alhamdullillah berjaya hidup selama 28 tahun di bumi Allah sebagai seorang anak kepada Haji Abdul Wahab dan Hajjah Sariyah..
28 tahun yang lalu, saya telah diberi izin oleh Allah untuk melihat dunia dan hingga kini masih diberi izinNya untuk terus melihat dunia..
pada pagi tadi seawal jam 4 pagi bangun dan tentulah yang pertama saya sambut hari kelahiran saya bersama Sang Pencipta dengan penuh rasa syukur dan tangis..tangis? ye tangis laa sebab Dia paling banyak hadiahkan aku macam macam benda kat dunia nih berbanding manusia..setelah 2 jam spend masa dengan Dia, aku terus online fesbuk..
ternyata ramai yang mengucapkan selamat dan tak kurang ada yang mendoakan..henpon pun menerima sms dari kawan-kawan yang juga mengucapkan selamat..cuma dalam banyak banyak ucapan, ada 1 ucapan yang aku tunggu walaupun aku tau mungkin aku takkan terima ucapan itu dari dia sampai bila bila..
pada hari ni, sedikit rasa sedih tapi aku tau hanya Allah saja yang maha mengetahui maha mengerti kerana Dia yang ciptakan aku..hanya Dia pemilik hati ku..bukan si dia..bukan kamu..
doa ku pada hari ni moga Allah selamatkan dia dunia akhirat..moga Allah tunjukkan hidayah pada dia dunia akhirat..moga Allah mengasihi dia dunia akhirat..walaupun dia lukakan aku dengan teruk tapi aku tahu dia tidak sengaja..Demi Allah juga, aku menjauhkan diri dari dia..segala rindu, segala kasih dan sayang aku pada dia tak pernah pudar malah masih tersisa walaupun Allah ambil dia dari sisi aku..
semakin lama semakin aku memaafkan segala perbuatannya dulu..
wahai kamu yang melumpuhkan hati ku,
aku tak pernah pun membenci kamu walau sedalam ni luka kamu beri pada aku..
dan demi Allah aku sengaja mencipta kebencian dalam diri kamu supaya kamu berhenti mencari aku dan aku serta kamu boleh mengelakkan dari terus berdosa dan menyakiti hati lain selain kita berdua..
tak ada aku harapkan cuma aku nak Allah selamatkan kamu dunia akhirat, melindungi kamu dunia akhirat kerana aku tak mau kamu terseksa di sana..
semakin lama aku semakin mengerti rasa sayang aku ni pada kamu..Allah telah tuliskan kamu bukan untuk aku tapi aku sentiasa di sini mendoakan kamu sebab aku tak mau sesuatu buruk berlaku ke atas mu..
Subhanallah, sungguh aku menyayangi kamu dunia akhirat.
walau bagaimana pun..
minggu depan saya mau bawa abah dengan mak ke langkawi..saja jalan-jalan..moga Allah permudahkan..
No comments:
Post a Comment