Monday, December 13, 2010

saja suka suka..

lama nya tak menaip ^_^  gara-gara kerja semakin bertambah..bertambah ke??? berat badan aku yang makin bertambah ada laaa...

bulan nih genaplah SETAHUN saya menutup aurat rambut dengan HIJAB..alhamdullillah~ semuanya bermula masa mak balik dari haji tahun lepas..mungkin berkat doa beliau, sebelum beliau pulang ke Malaysia dah tergerak hati sangat2 nak kekal bertudung..masa jemput dia kat klia tahun lepas mak agak terkesima tengok aku bertudung..kalau sebelum ni memang mak selalu bising,bila nak pakai tudung tapi aku selalu buat dek aje..

dan sekarang ni pula aku dah mula start pakai baju labuh..waaa aku agak perasan perubahan aku ni..tah kenapa sekarang nih aku lebih suka baju yang melepasi paras punggung pulakk..bagi aku tak semestinya tak bole bergaya kan..banyak je fesyen cun-cun yang lepas paras punggung..pastu pakai je la inner kan..aku harap Tuhan kekalkan aku begini dan buat aku jadi perempuan yang lebih baik pada masa akan datang..

tapi...aku masih lagi tunggu saat hati ni terbuka untuk menerima seseorang kat luar sana..pada kamu, aku minta maaf bila mana aku masih lagi sayangkan kamu..aku minta maaf sebab aku masih lagi perhatikan kamu walaupun dari jauh..

oh ye! sekarang ni aku tengah baca buku Jangan Bersedih dari Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni...hee pada asalnya aku pergi popular kat wangsa walk tu untuk cari novel baru, sekali bilan terpandang kat buku ni rasa tertarik pula..sesuai dengan aku untuk mengubati rasa sedih..dan paling penting boleh membuatkan aku hapuskan rasa sedih dalam diri...buku ni memang sangat bagus..menceritakan tentang kebesaran Sang Pencipta, tentang keagunganNya yang tiada tolok bandingan...diselitkan juga beberapa doa yang bagus dalam buku nih..tak aku nafikan aku memang berpandukan buku ni untuk memadamkan segala kesedihan, gundah atau seangkatan dengannya laa...memang bagus..kalau ada sesiapa yang baca blog nih, yang tengah sedih gundah gulana disarankan baca la buku nih...selain mendekatkan diri kita pada Tuhan kita, ia juga mengajar kita untuk menghargai HARI ini..bukan semalam, bukan esok..tapi HARI INI ye anak-anak ^_^


hmmm sekarang ni dah dapat hobi baru iaitu membaca..seronok membaca nih..kenapa la tak dari dulu lagi aku suka membaca..kalau tak mesti aku antara calon pelajar anugerah naib canselor hehehehe

No comments:

Post a Comment