Monday, January 31, 2011

destinasi 2011 : Felda Hotspring, Sungkai

Destinasi pertama untuk 2011 adalah Felda Hotspring..seperti yang dirancang, semuanya berjalan lancar dengan izinNya..sabtu lepas, kami pergi ke situ untuk merasai keseronokan bermandi manda di situ..peserta terdiri dari maya, ayu, shasha dan aku laa...sepatutnya kami pergi pepagi sabtu tapi disebabkan aku buat hal , terpaksa bertolak dari kl pukul 10 pagi! haa tengah hari mandi air panas! hahahaha

sampai situ dalam pukul 11 lebeh..dah nak tengah hari kot! lepas tuh. terus menuju ke ruangan persalinan dan terus ke kawasan theme park dia..sayangnya tak dapat nak tayang gambar sebabnya kamera rosak! haaa kamera tu agaknya tak tahan wap panas kat kolam tu kot..terus kamera tu pon jadik panas..

sayang sangat!!

boleh dikatakan semua kolam la kami terjun...kecuali kolam punca air panas tu je kami tak terjun...masa berendam kat kolam air panas tu rasa sedap sangat badan...tapi tak boleh rendam lelama..cuma 30 minit sahaja ye..bukan apa takut nanti ada yang tak tahan panas, jadi lain pula..

seronok! memang seronok! bajet pon tak mahal..dari kl ke sungkai (ikot jalan rawang) masuk hiway, jadi tol dia dalam rm12 aje..time nak balik pulak ikut jalan dalam dan tembus dari highway tanjung malim..dari hiwy tu ke subang plak dalam rm4 lebih aje...minyak plak rm40 cukup pergi balik..lebih dari cukup..masuk dalam waterpark pon rm10 je sorang..so total rm62-65 camtu la..bahagi 4, sorang dalam rm15 aje spend duit..murah kan?

tapi tempat penginapan dia pon cantik sangat...calm aje..murah je rm150/malam hari biasa, rm220/malam hujung minggu...

next time bole datang lagik tapi bawak famili pulak...bawak muhammad dengan ameen  ^_^

tak sabar nak pergi destinasi seterusnya : Bukit Merah/Pangkor!

Tuesday, January 18, 2011

m o o d y..

sekarang ni aku selalu aje nak moody..bukan kerana "bendera jepun" tapi aku terlalu stress..kerja makin bertambah, malah bukan skop kerja aku pun terpaksa aku buat juga..dengan kerja sendiri (bisnes) untuk sampingan..walau pun macam tu, diri ni tak berhenti memohon padaNya supaya diberikan ketenangan dan ketenteraman..

ditambah pula dengan misi pencarian dan membetulkan salasilah keluarga yang makin rumit bagi aku..sebab tiba-tiba ramai pula timbul mengaku mereka itu keturunan kami sekeluarga sedangkan cerita mereka berbeza dengan mak..malah ada yang mempertikaikan tentang warisan kami..sungguh biadap sekali!

dalam masa yang sama, kerap diasak dengan persoalan "bila nak kawin"..tu menambahkan stress, bukan tak mau kawin tapi belum sampai jodoh..jadi makcik-makcik, kawan-kawan, sedara-mara tolonglah mengerti..jodoh bukan di tangan aku..aku pernah merancang tapi Allah Maha Mengetahui kenapa perancangan itu tidak menjadi untukku..jadi tolonglah berhenti bertanya soalan cenggitu boleh? tiba masanya akan sampai juga kad aku pada kalian ye..jangan risau..cuma tolong jangan asek paksa aku kawin dengan mengatakan aku makin tua nanti susah dapat anak la, apa laaa...rezeki tu kamu ke yang bagi..Allah kan..jadi tak perlu risau-risau ye..betul la orang kata umo 27 ni paling stress...

hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.........

Monday, January 10, 2011

jiwa kacau..

malam ni tido aku terganggu betul...aku sendiri tak faham kenapa aku nih..aku masih lagi memikirkan benda yang lepas..stop la lilyyyy...tolong sayangkan diri lily dulu kay...

pada awalnya aku rasa macam hidup pon macam tak ada erti..takde sape bole tolong aku..aku lupa..aku lupa Allah ada..astaghfirullah al-azim...bukan niatku melupakanMu tapi bila perasaan menguasai minda serta hatiku, semuanya aku lupa..aku lupa Allah lah satu-satunya penolong yang aku ada dunia akhirat..

saat aku putus asa, Dialah selalu beri aku jalan...aku sepatutnya mencintaiMu lebih dari aku mencintai umatMu ya Rabbi...

kerana Engkau sahaja yang maha mengetahui perkara-perkara yang akan datang sedangkan aku sikit pun tak tahu apa yang akan berlaku pada aku esok, lusa dan seterusnya...

tak dinafikan jugak bila aku rasa down macam nih aku akan pasang lagu Maher Zain, InsyaAllah...sebab lirik2 dia buat aku terus mengingati Sang Pencipta..

aku tak sabar nak lalui masa-masa sekarang dengan pantas sebab aku nak lupakan semuanya..

disini saja tempat aku meluahkan segala perasaan..selain di depan Dia yang Maha Esa..berat sungguh dugaan ini..tapi aku bersyukur kerana ada orang lain lagi berat dugaan nya..

dan sebenarnya aku sunyi..aku sunyi sangat..orang kata anak bongsu ni seronok tapi aku tak..mak abah buat hal sendiri, nak bersembang pun hmm kadang-kadang je..kawan? memang ramai tapi ramai dah kawin..yang single pun terikat dengan komitmen..lagipon tak semestinye mereka ada 24 jam untuk kita..adik beradik? diorang pun buat hal sendiri...bf? dah pergi tinggalkan aku untuk bersama dengan ex dia balik! tinggallah aku sendiri...cuma aku dan Dia...

walaupun aku tak pernah dengar Dia bersuara dengan aku tapi aku tau Dia dengar..jadi aku bercakap dengan Dia tentang apa saja yang aku rasa...macam cakap sorang-sorang..kalau orang nampak, mau orang kata aku gila..takpelah sekurang-kurangnya Dia tahu...

 

Saturday, January 8, 2011

he said..

" Happy 27th birthday..minta maaf aku terlelap aku dah set jam.penat sangat tadi.gudnite, sweetdreams , muaahh..semoga panjang umur murah rezeki"

tak tahu la aku sepatutnya suka atau lagi sakit hati...tapi aku patut menghargai sebab dia masih ingat, kann...

Tuesday, January 4, 2011

destinasi 2011

Antara tempat-tempat yang bakal dikunjungi sepanjang Jan - Mei 2011 adalah :

1) Felda Hotspring Sungkai


2) Bukit Gambang Resort & Waterpark

3) Bukit Merah Laketown Resort


4) Pulau Pangkor

5) Besut, Terengganu

6) Bukit Tinggi, Pahang



wahhhh nampaknyaa azam tempat percutian mencapai sasaran dulu nih...

memang tak sbar!

aku harap Allah perkenankan rancangan percutian kami sekaligus melindungi kami dari segala malapetaka..aminn

Saturday, January 1, 2011

2 0 1 1

selamat datang 2011!

hari ni dengan sekuat hati nya , aku melangkah meninggalkan peristiwa lalu untuk membuka sejarah baru dalam hidup..dan tahun ni juga adalah tahun aku tanpa dia..pahit tapi aku kena berani telan..aku kena berani untuk menghadapi..sampai bila aku nak lari..

pagi ni, aku bangun dengan izin Nya dan aku sangat berazam untuk tidak lagi toleh ke belakang..aku nak tinggalkan 2010 yang menyakitkan..aku dah tak mau toleh belakang..iye aku akui aku selama ni hidup dengan bayang-bayang..dengan kenangan..sebab aku belum bersedia..tapi sekarang aku kena berubah..sampai bila aku nak hidup dalam memori yang langsung tak ada kesudahan..

jadi aku bangkit dengan 1000 harapan , dengan meninggalkan semua kisah lalu yang pahit tu kat belakang..aku kena berusaha..apa yang aku azamkan pada 2011 ialah :

1 -  solat penuh 5 waktu

2 - percutian at least 5 tempat kat Msia (rasa macam lebih je ^_^...)

3 - maintain berat badan - 52 kg

4 - nak bawa mak & abah berjalan( everything on me )

5 - SKT 2011 tercapai dengan cemerlangnya


itu antara niat aku untuk tahun 2011...



dan padaMu ya Allah, aku pohon..sekiranya pada akhirnya aku tetap bersendirian, peliharalah aku dari segala kemungkaran serta lindungi lah perjalanan hidupku agar seiring dengan perintahMu kerana Engkau adalah sebaik-baik pelindung bagiku..amin~