Wednesday, February 29, 2012

testimoni : chahaya beauty lagi ~

jom tengok testimonial chahaya lagi jommm




ada lagi tapi nanti saya upload yeee ikut turnn..
sekiranya ada sesiapa disini berminat untuk mencuba, sila lah hubungi saya di talian 017 2156687 okehh..atau add je fb saya macam kt tepi wall kanan nih..


Monday, February 27, 2012

ape la nasib

wah lama aku tak menaip di sini..arini aku nak cerita sikit nasib malang menimpa pagi nih..pagi tadi aku ada keje sikit kat kuantan..aku menetap sementara di shahzan inn kuantan..dekat sikit boleh jalan kaki je ke mahkamah kuantan..

pagi tadi jam 8.30 pagi, aku dengan penuh bergaya sakan dengan tudung fareeda 3 layer off white (kau hader??) berjalan dengan penuh konfiden ke mahkamah..muka wajib konfiden walau dalam hati ada air terjun..aku masuk ke mahkamah, semua terpana melihat aku..tapi sebenarnya mereka lebih melihat tudung aku tapi lantak la..janji aku paling vogue dalam itu mahkamah..selesai keje aku , melangkah la keluar ke pintu..

dengan penuh sopan dan santun ibarat menantu pilihan terakhir aku tutup pintu court..konon nak angkat beg court kaler hitam sebeban itu..orang awam kat luar memang ramai la tah kena saman jpj kot aku rasa..tak semena mena nya tanpa melihat ke kiri aku terus kedeganggggggggggg pipi aku melekat kat pintu mahkamah


masa tu ramai la makcik makcik, akak akak, adik adik yang tanjat maimon..siap ada yang jerit kecil lagik..

aku? muka selamba ankat beg terus amek telefon buat buat jawab call tapi sebenarnya haram takde sapa pun call..aku maluuuuuuuuuu sangat sangattttt wakakakakakaka

aku jalan terus tanpa toleh ke belakang sikit pun sebab malu yang teramat..kalo aku ni ada cengkerang, dah lama aku masuk dalam cengkerang tu pastu mengesot la kau macam suster ngesot tu sampai ke shahzan inn..

moral of the story : sila berhati-hati dan alert lah dengan pintu..tamau g kuantan lagik boley bos?

Sunday, February 19, 2012

gojes amat okeh ~

ye snow white memang gojes, jangan marah tapi kat sini bukan nak cerita pasal snow white..sebab aku malas la nanti ada yang mintak baldi kat jiran sebab nak muntah hijau kan denga pasal snow white..

tapi aku nak cerita pasal rambut si sari yanti kat dalam cerita BFF..tengok tak cerita tu? okey, aku suka suka suka sangat sangat sangattt rambut dia dalam itu cerita..


comel sangat rambut macam ni okehh..aku memang suka rambut ala-ala doll atau japan look nih..dulu aku pun suka jugak buat fesyen rambut gini..gigih aku tiap tiap hari iron rambut depan supaya kelihatan seperti ini..maaf la enh aku takkan reveal gambar zaman aku dulu kala di sini dahh..snow white dah insaf lalu menjadi gadis lindungan kaabah ye~


hey suka betul la aku kat gaya dia nih..aku memang suka style macam ni..aku boleh pakai camni kat rumah je la..hihi kat luar jangan harap lah kan..


aku memang suka la tengok si sari ni..mata dia mengancam betul..bolat je..comel sangat..


errr tetibe kan keluar gamba ni..saja je nak bagitau aku berjaya rembat english style ni sehelai..kaler ni aku aim start diorang publish lagi..setelah aku prektis untuk menaip secara pantas dan refresh selaju chahaya, maka aku berjaya book dengan penuh cemerlang..tahniah lily..duit kau memang khas untuk fareeda jek...tak payah makan pun tak pe kan..


puasa la aku nampaknya sementara tunggu gaji...

Sunday, February 12, 2012

alhamdullillah ~

tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain alhamdullillah banyak kali..kenapa? kerana setelah berbincang dengan kak wan (kakak ipar Lina + tokeh chahaya), akhirnya kata sepakat beliau bersetuju untuk melantik saya sebagai STOKIS chahaya beauty aura ni untuk Kuala Lumpur / Putrajaya..gembira tak terperi aku..kemain ayat aku, terperi yeee..

aritu aku dah terlepas untuk jadi stokis Everlynn, tapi masih diberi ruang untuk jadi stokis chahaya pula..alhamdullillah sujud syukur padaMu ya Allah..

saya telah bersama chahaya selama hampir setahun lebih..bermula pada awal 2011..kepada muka yang bermasalah memang saya suggestkan dan alhamdullillah berkesan..

yang ni chahaya beauty whitening khusus untuk jerawat dan kulit sensitif tak digalakkan pakai sebab toner dia kuat ye..memang khas untuk matikan jerawat toner dia..

yang ini pula chahaya beauty amaze untuk normal skin..fungsi dia sama je lebih kurang cuma yang ni semua jenis kulit boleh pakai..

ada yang berminat nak jadi dealer chahaya? boleh hubungi saya 0172156687 ok

=)
syukur dengan rezeki Allah..

Saturday, February 11, 2012

testimoni : chahaya beauty

chahaya beauty aura ni dah semakin mendapat tempat di hati peminat yang ada masalah jerawat..
alhamdullillah membantu para pelanggan saya yang menggunakannya..berikut saya kepilkan beberapa gambar sebelum dan sesudah penggunaan chahaya beauty..cewah, ayat bahasa kerajaan aku kemain lagik ;p






tak lama lagi rangkaian chahaya akan kuar..iaitu fairy beauty



berminat untuk mencuba? hubungi saya 017 2156687

Tuesday, February 7, 2012

februari : wedding sani

baru baru ni wedding sani berlangsung di kuala selangor..sani diam diam dah kawin, pandai dia sorok gf dia..tah bila masa dia bercinta, kami pun tak tahu..tapi bagus lah..untung bini dia dapat sani nih..kalau tak hargai sani, siap dia aku cubit cubit...hihihi


yang aku tak faham..kenapa pengapit lelaki tetibe pakai oren??? itulah persoalan aku dan eja sepanjang wedding sani tapi gasak la janji kitorang paling jelita petang tu..

wedding sani ni meriah sebab apa nak tau? sebab dia ada 10 laukkk! haa kau mampu nak ada 10 lauk kat kenduri kawin ko?? sani mampu wakakaka

pinggan aku pun dah serupa apa dah penuh..tapi tak semua lauk la aku amek..aku amek ayam goreng rempah, ayam masak merah, rendang ayam, daging masak dendeng, rendang daging, terung masak gulai..haa tu je aku mampu muat dalam pinggan..siap ada cempedak goreng kau..curlass!

kuih pun ada macam macam jenis..aku makan kuih hijau nih..aku lupa nama dia..tapi ni memang feberet kuih aku la..



haa, nak cakap lengan aku besar la tuh kann kannnn...memang besar pon T___T
asyik makan je mana tak besar..tu belum lagi aku amek cempedak sepinggan..tapi disebabkan aku tak nampak sesiapa yang aku kenali di wedding itu selain sani dan pengapitnya yang sungguh oren itu, maka aku dan eja pun balik lah awal..sebab orang kat situ asek tengok je kan..mana taknye, asek muka aku je ulang alik amek kuih la, amek air la..



suka hati aku je posing kat kereta orang..ok jom balik~