hati adalah organ yang penting dalam mempengaruhi kehidupan seseorang manusia itu.melalui hati juga, seseorang tu dapat menduga tentang sesuatu lebih lebih perasaan orang yang dikasihinya..
hati juga dapat buat seseorang itu gembira, gelisah, resah, sedih dan sebagainya..semuanya bermula dari hati..dari hati, akan tertimbul semua perasaan pada raut wajah..hati yang senang, raut wajah pun berseri..begitu juga sebaliknya..
setiap hari hati akan berperang dengan akal..contoh : ikutkan hati nak beli baju kurung cotton berharga rm200 tapi akal kata nanti dulu,kalau beli nanti ganggu flow cash untuk bulan tersebut..kalau ikut hati, memang akan dapat beli baju tersebut tapi duit akan tak berapa cukup untuk belanja benda lain sebab dah terpakai..tapi kalau ikut akal, perjalanan bajet duit takkan terganggu langsung..tapi kalau dah nama pun perempuan, selalunya akan ikut kata hati..jarang kita ikut kata akal kan?
seperti aku, setiap hari hati dan akal berperang dalam segala hal..dari segi kerja, makan, shopping dan banyak lagi..dan aku selalu kalah dengan HATI..walaupun hati akan rasa puas, tapi ianya bersifat sementara..dalam sekejapan hati mula rasa gundah semula..kerana apa? kerana keputusan mengikut hati yang kononnya BETUL dan TEPAT..
orang-orang kita selalu mengatakan kalau nak buat keputusan IKUTLAH KATA HATI kerana KATA HATI ITU BENAR..tapi sebenarnya kata hati itu kadang kala merosakkan kita..jika hendak dibandingkan antara hati dan akal, mana yang lebih tinggi? akal kan?
Allah beri kita akal untuk kita berfikir tapi amat jarang kita guna akal untuk membuat keputusan kan..cuba lihat pada orang-orang yang membuat keputusan yang menggunakan akal, selalunya mereka adalah orang yang berjaya..contoh paling dekat : Rasullah saw sendiri..setiap keputusan yang dibuat menggunakan akal, bukan hati..
tak dinafikan setiap hari,aku perlu berperang di antara hati dan akal..adakala akal menang dan adakala hati pula menang..begitu sakit, begitu perih..walaupun bukan lah melibatkan sebarang senjata tajam apatah lagi peluru ataupun bom tapi ternyata peperangan antara hati dan akal juga maha dasyat kerana jika tersalah, pasti pulangan nya seumur hidup pun takkan mampu nak tanggung! dibebani dengan 1000 rasa penyesalan, gelisah serta gundah yang sampai bila pun tak akan pernah padam...
walau apapun terjadi, kepada Dia juga kita akan berpatah balik..kerana Dia satu-satunya Penolong di Dunia & Akhirat..tiada yang lain selain Dia..
bukan ingin membuka pekung di dada tapi aku selalu kalah..kalah dengan hati yang akhirnya memberi penyesalan yang tak terungkap dengan kata-kata yang tak mungkin aku lupa sampai mati..
dan kepada Dia aku tak berhenti minta walaupun aku tahu, aku bukan antara orang yang dicintaiNya..aku bukanlah Rabiah al Adawiyah, sayang aku tidak seteguh dia jauh sekali untuk dibandingkan dengannya..iman aku sangat nipis senipis kapas..tapi aku masih berusaha untuk mendapatkan kasihNya..
No comments:
Post a Comment