Friday, January 18, 2013

semalam

semalam pergi amek kek kat area denai alam..rainbow push cake..tapi aku bukan nak story pasal kek sangat..

aku nak cerita pasal dia..
suku malam aku habis dengan kawan yang teman aku pegi amek kek, pegi hantar barang..
banyak topik terkupas dan rahsia pun sikit sebanyak terungkap..
tapi bukan nak cerita pasal topik atau rahsia atau kawan aku tu..

tetap bercerita pasal dia..
entah kenapa la malam tadi sepanjang jalan aku ingat dia..
maybe sebab masuk shah alam kot..
atau kelana jaya?

dia suka kek..
dan aku dulu pembuat kek tegar untuk dia..
semua kek dia nak, aku buat..
siap beli perkakas semua lengkap..
tapi itu dulu..

sekarang semua tu terbiar..
oven pun dah bersarang..
peralatan semua dah berbungkus plastik hitam..
bahan bahan kek? lagi lah..dah berkurun peram sudahnya ke tong sampah..

balik dari hantar kawan, sepanjang drive sensorang lagi kuat hati aku, otak aku menerawang ingat kat dia..tengok langit je la mampu..kadang tu tertanya juga ini karma untuk aku ke Tuhan sebab aku terlalu banyak melukakan hati orang, bongkak dan hina orang dulu sebelum jumpa dia..dan segala yang terbongkak, terhina tu seolah olah jirus muka aku balik..

dan aku cuma anggap ini adalah harga yang aku kena bayar untuk dosa dosa aku yang lalu yang aku sendiri tak pasti samada aku mampu untuk maafkan diri aku atau tak atas kesalahan tu..sakit tapi ni lah yang aku terpaksa tanggung..

dan aku tak tahu la sampai bila hati aku ni nak degil macam ni..sampai mati kot

 

Wednesday, January 16, 2013

Im not angry..im sad

I'm not angry because we broke up,
I'm sad because I can't let you go..
I'm not angry at you for not loving me,..
I'm angry with me for still loving you..
I'm not angry that I lost you,..
I'm sad because I once had you..
I'm not angry that I can't have you,
I'm sad because I know what I'm missing..
I'm not angry that you've moved on,
I'm sad because I can't..
I'm not angry that you won't come back,
I'm sad because I keep hoping you will..
I'm not angry because I hate you and don't
want to,..
I'm sad because I miss you and I love you...♥♥


Monday, January 14, 2013

Mana dia?

Mana dia yang aku cari yang bisa buat aku tunduk?
Masih belum jumpa yang bisa buat aku mengikut..

Biar beribu hadir tapi takde yang boleh buat aku yakin..
Dah ter set dalam otak semua penipu..
Semua tak berkualiti..
Semua tak boleh dipercayai..

Semua rasa percaya tu dah hilang..
Dan takde lagi yang boleh kembalikan rasa percaya tu semula..

Kadang tu terpikir lebih baik sendiri dari berdua..
Lebih baik mengundur dari terjebak..
Lebih baik blahh sebelum terjatuh..

Tapi macam mana nak dapat 27 kali ganda pahala kalau aku berterusan macam ni..
Aku pandai bagi kata positif kat orang tapi diri sendiri..fail!

Wujud ke tak ek?

Tuesday, January 8, 2013

happy birthday to me =)

happy birthday to me 
happy birthday to me
happy birthday to me..lily wahab
happy birthday to me! =)

genaplah umur aku 29 tahun arini..
kalau orang lain akan celebrate dengan orang yang mereka kasihi..
ibu bapa, suami, bf mungkin..
aku pun celebrate juga dengan yang aku kasihi..
Dia..yang mencipta aku..

tepat jam 3 pagi, aku bangun hanya untuk berkhalwat dengan Dia berdua..
aku mulai dengan sunat taubat ku..
tahajud ku..istikharahku dan sepatutnya berakhir dengan witir..
kalau lah aku mampu terjemahkan perasaan aku masa pagi tadi..ianya lebih bahagia berbanding berdua an dengan kekasih hati..

setiap sujud, aku lafazkan kebesaran Dia di samping janji untuk setia denganNya..
setiap perkataan yang keluar dari bibir ikhlas dari hati hanya untuk raih kasihNya..

aku berbicara dengan Dia seolah olah Dia di hadapan aku..
betapa aku berterima kasih pada Dia sebab masih menunggu aku kembali kepada Dia setelah 26 tahun aku ingkari Dia..er tolak masa kecik belum akil baligh tinggal la 15 tahun..

berterima kasih ku pada Dia kerana masih menjaga aku walaupon aku pernah menyimpang jauh dari Dia..
berterima kasih pada Dia kerana masih murahkan rezeki walaupon aku selalu ingkar kepada Nya..
berterima kasih pada Dia kerana masih mengizinkan aku bernafas menggunakan udaraNya walaupon aku suka merungut terhadap ujianNya..
berterima kasih pada Dia kerana kirimkan aku orang orang yang baik sejak akhir akhir ini..

apa lagi yang aku nak rungutkan..
apa lagi yang aku nak rengekkan..
Dia terlalu baik..

dan sungguh sungguh aku rasa sangat bersyukur sebab semua ni aku lalui sebelum umur ku 30 tahun..
terima kasih ya Rabb, sedarkan aku di usia muda..
terima kasih atas pengajaran yang Kau kirimkan melalui orang orang sekeliling ku..
pelajaran paling berharga bagi aku =)

dan sebenarnya..

dalam ramai ramai tu, aku tunggu kamu..

masih tunggu kamu yang dah jauh tah mana mana..

tapi tak pernah jauh pun dari hati aku..walaupun dah beribu kilometer kita terpisah..

beribu orang silih berganti..hati ni still untuk kamu..

moga berjumpa di sana..


* rindu **