Friday, April 22, 2011

kenapa begitu?

semalam balik dari futsal, aku tumpang syafiq nak balik ke rumah..
sebenarnya aku tak la kenal syafiq sangat tapi sebab dia duduk agak dekat dengan area umah aku,so dia jadi mangsa aku untuk aku balik umah tanpa naik tren! haha

pada awalnya, aku judge dia ni mesti jenis tak banyak cakap..sekali rupanya mulut macam bertih jagung! pok pek pok pek dalam keta dia..tapi sampai la dia bercerita tentang satu kisah yang buat aku rasa kagum + terharu dengan dia..

dia cerita tentang kisah dia & ex gf dia dulu..dari cara dia cerita aku dapat rasa dia sayang sangat perempuan tu..dia selalu kejutkan ex gf dia tu dulu bangun solat subuh + masak bekpes untuk ex gf dia sampai sempat la dia hantar kat rumah before pegi keje + belikan barang dapur untuk famili perempuan tu + dia sanggup tunggu ex gf dia habis keje sampai dia tertido tido dalam keta + sanggup hantar ex gf dia pergi balik ke kolej + banyak lagi la..tapi nampak dia terlalu care sangat dengan orang yang dia sayang..Ya Allah, wujud lagi lelaki yang macam ni rupenye di bumi Mu..

tapi sayang ex gf dia tak tau hargai dia..ex gf dia tinggalkan dia untuk bersama lelaki lain..aku yang denga ni pon rasa macam nak terajang je pempuan macam tu..dah cukup baik kau dapat lelaki macam ni..

terlintas dalam hati "Ya Allah, lelaki macam ni aku cari selama ni akhirnya aku jumpa.."
tapi sayang, kami kawan je kot..aku tak mau rosakkan hubungan persahabatan aku dengan dia..dia baik sangat bagi aku..

bila aku denga cerita dia, aku terpikir sendiri..
kenapa jadi macam tu?
bila seorang pempuan tu setia, mesti bf dia curang..
pastu bila lelaki setia mesti gf dia plak curang..

rasa macam kesian pula..
macam diri aku sendiri, terlalu setia tapi last-last kena dumped..
janji setia tapi pasang lain..

tapi aku betul-betul kagum dengan cara syafiq layan pempuan yang dia sayang..
sebab aku memang tak sangka ada lagi lelaki macam tu zaman sekarang nih..

persamaan aku & dia ialah kami setia pada orang yang salah..
dan kami tak mampu nak gantikan orang yang kami sayang sewenang-wenangnya..

itu lah persamaan aku & syafiq..

aku harap satu hari nanti kami akan berjumpa dengan orang yang betul-betul menghargai & setia...

Wednesday, April 20, 2011

hati berbunga

hati berbunga..
macam kelopak ros yang nak mekar..
macam tu la hati aku sekarang..

sepanjang pagi tersenyum..
bukan dari si dia yang menyakiti aku dulu..
tapi dari si dia yang baru aku kenali..
buat aku terhibur..

dah lama hati aku tak rasa riang macam ni..
dan aku rindu dengan rasa ini
sebab dulu rasa ni pernah hadir

terima kasih Tuhan..

Monday, April 18, 2011

wujud ke cinta sejati?

dalam hidup ni,aku cari satu benda yang namanya CINTA SEJATI..

dulu aku percaya CINTA SEJATI antara lelaki & perempuan itu wujud..
tapi sekarang semua rasa percaya tu luntur..

bukan menyalahkan lelaki atau memihak kepada kaum hawa tapi apa yang dapat aku simpulkan pada masa kini, kebanyakan cinta yang wujud adalah CINTA NAFSU..

sekarang pasangan lebih ke arah untuk melakukan hubungan seks untuk membuktikan rasa sayang pada pasangan tanpa ikatan sah di sisi agama..

dalam hidup sehari-hari, dalam hati aku terdetik rasa takut kepada dunia..
apa yang aku harapkan dari lelaki adalah perlindungan dan bimbingan
tapi dari sehari ke sehari apa yang aku lihat
lelaki lebih merosakkan dari melindungi..

sama juga perempuan, hilang semua rasa malu
demi cinta, sanggup lakukan semua..

tapi betul ke cinta sejati sebenarnya langsung tak wujud?
betul ke cinta zaman sekarang cuma lebih tertumpu kepada nafsu semata-mata?

teringat pula kata pidot "zaman sekarang cinta itu seks"
mula-mula aku membantah sebab aku tak percaya
tapi terlalu banyak realitinya depan mata
akhirnya aku percaya cakap pidot..

ingin sekali aku bertanya pada Dia
betul ke CINTA SEJATI sesama manusia langsung tak wujud?



Thursday, April 14, 2011

ikut kata hati : MATI

hati adalah organ yang penting dalam mempengaruhi kehidupan seseorang manusia itu.melalui hati juga, seseorang tu dapat menduga tentang sesuatu lebih lebih perasaan orang yang dikasihinya..

hati juga dapat buat seseorang itu gembira, gelisah, resah, sedih dan sebagainya..semuanya bermula dari hati..dari hati, akan tertimbul semua perasaan pada raut wajah..hati yang senang, raut wajah pun berseri..begitu juga sebaliknya..

setiap hari hati akan berperang dengan akal..contoh : ikutkan hati nak beli baju kurung cotton berharga rm200 tapi akal kata nanti dulu,kalau beli nanti ganggu flow cash untuk bulan tersebut..kalau ikut hati, memang akan dapat beli baju tersebut tapi duit akan tak berapa cukup untuk belanja benda lain sebab dah terpakai..tapi kalau ikut akal, perjalanan bajet duit takkan terganggu langsung..tapi kalau dah nama pun perempuan, selalunya akan ikut kata hati..jarang kita ikut kata akal kan?

seperti aku, setiap hari hati dan akal berperang dalam segala hal..dari segi kerja, makan, shopping dan banyak lagi..dan aku selalu kalah dengan HATI..walaupun hati akan rasa puas, tapi ianya bersifat sementara..dalam sekejapan hati mula rasa gundah semula..kerana apa? kerana keputusan mengikut hati yang kononnya BETUL dan TEPAT..

orang-orang kita selalu mengatakan kalau nak buat keputusan IKUTLAH KATA HATI kerana KATA HATI ITU BENAR..tapi sebenarnya kata hati itu kadang kala merosakkan kita..jika hendak dibandingkan antara hati dan akal, mana yang lebih tinggi? akal kan?

Allah beri kita akal untuk kita berfikir tapi amat jarang kita guna akal untuk membuat keputusan kan..cuba lihat pada orang-orang yang membuat keputusan yang menggunakan akal, selalunya mereka adalah orang yang berjaya..contoh paling dekat : Rasullah saw sendiri..setiap keputusan yang dibuat menggunakan akal, bukan hati..

tak dinafikan setiap hari,aku perlu berperang di antara hati dan akal..adakala akal menang dan adakala hati pula menang..begitu sakit, begitu perih..walaupun bukan lah melibatkan sebarang senjata tajam apatah lagi peluru ataupun bom tapi ternyata peperangan antara hati dan akal juga maha dasyat kerana jika tersalah, pasti pulangan nya seumur hidup pun takkan mampu nak tanggung! dibebani dengan 1000 rasa penyesalan, gelisah serta gundah yang sampai bila pun tak akan pernah padam...

walau apapun terjadi, kepada Dia juga kita akan berpatah balik..kerana Dia satu-satunya Penolong di Dunia & Akhirat..tiada yang lain selain Dia..

bukan ingin membuka pekung di dada tapi aku selalu kalah..kalah dengan hati yang akhirnya memberi penyesalan yang tak terungkap dengan kata-kata yang tak mungkin aku lupa sampai mati..

dan kepada Dia aku tak berhenti minta walaupun aku tahu, aku bukan antara orang yang dicintaiNya..aku bukanlah Rabiah al Adawiyah, sayang aku tidak seteguh dia jauh sekali untuk dibandingkan dengannya..iman aku sangat nipis senipis kapas..tapi aku masih berusaha untuk mendapatkan kasihNya..


Tuesday, April 12, 2011

sms dari dia..

tut tut tut (bunyi sms)
waktu : 1.38 pagi

"bgn2.."

            "  ;"( demam.."

"tu la ko beria sgt main futsal ujan2."

            "sbb ada pertandingan  ;("

"main biasa2 dh le.tp mmg skg musim demam pn.kt ofis harini rasanya bape org je dtg.ramai gile mc."

            "sakit tekak,bengkak tau..sedih"

"nnti ko g klinik jela esk pastu ko mc tido kt umah.lg bagus xyh keje.jom tido"

            "hmm ok"

"nite sweetdreams"

            "nite too"

dalam hati
"i Miss you..i really do"
tapi tak terucap dengan kata-kata....

shoe festival 2011 - PWTC

pesta kasut yang berlangsung baru-baru ni memang mengujakan aku.nasib baik selak paper ari jumaat tu,terus mesej nomi kot dia free..& yes dia sangat free..

bertempat di pwtc,aku dan 2 orang lagi geng neesa & nomi pepagi dah sampai..start pukul 10.30 tapi kul 9 dah sampai,nak rebut kasut..almaklumlah dah hari terakhir mesti banyak kasut yang dah out of stock..
antara jenama kasut yang ada :
Carlo Rino
Nose
Jimmy Choo
Jimmy Chia
Zang Toi
Bill Keith
Paula Moda
Fiorucci
Polo
Vess
Sketchers
Kerra Kate
Zucca
& banyak lagi la yang aku tak ingat..

sebelum sampai situ,aku konon cakap kat neesa "dapat sepasang jadi la" tapi hakikatnya 3 pasang okeh! aku berjaya menghabiskan duit membeli 2 pasang kasut Zang Toi & sepasang dari Kerra Kate..nak beli Jimmy Choo, gaji 5 tahun pun tak cukup! dalam masa tu, aku hampir tergoda untuk beli sepasang kasut Bill keith tapi alhamdullillah TAK JADI sebab saiz tak ada..kalo tak,terbang duit aku lagi..tak makan la sebulan jawabnya!
yang hijau tu kasut Zang Toi,aku terus pakai haha
kasut kerra Kate tu sesuai untuk pakai ke opis..full leather harga pun jatuh dari rm200++ jadi, Rm50 aje okey!

cukup 5 kali tawaf , aku ajak diorang kua dari dewan sebab nanti makin galak aku tabur duit kat casher..haha

Sunday, April 10, 2011

bidan terjun BADMINTON..apa kes?

tempat kejadian : dewan badminton kg pandan
tujuan utama : teman dan bagi sokongan kat MAYA sambil cuci mata
tiba-tiba...

fizi : alamak, pemain pempuan tak cukup..macam mana ni (sambil pandang aku)
lily : (terus pandang tempat lain,buat tak denga)


mereka membuat diskusi sambil pandang aku dan sudahnya..
fizi : lily, bole tak main untuk mix beregu? player tak cukup.

lily : sorry, tak bawa kasut (dengan harapan dapat memboloskan diri dari main)
maya : kasut aku ada, ko boleh pakai..

lily : (dalam hati, cisssssssssss budak nih)
pidot : okey, aku dah letak nama kau..jap lagi kau 1 geng dengan acap kay..

lily : (tengah menahan geram) tapi aku datang sini untuk bagi sokongan je.
ending of the story : aku main dan aku kalah..

Friday, April 8, 2011

salah telefon?

sedang sibuk surf internet tetibe telefon bunyik,

Pemanggil : hello, ni rumah hasmah ke?

aku : hasmah? ni bukan rumah.ini pejabat

pemanggil : ni pejabat apa?

aku : Kementerian Perumahan

pemanggil : oh, bini si Rahim tu ada? ..apa nama dia enh..

aku : operator? (kan aku da cakap ni opis?) ni Bahagian Undang-Undang la (nada sopan dan manis)

pemanggil : oh, terus ke ofis ke..minta maaf

aku : okey (kan aku da cakap PEJABAT tadi..sighhhh)

aku -----> futsal?

memang pelik,sejak bila aku suka main futsal..aku tak terpikir langsung yang aku akan main futsal..sebab apa,aku tau aku bukan jenis perempuan yang suka bersukan sangat nih..sejak habis belajar, aku jarang sangat bersukan..aku banyak menghabiskan masa dengan menabur duit ke dalam cash box kat butik-butik shopping mall kl ni..itu memang aku tere..tapi bab sukan especially futsal ni,entah..sampai la satu hari tah cemana niat aku cuma teman kawan aje tapi dengan aku sekali terjoin main futsal..mula-mula memang rasa kekok..rasa malu sangat,yela lari lari pastu kejar bola..macam ape je..tapi selepas 2-3 kali main,aku rasa seronok..seronok sebab apa? sebab banyak benda aku belajar..teknik teknik sepak bola, cara nak sepak kuat dan banyak lagi yang mana semua tu membantu untuk aku kuruskan badan..serius aku cakap, aku rasa badan aku dah kecik sikit..mana taknye, berlari bagai nak gila,pastu banyak pakai otot kaki..slim peha aku camni..

dalam masa yang sama, aku dapat ramai kawan baru..tu yang aku suka tu..semua best-best..dan saling tolong menolong..yang kelakar tu masa training semalam, diorang siap pegang kaki aku ajar cara sepak dengan betul..dah la aku ni penggeli..sikit lagi je nak kene sepak dengan aku kalau diorang pegang lelama..

dan salah satu sebab aku join futsal ialah aku nak penuhkan aktiviti aku..bila aku sibuk dengan aktiviti, takde lah aku asek nak terkenang-kenang benda dah lepas sorang-sorang..bila main futsal,aku penat balik tu mandi terus tido..baik aku sehatkan badan aku dengan bersukan..dari asek berduka aje..

tapi sebenarnya aku cuak juga,sebab tournament futsal 23 april nih..bole ke aku mainnnnnn??? dah la tak berapa nak tere..sepak bola pon ala kadar je, tu yang selalu kena marah time training tuh..adehhhh