selamat datang 2011!
hari ni dengan sekuat hati nya , aku melangkah meninggalkan peristiwa lalu untuk membuka sejarah baru dalam hidup..dan tahun ni juga adalah tahun aku tanpa dia..pahit tapi aku kena berani telan..aku kena berani untuk menghadapi..sampai bila aku nak lari..
pagi ni, aku bangun dengan izin Nya dan aku sangat berazam untuk tidak lagi toleh ke belakang..aku nak tinggalkan 2010 yang menyakitkan..aku dah tak mau toleh belakang..iye aku akui aku selama ni hidup dengan bayang-bayang..dengan kenangan..sebab aku belum bersedia..tapi sekarang aku kena berubah..sampai bila aku nak hidup dalam memori yang langsung tak ada kesudahan..
jadi aku bangkit dengan 1000 harapan , dengan meninggalkan semua kisah lalu yang pahit tu kat belakang..aku kena berusaha..apa yang aku azamkan pada 2011 ialah :
1 - solat penuh 5 waktu
2 - percutian at least 5 tempat kat Msia (rasa macam lebih je ^_^...)
3 - maintain berat badan - 52 kg
4 - nak bawa mak & abah berjalan( everything on me )
5 - SKT 2011 tercapai dengan cemerlangnya
itu antara niat aku untuk tahun 2011...
dan padaMu ya Allah, aku pohon..sekiranya pada akhirnya aku tetap bersendirian, peliharalah aku dari segala kemungkaran serta lindungi lah perjalanan hidupku agar seiring dengan perintahMu kerana Engkau adalah sebaik-baik pelindung bagiku..amin~
jangan berazam jer tanpa usaha dan plan.
ReplyDeleteLima tempat nak bercuti tu..
sila senaraikan..
set a date!!
check brapa hinggit
tanya tanya camana nak gi,
apa perlu disediakan?
baru la azam tu mungkin terlaksana :D
bawak mak abah gi makan restoran cheng Ho yg konon nya Amy search yg bukak tu :D
thanks~
ReplyDeletetempat dah pun disenaraikan untuk dalam masa terdekat, perbelanjaan semua dah disetkan, pendek kata semua dah sedia..tinggal nak bawa badan aje nanti..
pasal mak dengan abah pun dah di setkan tarikh percutian..tempat makan cheng ho tu dah pegii da sebab dekat je dengan rumah family..
^_^ awak pon semoga tercapai azam tahun ni ye~