Saturday, December 29, 2012

Nihongo

Perasan tak aku kerap menulis? Aku pun perasan..

Dulu kalau orang pilih bahasa ketiga bahasa mandarin, bahasa arab..aku pilih bahasa jepun..serius aku suka sangat sangat bahasa jepun atau nihongo..Memang dalam kelas aku fokus belajar katakana atau pun cara bercakap..katakana tu tulisan jepun..setiap malam aku akan tulis satu perkataan jepun untuk latih diri biasakan..

Sepanjang dalam kelas tiga tahun berturut turut, aku selalu dapat markah paling tinggi untuk bahasa jepun..aku tak pernah dapat B untuk paper jepun..sampai kan kawan kawan fakulti aku ada yang berebut nak duduk sebelah time exam..serius aku tak tipu!

Untuk fakulti batch aku, aku adalah yang terbaik untuk bahasa jepun..bangga giler masa tu, masa lecturer umumkan nama aku..masa tu memasing cuba untuk satu group dengan aku untuk sesi oral / speaking sebab memasing cuba amek peluang untuk dapat extra markah melalui aku..aku? Macam biasa, terlalu baik hati sampai time exam aku tadah je paper aku kat kawan aku terutama kat tariq..

Tariq ni kategori lelaki hot jugak kat fakulti aku sebab dia kaya + smart + budak indie..gadis mana je tak minat weh..dia la satu satu nya budak yang pergi kelas bawak keta honda masa tu..ko ader? Parent dia aku kenal memang kaya tapi dia ni jenis terbiar sebab parent dia bercerai..so abah dia akan kasi apa je dia nak asalkan dia tak rapat dengan mak dia..tapi dia baik dengan aku, selalu amek aku pergi kelas sama sama..balik kelas dia hantar..kat kelas dok sebelah sebelah sampai aku pernah kena gosip la dengan dia..tapi orang tak tahu betapa gilanya aku kawan baik dengan dia ni..dan dia antara bespren aku yang suka tiru paper aku..Dan aku juga selalu kena bahan dengan dia..tapi dia baik, sepanjang kawan dia jaga aku..sekarang dia tah pergi mana aku pun tak tahu..dah lost contact sejak aku berubah..dia pun berubah..

Ok lari tajuk..patah balik ke nihongo..

Disebabkan aku terlalu minat nihongo ni dan pada semester terakhir lecturer ada umum best student di fakulti untuk bahasa jepun iaitu aku ler maka terkeluar lah satu offer yang mana masa tu kerajaan jepun ada buat collaboration dengan uitm untuk exchange student..plus kerajaan jepun ada menawarkan peluang untuk sambung belajar dalam bidang environmental studies selama setahun kat jepun..masa tu aku lah paling excited sebab aku memang ada impian nak belajar kat jepun..

Dan paling best bila lecturer untuk subjek environment juga ada cadangkan nama aku memandangkan aku agak fasih berbahasa jepun ketika itu..dah berangan angan dah aku masa tu..sampai la aku kemukakan hal tu kat parent aku..abah aku happy dan dia memang bagi green light tapi mak tak izinkan..masa tu aku dah rasa sedih sebab kalau mak dah cakap tak boleh selalunya memang tak kan dapat la..abah pun takkan mampu nak pujuk mak..

Puas la aku cari ayat untuk lembutkan mak sebab yang belajar kat jepun ni, kerajaan jepun sendiri akan tanggung kos kepada student malaysia yang betul betul minat..tapi memang ada la syaratnya..dan syaratnya aku lepas ;)

Masa tu lecturer bagi tempoh sebab kebetulan lecturer dari university kyoto datang untuk jumpa sendiri bakal bakal yang akan ke sana..kalau ikutkan tawaran tu, pengajian di jepun start bulan oktober ngam ngam degree aku habis kat uitm..

Tapi puas aku pujuk mak..abah pun slow talk..tapi mak tetap keras tak bagi aku pergi..katanya dia tanak aku berubah sebab budaya kat sana lagi dasyat..katanya kalau kat malaysia pun aku macam ni ( dulu aku free hair, fesyen lebih kepada orang cina punya style) apetah lagi kalau aku duduk jepun..dia bimbang aku langsung tak nak balik malaysia terus nanti dan terus hanyut duduk sana..

Masa tu perasaan aku Allah je yang tahu..ibarat kaca terhempas kat lantai..dengan berat hati, aku jumpa lecturer aku dan tarik diri dari pergi sana..dia pun ralat juga tapi tak boleh nak buat ape sebab mak still berkeras tak izinkan aku pergi sampai mak cakap kalau aku pergi, jangan balik rumah langsung..betapa dasyatnya mak tak bagi..

Selepas kejadian tu aku jadi macam merajuk dan langsung tak prektis dan tak amalkan cakap jepun , tulis jepun selama 6 tahun dan ianya terkubur gitu aje la..sayang kan? Cuma sikit sikit aku ingat tapi dah tak mampu nak susun ayat macam dulu lagi..ayat pendek biasa boleh la tapi nak cakap panjang macam dulu memang tak dah..kawan kawan jepun pun aku dah tak contact, putus macam tu je sebab bengang tak dapat pergi sana punya pasal..


Baru baru ni bila ada kenalan aku tiba tiba bagi ayat jepun sebaris, aku rasa sakit hati sebab tak boleh nak translate macam dulu..sumpah sakit hati! Lidah pun dah keras dah cakap nihongo..

Boleh tak kalau aku nak start belajar balik?

Thursday, December 27, 2012

Sisi ke dua

Di luar aku gembira..aku gelak dan terus ketawa..
Tapi sisi hidup aku kelam sebenarnya..

Aku dikenali sebagai happy go lucky dikalangan kawan kawan..
Aku boleh bercampur dengan siapa saja..
Lelaki tulen, perempuan tulen, lesbo, gay, nyah..
Semua aku kawan..dan aku seorang yang boleh dikategorikan sebagai open minded dalam apa jua topik perbualan..

Orang melihat aku sebagai orang yang bertuah..berapa banyak yang bersemuka dengan aku ayat semua sama..

"untungnya jadi lily.."
"nak jadi macam lily.."
" lily ni sumber inspirasi saya laa.."
"aku suka tengok ko sebab selalu happy takde masalah.."

Ko tau tak masalah aku bergunung?semua tu aku sorok dengan muka yang plastik ni..
Ko tau tak aku selalu menangis? Menangis sorang sorang dalam kereta, dalam bilik air..
Ko tau tak sebenarnya aku cemburu lagi dengan ko? Sebab sekurang kurangnya bila ko balik rumah, ko ada orang boleh bercerita macam adik ke mak  abah ke..
Aku? Sorang sorang..

Ada benda yang aku boleh cerita kat mak abah dan ada benda tak boleh sebab nanti aku kena smash teruk..aku tak boleh buat apa yang aku suka sebab bagi mereka aku hak mereka..ye benar tapi aku ni manusia yang perlukan ruang..
Dari kecik sampai la besar aku lebih banyak sorang sorang..
Pernah juga terfikir untuk kawin kontrak hanya semata mata untuk loloskan diri dari rumah ni tapi terbantut bila kawan aku sendiri merangkap pegawai syariah dah start basuh otak aku maka niat dibatalkan..tapi masih merewang rewang di fikiran sampai sekarang..

Aku cuma perlukan ruang..itu aje..aku tak minta banyak pun..aku cuma nak ruang untuk teruskan apa yang aku minat, apa yang aku suka..aku dah 28 bukan 18 lagi..tapi aku masih lagi tak diberikan peluang itu..dan apa yang aku buat sekarang bukan untuk aku tapi lebih untuk orang lain..dan ianya sakit..

Aku kena teruskan cita cita yang bukan aku impikan..aku kena sambung harapan yang pernah hilang dulu yang bukan aku harapkan..dan aku letih..aku letih sangat bila semuanya perlu bersangkut di bahu aku..

Memang aku penah buat silap dulu tapi ini ke hukuman nya.. ;(

Betapa aku harap seseorang datang dan bawa aku keluar dari rumah ni..boleh tak kalau aku kata rumah ni bukan syurga untuk aku? 

Ye nak cakap aku tak bersyukur la..teruskan sebab mu tak rasa apa yang aku rasa..

Duit yang banyak pun tak mampu nak hilangkan semua ni..memang betul..

Wednesday, December 26, 2012

Cuti express

Kali ni bercuti express lagi..takde plan langsung..cuma main hentam aje nak pergi bercuti 3 orang..

Aku, rosha dan kak nor..
Rosha dan kak nor ni bekas rakan sekerja..dulu aku selalu bergilir gilir pegi court dengan kak nor..rosha pula kalau dalam kelas kursus perundangan kpkt dulu memang kitorang jadi satu group dari tahun 2009 sampai la aku nak keluar dari kpkt..

Masa kursus pendakwaan dan kepeguaman efektif pun aku satu group dengan dia dan dua dua pula tak pernah buka kertas siasatan jadi group kami antara group yang sangat diberi perhatian oleh tuan tengku dan tuan yusaini..okay, lari tajuk kejap.

Sabtu lepas memang dah plan untuk pergi bercuti ke melaka dan kononnya nak naik johor terus..dan selamba nya kitorang tak book apa apa hotel pun..bajet bagus kan?

Sampai kat melaka, terus jalan jalan cari makan sampai la terasa penat baru nak cari hotel..haa masa ni la hazab rasanya..4 jam hokeh cari hotel..semua hotel full!

Usah kata kat bandar melaka, sampai ke ayer keroh nun full..klebang pun full..area pantai semua full..sudahnya kami duduk kat jusco melaka sambil makan sambil surf internet tergelak gelak sebab tak dapat hotel..kak nor suggest kalau tak jumpa hotel, balik kl jugak malam tu..tapi aku seboleh boleh nak jugak hotel sebab malu ah boh kalau aku balik umah nanti mak aku gelakkan aku..keluar umah beriya pepagi bawak beg macam tanak balik..sampai hotel kat jb nun kitorang call tapi semua full okeh..baik 2 star sampai 5 star hotel la full..

Siap ada kawan kawan dok sms bagi suggestion nak stay mana tapi hotel diorang suggest tu semua full..sampai la aku dapat mesej dari kawan aku, dia offer duduk umah dia kat area sg udang sebab rumah tu takde sapa duduk..Eddah, aku sayang ko edd ;)))

Malam tu terus jumpa dia kat umah dia area tanjung minyak, salam cium pipi dengan mak dia kakak dia terus amek kunci umah dia..rasa senang hati sikit dah masa tu sebab tak payah balik kolumpo hik

Dan aktiviti diteruskan, malam tu pergi lepak kat jonker street dan malam dihabiskan dengan melepak di klebang..indah! Sampai ipad ambe terjatuh kat jalan raya..mata dah ngantuk tapi degil nak jalan jugak.. 

Esoknya sambung berjalan lagi..cari asam pedas, shopping tak hengat dunia dan gosip sampai letih mulut..cuma xdapat nak bercuti lama lama sebab kak nor kena pergi penang ada court case jadi kena balik awal sebab dia nak travel lagi ni ..kalau tak, lagi panjang langkah kaki nak merayap..

Moral of the story, lain kali rancang percutian terutama di musim cuti sekolah..

Monday, December 24, 2012

Rindu

Rindu datang balik..
Waktu waktu gini, rasa tu menyelinap dalam setiap genap sudut anggota..
Rindu dengan gelak aku yang dulu..
Rindu dengan kisah kita yang dulu..
Rindu dengan impian yang kita reka dulu..
Rindu dengan kesusahan kita lalu dulu..
Rindu dengan kebodohan kita dulu..
Rindu dengan kecekalan kita dulu..
Rindu dengan kebebasan kita dulu..
Rindu dengan janji kita dulu.
Aku rindu semua tu..
Aku rindu dengan kau..
Aku rindu masa tu..
Aku rindu..

Dan aku mampu buat sampai sekarang ialah cuma rindu.. ;(

Dan aku tak mampu nak alihkan rindu ni..

Aku tak tau macam mana nak hentikan rindu ni..

Kau yang di sana rindu aku tak macam mana aku rindu kau?