Sunday, January 15, 2012

apa khabarnya pujaan hati ku?

jauh dalam qalbu masih ada rindu yang tersisa..
untuk kamu..

jauh dalam benak ku masih ada nama yang terukir..
iaitu kamu..

walau semakin jauh..
walau semakin tiada..
masih aku titipkan doa ku di setiap solat ku..
untuk kamu..

insyaAllah selagi aku bernafas..
selagi diberi izin untuk menikmati segala nikmat di dunia..
doa ku masih untuk mu..

walaupun akan tiba satu tika..
akan hadir si dia yang menggantikan kamu..
doa ku tetap..
untuk kamu..

enggan melupakan kamu..
enggan melupakan cerita itu..
aku enggan memisahkan itu dari hati aku..

demi Allah..
aku menahan diriku dari mencari mu..
aku menahan rindu ku pada mu..
aku menahan kasih ku pada mu..
kerna aku tahu bila bertemu akan jadi lemah..

dan demi Allah..
aku mahu kamu selamat dunia akhirat..
maka dengan itu, aku tahan diriku..

walau seluruh alam mempersoalkan
tapi hanya Allah yang tahu..
hanya Allah yang mengerti..
hanya Allah..

apa khabar mu, pujaan hati ku?

No comments:

Post a Comment