Friday, December 24, 2010

p e r a s a a n

kalau bercerita tentang perasaan, ada banyak jenis kan..marah, rindu, sayang, benci, cinta dan banyak lagi lah...kalau benci, muka orang tu pon kita tanak tengok..usah kata muka, nama pon alergi nak denga..kann...tapi kalau sayang, bukan main lagi..hari-hari tengok pon tak puas....ada juga yang cuma suka kita dari jauh aje..contohnya A dan B ni berkawan..tapi A sayang kat B tapi dia hanya mampu tengok dari jauh aje...erti kata lain, cinta terpendam la nih...

tapi lagi pilu kalau, A ada kekasih hati dan B ni hanya boleh sayang dari jauh aje...hanya bole tengok aje dan harap A akan jadi kekasih dia...


ada juga A dan B menaruh perasaan tapi tak tahu yang memasing pun suka sama suka...hmm 


macam mana pun arini aku tengok reaksi muka yang seronok pada kawan aku sorang nih..dia sangat meminati seorang budak lelaki nih.. dia selalu perhatikan budak nih (budak laki tuh tak tau pon budak perempuan nih suka dia) dari jauh selama nih...budak lelaki ni pernah tegur budak perempuan ni, muka budak ni terus merah menyala~

tapi arini mesti dia rasa lagi seronok sebab arini dia dapat peluang berbual dengan budak lelaki tu walaupun sekejap tapi sekurang-kurangnya akan buat dia rasa lega  ^_^

aku harap if budak lelaki tu pon suka dia, dapat lah dia jaga kawan aku tu sebaik-baiknya..


sebenarnya arini aku rasa sedih (perasaan sendiri pula)...sedih kerana aku akan kehilangan seorang rakan kerja yang sangat bagus dan baik...dia adalah penyelamat aku kat opis tuh..bila dia dah nak keluar (dia akan ke luar negara beberapa tahun) aku rasa sedih sangat..sebab dia antara orang yang terbaik pernah aku jumpa kat dunia nih..mak pernah cakap kat aku, kalau orang baik nih mesti kejap aje dia dengan kita..mesti pastu dia akan pindah, meninggal dunia atau seangkatan dengannya laa..kalau kawan yang biasa-biasa nih memang bersepah kat jalan tu...

walaupun pada asalnya segan nak berkawan dengan dia sebab dia agak alim juga orangnya tapi dia sangat baik! kalau aku ada anak nanti memang aku nak letak nama dia kat anak aku..sebab aku nak anak aku jadi macam dia..bijak, cantik, cerdik, pengetahuan luas, rendah diri- memang semua ciri-ciri perempuan baik ada pada dia walaupun dia kadang kala cepat blur..tapi kelebihan dia yang banyak tu menutup kekurangan yang dia ada...

aku harap bila dia dah keluar negara dia tak lupakan aku..dan aku pon cadang nak lawat dia nanti..bole lah jejalan sekali kat aussie tu...~

No comments:

Post a Comment