Tuesday, January 18, 2011

m o o d y..

sekarang ni aku selalu aje nak moody..bukan kerana "bendera jepun" tapi aku terlalu stress..kerja makin bertambah, malah bukan skop kerja aku pun terpaksa aku buat juga..dengan kerja sendiri (bisnes) untuk sampingan..walau pun macam tu, diri ni tak berhenti memohon padaNya supaya diberikan ketenangan dan ketenteraman..

ditambah pula dengan misi pencarian dan membetulkan salasilah keluarga yang makin rumit bagi aku..sebab tiba-tiba ramai pula timbul mengaku mereka itu keturunan kami sekeluarga sedangkan cerita mereka berbeza dengan mak..malah ada yang mempertikaikan tentang warisan kami..sungguh biadap sekali!

dalam masa yang sama, kerap diasak dengan persoalan "bila nak kawin"..tu menambahkan stress, bukan tak mau kawin tapi belum sampai jodoh..jadi makcik-makcik, kawan-kawan, sedara-mara tolonglah mengerti..jodoh bukan di tangan aku..aku pernah merancang tapi Allah Maha Mengetahui kenapa perancangan itu tidak menjadi untukku..jadi tolonglah berhenti bertanya soalan cenggitu boleh? tiba masanya akan sampai juga kad aku pada kalian ye..jangan risau..cuma tolong jangan asek paksa aku kawin dengan mengatakan aku makin tua nanti susah dapat anak la, apa laaa...rezeki tu kamu ke yang bagi..Allah kan..jadi tak perlu risau-risau ye..betul la orang kata umo 27 ni paling stress...

hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.........

No comments:

Post a Comment