Tuesday, July 26, 2011

dia nak mai dahhhh

siapa dia yang nak mai tu? siapa??
RAMADHAN AL MUBARAK laa..siapa lagi..
alhamdullillah setelah setahun berlalu, harapnya masih lagi aku sempat bertemu ramadhan tahun ni..setiap kali ramadhan, memang rasa sangat teruja berbanding bulan lain..bila ramadhan habis, mula la hati rasa sayu je sampai bergilir-gilir air mata ni keluar...

alhamdullillah juga masih lagi diri ni dilimpahkan kurniaNya yang tak terhingga sempena ramadhan..
tahun ni nekad nak tunaikan terawih habis-habisan jika diizinkanNya..tipu la kalau takde 'cuti umum' 7 hari kann..tapi selebihnya aku berazam, tak mau ketinggalan terawih walaupun opis aku akan sibuk berpindah bulan puasa nih..apa??? bulan puasa?? aah memang sengal orang yang pegi buat jadual perpindahan nih..ada ke bulan puasa suruh angkat-angkat barang semua??? tapi yang aku tau, sharp je time terawih aku nak pegi masjid ye..memang gasak la barang semua aku letak tepi jek masa tersebut..

dan paling pelik nya..
aku langsung tak teringat nak tempah BAJU RAYA...
hua hua huaaaaaa
kebetulan ada baju kerja aku kat zila tengah nak jahit, terpaksa lah pakai tu untuk raya terus..jadiklah daripada tak ada..

selamat datang RAMADHAN..
tak sabar nak bertemu kamu kembali..
^_^

No comments:

Post a Comment