla bla bla......

lily : (diam serba salah..dah explain tapi dia macam merajuk pula.hurmm)


tersepit betul bila mak betul-betul bantah untuk duduk kat kajang..

Wednesday, July 27, 2011

datang dan pergi.

dalam hidup ni, tak kan ada pernah yang kekal..
yang datang mesti pergi..
segala perasaan tak terungkap dengan kata..
Tuhan je yang maha mengerti..
tapi kita sebagai manusia nih selalu berfikiran yang ianya akan kekal seolah-olah takkan berpisah langsung dan fikiran yang semacam itu yang membuatkan kita sakit bila ianya pergi dari kita..

kawan adalah antara perkara yang datang dan pergi..sekarang dia datang sebagai kawan paling rapat, tapi percayalah satu hari dia akan pergi..
pernah ada seseorang berkata "kawan yang baik mesti takkan kekal lama punya." BENAR..sangat menyokong kenyataan itu..bukan takkan kekal lama dari segi persahabatan..sebagai contoh, ada kawan kelas baru yang baik sangat dari segi budi bahasa, adab sopan dan banyak la..lepas tu mesti dia berpindah ke sekolah lain setahun lepas tu..tu la maksudnya takkan kekal lama..

kebenaran tentang itu memang diakui sejak dari bangku sekolah sehingga sekarang..ataupun cuba kita perhatikan sekeliling kita, kawan yang baik atau bos yang baik atau cikgu yang baik mesti cepat je dia ditukarkan atau berpindah..tinggallah yang jahat-jahat,busuk hati tapi tak semua..majoriti..

walau bagaimanapun, ianya boleh kita jadikan sebagai persediaan sebenarnya untuk menghadapi sesuatu yang lebih mencabar serta uji kesabaran kita..

sebagai contoh, aku kehilangan kawan baik..sedih?sayu? semua ada dalam diri..tu baru kawan, kalau mak?ayah? lagi laaa...

bila difikirkan semula, sebab tu Allah buat dugaan yang macam ni, kawan datang kawan pergi..cinta datang cinta pergi..kerana Allah nak kita kuat, lebih kuat untuk menghadapi suatu kehilangan yang lagi dasyat..
 

ofis baru!

memperkenalkannnnnn
OPIS BARU SAYA


tu je nak tunjuk..
sekian..terima kasih

Tuesday, July 26, 2011

dia nak mai dahhhh

siapa dia yang nak mai tu? siapa??
RAMADHAN AL MUBARAK laa..siapa lagi..
alhamdullillah setelah setahun berlalu, harapnya masih lagi aku sempat bertemu ramadhan tahun ni..setiap kali ramadhan, memang rasa sangat teruja berbanding bulan lain..bila ramadhan habis, mula la hati rasa sayu je sampai bergilir-gilir air mata ni keluar...

alhamdullillah juga masih lagi diri ni dilimpahkan kurniaNya yang tak terhingga sempena ramadhan..
tahun ni nekad nak tunaikan terawih habis-habisan jika diizinkanNya..tipu la kalau takde 'cuti umum' 7 hari kann..tapi selebihnya aku berazam, tak mau ketinggalan terawih walaupun opis aku akan sibuk berpindah bulan puasa nih..apa??? bulan puasa?? aah memang sengal orang yang pegi buat jadual perpindahan nih..ada ke bulan puasa suruh angkat-angkat barang semua??? tapi yang aku tau, sharp je time terawih aku nak pegi masjid ye..memang gasak la barang semua aku letak tepi jek masa tersebut..

dan paling pelik nya..
aku langsung tak teringat nak tempah BAJU RAYA...
hua hua huaaaaaa
kebetulan ada baju kerja aku kat zila tengah nak jahit, terpaksa lah pakai tu untuk raya terus..jadiklah daripada tak ada..

selamat datang RAMADHAN..
tak sabar nak bertemu kamu kembali..
^_^

Monday, July 11, 2011

habis sudah..

kursus induksi umum dah pun tamat..
exam pun dah selesai..
rasa sedih sket bila nak berpisah dengan kawan-kawan..
sebab seminggu kot kami bersama..
selamat tinggal residence inn..
selamat kembali ke kuala lumpur..
kumpulan 7 (sumi, rathina, sirana, minmin, ida, lily, ong, khairul & azhar)
presentation : aku yg tengah2 tu bertudung oren..amekkk

malas nya mau masuk kerja..
boleh tak buat-buat lupa jalan pergi opis esok?

Sunday, July 3, 2011

cherating...lagi!

selamat datang ke cherating....sekali lagi...haha
kali ni duduk dekat residence inn cherating pula..hmm okay la tapi ceruk dalam sikit..
saya masih suka lagi impiana resort, tempat kitorang pergi tahun lepas..

makanya saya akan berkursus di sini selama seminggu okeh..sobb sobbb..
baru datang sehari dah rasa nak balik..
tapi demi pengesahan jawatan, gigih jugak lah datang sini..

dapat bilik yang menghadap pool..pool dia cantik..nasib baik cantik..ok la puas hati..
malam ni start la kelas..


harap-harap semua nya berjalan lancar..
^_^