dalam hidup ni, tak kan ada pernah yang kekal..
yang datang mesti pergi..
segala perasaan tak terungkap dengan kata..
Tuhan je yang maha mengerti..
tapi kita sebagai manusia nih selalu berfikiran yang ianya akan kekal seolah-olah takkan berpisah langsung dan fikiran yang semacam itu yang membuatkan kita sakit bila ianya pergi dari kita..
kawan adalah antara perkara yang datang dan pergi..sekarang dia datang sebagai kawan paling rapat, tapi percayalah satu hari dia akan pergi..
pernah ada seseorang berkata "kawan yang baik mesti takkan kekal lama punya." BENAR..sangat menyokong kenyataan itu..bukan takkan kekal lama dari segi persahabatan..sebagai contoh, ada kawan kelas baru yang baik sangat dari segi budi bahasa, adab sopan dan banyak la..lepas tu mesti dia berpindah ke sekolah lain setahun lepas tu..tu la maksudnya takkan kekal lama..
kebenaran tentang itu memang diakui sejak dari bangku sekolah sehingga sekarang..ataupun cuba kita perhatikan sekeliling kita, kawan yang baik atau bos yang baik atau cikgu yang baik mesti cepat je dia ditukarkan atau berpindah..tinggallah yang jahat-jahat,busuk hati tapi tak semua..majoriti..
walau bagaimanapun, ianya boleh kita jadikan sebagai persediaan sebenarnya untuk menghadapi sesuatu yang lebih mencabar serta uji kesabaran kita..
sebagai contoh, aku kehilangan kawan baik..sedih?sayu? semua ada dalam diri..tu baru kawan, kalau mak?ayah? lagi laaa...
bila difikirkan semula, sebab tu Allah buat dugaan yang macam ni, kawan datang kawan pergi..cinta datang cinta pergi..kerana Allah nak kita kuat, lebih kuat untuk menghadapi suatu kehilangan yang lagi dasyat..
No comments:
Post a Comment