Tuesday, June 14, 2011

mak, harap bersabar enh~

title macam hape jek..
ni nak cerita..
sejak akhir-akhir nih mak selalu buka cerita pasal KAHWIN depan aku..
boleh dikatakan hampir setiap minggu laa mesti dia tanya,
"dah ada kawan dah?"

macam biasa jawapan aku,
"ada..banyak kawan kat opis.."

aku faham maksud mak tu tapi saja buat-buat tak faham..

mak, mungkin belum masanya lagi..
harap mak faham..
selepas kejadian tu tahun lepas, hati rasa serik..
terus tertutup..
tak terfikir untuk ke arah itu dah..

bukan tak nak kawin..
gilee, semua perempuan nak kawin...
nak ada famili sendiri..
tapi saya belum sedia..
walau setahun dah berlalu..
luka kat hati masih lagi belum sembuh..

harap sangat mak sabar enh..

aku tau ramai yang cakap belakang
"kenapa susah sangat nak buka hati tu?"
"lupakan lah apa yang dah berlalu.."
bla..bla..bla..bla..

korang senang la cakap, cinta korang boleh berganti-ganti
tapi aku tak..
aku senang suka kat orang..
senang nak minat kat orang..
tapi sekadar macam tu je...

aku susah nak terima orang & susah nak mencintai orang..
kenapa? aku pun tak tau kenapa..jangan tanya..





No comments:

Post a Comment