Wednesday, June 29, 2011

stress aku stress!

aku stress sebab kerja aku semakin bertimbun..

aku stress sebab semua harapkan aku..

aku stress sebab masalah kat opis tak habis, sambung kat umah..

nasib baik aku belum kahwin..kalau tak, lagi stress..

aku tak pedulik..

lepas ni aku kena hadiahkan diri aku sesuatu..

sebagai tanda terima kasih sebab sudi lelahkan setiap anggota badan bekerja..

syukur tak terhingga juga pada yang Dia sebab bagi kesihatan untuk buat kerja semua nih..

ok,bye~

Thursday, June 23, 2011

T_T

sejak 2 menjak nih emosi tak berapa stabil..
kerap sangat mood lari..
lepas tu rasa asek nak mara..

kenapa?
adakah sebab saya terlalu rindukan dia?





yes i did..
i miss him...








so much....
i wish he miss me too...







hanya sekadar "wish"..
cause i know..





he'll never miss me T_T

dulu & kini

dulu saya seorang yang sangat ceria..
kini saya semakin pendiam..

dulu saya suka tukar stail rambut..
kini saya suka tukar stail tudung..

dulu saya suka kumpul baju yang boleh tayang semua..
kini saya suka baju yang boleh tutup semua..

dulu saya suka bergantung pada orang..
kini saya lebih suka bergantung pada diri sendiri..

dulu saya mengutamakan kepuasan hati orang lain..
kini saya lebih mengutamakan kepuasan hati sendiri..

dulu saya sangat berbeza..
kini lagi berbeza..

tapi saya tetap LILY yang sama..

walaupun saya senyap tak bermakna saya tak ambil tahu langsung tentang orang di sekeliling saya..saya cuma memerhati dari jauh..

saya tetap sayang orang yang ada disekeliling saya..
walaupun kamu menjauhi dari saya, kamu tetap dalam ingatan saya..
walaupun kamu pergi dari hidup saya, saya tetap akan kenang kamu sebagai kawan saya..





Wednesday, June 22, 2011

Allah maha mengetahui~

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia2, Allah s.w.t tahu betapa keras engkau sudah berusaha...

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah s.w.t sudah menghitung air matamu…

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja, Allah s.w.t sedang menunggu bersama denganmu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman2mu terlalu sibuk untuk menalipon, Allah s.w.t selalu berada disampingmu…

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah s.w.t punya jawapannya…

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan, Allah s.w.t dapat menenangkanmu…

Jika tiba2 kau dapat melihat jejak2 harapan, Allah s.w.t sedang berbisik padamu…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, Allah s.w.t telah memberkatimu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban, Allah s.w.t telah tersenyum padamu…

Ketika kau miliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah s.w.t sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap, ALLAH SWT TAHU…

Saturday, June 18, 2011

wedding suku tahun ke 2 -2011

dah macam buat laporan tahunan dah tajuk nye..
tahun ni ramai kawan-kawan saya yang melangsungkan perkahwinan masing-masing..
ada yang saya dapat pergi & ada yang tak pergi langsung (sob..sobb)
first nak share wedding Iqbal & hani..berlangsung kat Klang (belah perempuan) dan Jempol, Negeri ( (lelaki)..sebenarnya kedua mempelai ni kawan kami dari uitm Melaka lagi..tema warna grey+pink..kebetulan saya pula pakai pink (wink..wink ^_*)..lauk memang super sedap..siap tapau kuih koci dia lagi untuk makan dalam keta (nyumm...nyumm sedap weh)


next wedding aisyah & hassan..berlangsung di Besut, Terengganu..sayang seribu kali sayang, saya terpaksa membatalkan pada saat akhir sebab ISO yang menyakitkan hati tu T_T
tak dapat tengok kawan kesayangan naik pelamin..sedih~ tapi saya sempat copy gamba aisyah..cantik sangat..oh aisyah adalah kawan dari Uitm Melaka sampai ke Uitm Shah Alam dan sampai lah sekarang ^_^

aisyah..cantik sangat~

seterusnya, wedding nasuha yang berlangsung di Kelantan & saya pun tak hadir juga..Nasuha ex housemate masa study kat Uitm Shah Alam dulu..ni pon copy gambar dari kawan dia..& cantik juga ^_^

next wedding..caca best...yang ni pun agak ralat sangat tak dapat hadir sebab kursus kat Pangkor masa tarikh nih..kalau tak, mesti dapat jumpa kawan-kawan se Uitm Shah Alam..caca best ni kenal dari uitm Melaka lagi..kebetulan dapat sambung degree sama-sama kat Shah Alam ^_^ ni pon gambar copy dari album kawan caca..sayangnye tak dapat hadir sama..caca cantik sangat~



dan ada lagi 3 pasangan yang saya tak hadir ke majlis mereka..
bukan tak mau hadir tapi atas sebab-sebab kerja tak dapat hadir..sob sobb
wedding aida & fakrul kat kedah..
wedding dilla kat kuantan..
wedding ajai kat johor...
hopefully, semua nya bahagia je sampai bila-bila
^_^

Wednesday, June 15, 2011

Release Tension~


sekadar kongsi je untuk release stress kerja okay..
^_^


Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.

 

Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..

 

"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

 

"Yes boss?"

 

"Sini wifi aper dia punya password?"

 

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.

 

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

 

"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

 

Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'

 

Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

 

"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

 

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"

 

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.

 

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
 

Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul

'tujuh empat kali' boleh tak?"

Tuesday, June 14, 2011

mak, harap bersabar enh~

title macam hape jek..
ni nak cerita..
sejak akhir-akhir nih mak selalu buka cerita pasal KAHWIN depan aku..
boleh dikatakan hampir setiap minggu laa mesti dia tanya,
"dah ada kawan dah?"

macam biasa jawapan aku,
"ada..banyak kawan kat opis.."

aku faham maksud mak tu tapi saja buat-buat tak faham..

mak, mungkin belum masanya lagi..
harap mak faham..
selepas kejadian tu tahun lepas, hati rasa serik..
terus tertutup..
tak terfikir untuk ke arah itu dah..

bukan tak nak kawin..
gilee, semua perempuan nak kawin...
nak ada famili sendiri..
tapi saya belum sedia..
walau setahun dah berlalu..
luka kat hati masih lagi belum sembuh..

harap sangat mak sabar enh..

aku tau ramai yang cakap belakang
"kenapa susah sangat nak buka hati tu?"
"lupakan lah apa yang dah berlalu.."
bla..bla..bla..bla..

korang senang la cakap, cinta korang boleh berganti-ganti
tapi aku tak..
aku senang suka kat orang..
senang nak minat kat orang..
tapi sekadar macam tu je...

aku susah nak terima orang & susah nak mencintai orang..
kenapa? aku pun tak tau kenapa..jangan tanya..





Monday, June 13, 2011

tanda tanya ?

semua benda dalam hidup ni ada tanda tanya..

adakah saya masih hidup pada esok hari ?
adakah esok saya akan dimarahi ?

adakah esok saya akan disayangi ?
dengan siapa saya akan dinikahkan ?

bila saya akan jadi kaya ?
bagaimana saya 10 tahun akan datang nanti ?

kenapa saya ditinggalkan ?
kenapa mereka bahagia tetapi saya tak ?

adakah saya sempat bertaubat ?
adakah saya bisa memiliki sebuah rumah sebesar sogo nanti ?

adakah..bagaimanakah..bilakah..kenapakah..siapakah..
semua tu perlukan jawapan..
tapi jawapan datang dari..
ALLAH SWT



kita memang boleh rancang..
rancang lah apa saja..
tapi yang tentukan jadi ke tak jadi..
bukan bidang kuasa kita..


itu baru sikit je persoalan nyaa..
ada banyakkkkkk lagiiiikkk..
yang mana masih menjadi TANDA TANYA..
saya masih menunggu 
JAWAPAN..
dari..
DIA..
Dia itu..

SANG PENCIPTA KU..

Sunday, June 12, 2011

r i m a s

rimas bila ada orang asyik bertanya tentang kawin..
rimas bila orang asyik berharap tentang sesuatu yang susah saya nak pertimbangkan..
rimas bila rasa rindu ini menyelubungi saya..
rimas bila saya tak mampu nak buat keputusan..
rimas bila saya tak mampu nak kawal hati saya..
rimas bila saya rasa sunyi..
rimas bila orang asyik memaksa saya menerima cintanya sedangkan hati saya masih belum sedia..
rimas bila niat baik saya disalah ertikan..
rimas bila orang persoalkan keprihatinan saya..
rimas bila orang selalu fikir yang bukan-bukan tentang saya..
rimas bila saya terpaksa menjaga hati orang tapi hati saya?
rimas bila saya terpaksa menyembunyikan sesuatu yang mana bukanlah rahsia tapi terpaksa..
rimas bila saya diarah untuk buat sesuatu benda yang mana mengganggu keja saya yang lain..
rimas bila saya tak boleh nak fokus..
rimas bila saya tak mampu nak terima orang lain..
dan




sampai bila saya kene hadap rasa rimas nih..
sampai esok?



sampai lusa?
sampai tulat?



sampai kapan?



sampai mati?


ini apa yang saya rasa..sukati saya la nak tulis apa pun kat belog saya...
sekian, terima kasih..


 

Wednesday, June 8, 2011

boLing @ mV

sebenarnya dah berzaman dah tapi tak sempat nak share..
so arini nak share gamba..

boling tournament berlangsung kat midvalley..
macam biasa, aku bidan terjun untuk KPKT B..
dan macam biasa..kalah hahahaha

tapi enjoy sangat sebab saya dapat main boling free..weee~












sekian..terima kasih~

Thursday, June 2, 2011

meatball vs marinara

tak tau nak tulis apa..
gamba je dah cukup kot untuk menerangkan kesedapan makanan tesebut

^_^

having meatball & daim cake at IKEA


satu pinggan untuk aku, satu pinggan untuk ezul..daim cake? share..

this is mine tapi tak habis..ezul tolong aku habiskan..

daim cake..

dan




spageti marinara at klcc
feberet aku kalau pegi ke klcc

spageti marinara.. ^_^

dua-dua sedap..
puas hati dapat makan dua-dua dalam hari yang sama..
hahaha

Wednesday, June 1, 2011

suria beach resort cherating

baru-baru ni, aku & beberapa kawan opis telah pegi ke suria beach resort cherating..bukan untuk bercuti tapi berkursus..tapi dah alang-alang tu kira bercuti sekali laa kan..hik

kursus berlangsung 3 hari 2 malam, bertolak dari opis dalam pukul 9.30 pagi camtu..
sampai dalam lebih kurang pukul 2 pm camtu & terus masuk kelas dengan beg-beg sekali..
lepas kelas baru boleh check in bilik..

dalam kelas xtvt memang agak best jugak..main urut-urut tapi aku kan penggeli..hamekkk ko! tu yang jadi camtu..macam gamba di bawah nih..


kelas pada mula nye penceramah adalah si fauzan tu..aku denga nama dah tau dah tu sapa tuh..dia masuk terus dia sengih-sengih kat aku & maya..hahaha tak sangka jumpa lagi dengan si fauzan nih..

masa nak bahagi grup, aku dapat kumpulan "kucing" tapi kami tukar nama kumpulan kepada "keluarga 69"..


petang selepas kelas, terus ke laut untuk xtvt riadah..yay!
bajet petang tu nak main bola tampar pantai..
aku satu grup dengan sapix & faizul..
maya satu grup dengan shah, awu & azran.aah memang diorang lebih seorang..
x adil! hik

tapi grup kami la menang hahahaha
tade peraturan..
taram 30-12 hahaha
terus team maya malas nak main & terjun ke swimming pool sambung main dalam pool..

banyak lagi la aktiviti kami kat sana..tengok je la gamba enh ^_^



group aku..
sekian, terima kasih.
 ^_^