Monday, January 10, 2011

jiwa kacau..

malam ni tido aku terganggu betul...aku sendiri tak faham kenapa aku nih..aku masih lagi memikirkan benda yang lepas..stop la lilyyyy...tolong sayangkan diri lily dulu kay...

pada awalnya aku rasa macam hidup pon macam tak ada erti..takde sape bole tolong aku..aku lupa..aku lupa Allah ada..astaghfirullah al-azim...bukan niatku melupakanMu tapi bila perasaan menguasai minda serta hatiku, semuanya aku lupa..aku lupa Allah lah satu-satunya penolong yang aku ada dunia akhirat..

saat aku putus asa, Dialah selalu beri aku jalan...aku sepatutnya mencintaiMu lebih dari aku mencintai umatMu ya Rabbi...

kerana Engkau sahaja yang maha mengetahui perkara-perkara yang akan datang sedangkan aku sikit pun tak tahu apa yang akan berlaku pada aku esok, lusa dan seterusnya...

tak dinafikan jugak bila aku rasa down macam nih aku akan pasang lagu Maher Zain, InsyaAllah...sebab lirik2 dia buat aku terus mengingati Sang Pencipta..

aku tak sabar nak lalui masa-masa sekarang dengan pantas sebab aku nak lupakan semuanya..

disini saja tempat aku meluahkan segala perasaan..selain di depan Dia yang Maha Esa..berat sungguh dugaan ini..tapi aku bersyukur kerana ada orang lain lagi berat dugaan nya..

dan sebenarnya aku sunyi..aku sunyi sangat..orang kata anak bongsu ni seronok tapi aku tak..mak abah buat hal sendiri, nak bersembang pun hmm kadang-kadang je..kawan? memang ramai tapi ramai dah kawin..yang single pun terikat dengan komitmen..lagipon tak semestinye mereka ada 24 jam untuk kita..adik beradik? diorang pun buat hal sendiri...bf? dah pergi tinggalkan aku untuk bersama dengan ex dia balik! tinggallah aku sendiri...cuma aku dan Dia...

walaupun aku tak pernah dengar Dia bersuara dengan aku tapi aku tau Dia dengar..jadi aku bercakap dengan Dia tentang apa saja yang aku rasa...macam cakap sorang-sorang..kalau orang nampak, mau orang kata aku gila..takpelah sekurang-kurangnya Dia tahu...

 

No comments:

Post a Comment