dalam suku tahun pertama 2011 ni ada ramai jugak kawan-kawan yang dah naik pelamin..alhamdulillah wedding memasing berjalan lancar dan seronok sangat tengok..antara nya wedding officer aku, cik ainul..beliau buat di restoran puteri TTDI pada februari (tarikh lupa pulak), malam..aku terlewat sampai di atas sebab-sebab tertentu..tapi seronok sebab dapat jumpa ex boss, Dato' Ruzima & Datin..ex boss aku ni baik sangat orang nya, selalu beri tunjuk ajar pada aku bila aku tak tau buat keje dan selalu belanja kami makan sedap-sedap kat opis..malam tu dapat la sembang sekejap dengan dato' dan datin..congrates kepada ainul yang dah berstatus Puan sekarang...
seterusnya, wedding kawan sekursus aku, zurlia..zurlia ni aku kenal masa kursus induksi khusus (yang mana aku telah salah hadir kursus okay!)..dan aku selalu lah jugak kursus sama dengan dia ni..kursus aset la, minit mesyuarat la etc..yang bestnya zurlia ni hobi nye sama macam aku, suka makan pastu kalau time kursus memang makan gile-gile punya (mana tak gemoks!)..wedding dia buat kat rumah dia di langkap, perak..dah dekat dengan umah akak aku, so aku angkut famili aku sume pergi wedding dia..best sebab ada banyak sangat makanan & rendang dia sangat sedap! biasa laa rendang orang perak paling sedap bagi haku! mihahahahaha dah jadi bini orang dah kawan aku nihh...
selepas ke langkap, perak...aku ke ipoh,perak pulaaa..kali ni wedding naim (ex housemate uitm shah alam)..aku dengan nasuha (turun khas dari kelantan semata-mata nak tengok naim kawin!) pegi ipoh pada jumaat malam selepas aku habis keje..malam tu pegi umah abang aku dulu kat area UTP (universiti teknologi petronas)..naim sanding pada ahad tp sebab ahad kawan aku kat seremban pulak kawin so bagi adil, aku datang sabtu untuk majlis pernikahan naim..akad nikah di masjid berdekatan umah naim, kat area ulu kinta..nama masjid dah lupa..excited sebab tak penah tengok naim ni mekap, bila mekap tengok cantik pulakk..pengantin lelaki, din pon nampak kacak..sesuai la tu deme kawin..deme : diorang..deme tu dialek perak ye..hik
naim |
keesokan harinya, bergegas pula ke seremban untuk wedding nora (levelmate uitm lendu)..konvoi dengan cc, nisa, nomi & edd..muka nora sangat berseri-seri tapi sayang gambarnye aku tak sempat nak upload..ada kat facebook aje..tema kaler merah gitu! mujur, mak nora masih ingat aku..hahahaha mak dia sangat sporting! aku suka mak dia..cupcakes wedding dia comel sangat sampai rasa sayang nak makan..tapi superb delicious! plus cendol dia sedap okehh! lama jugak kami lepak umah nora, seronok dapat jumpa kawan-kawan uitm lendu..
seterusnya wedding nurul yang baru berlangsung semalam..mekap dia mabeles! tengok la sape mak andam nye..aween yang mekap kan fara deeba, gadis melayu tu okeh! memang cantik dan sekali lagi sayang sebab tak dapat upload! mihahahahahaha tema kaler purple gitu..
tahniah kat sume kawan2 yang dah selamat melangsungkan majlis untuk suku tahun pertama ni..korang memang sangat cantik & mabeles! bila aku plak nak kawin nihhh..hahahaha last but not least, of kos laa aku amek berkat pengantin dengan bergambar kat pelamin naim...hahaha
Lebih berkat jika ko amik pic duduk atas kerusi pelamin tue.hehe..
ReplyDelete